08/03/2020
PENGARUH GLOBALISASI TERHADAP MASYARAKAT ISLAM
PENGENALAN
Kebanyakan diskusi tentang globalisasi tertumpu pada isu-isu ekonomi seolah-olah dimensi globalisasi yang lain seperti globalisasi kebudayaan dan globalisasi ilmu pengetahuan dan maklumat tidak penting. Tajuk ini boleh menonjolkan konsep globalisasi yang jauh lebih komprehensif yang lebih menepati hakikat globalisasi yang sebenamya. Di samping itu ia boleh menegaskan bahawa semua dimensi globalisasi, bukan sekadar dimensi ekonomi, adalah penting kepada masa depan masyarakat dan negara ini khasnya dan masa depan peradaban umat manusia pada armya. Secara relatifnya amat berkurangan isu globalisasi dibahaskan dari kacamatabudaya dan peradaban Malaysia. Yang menguasai wacana globalisasi di peringkat dunia ialah pandangan dan perspektif Barat. Kita perlu mengetengahkan perspektif Islam dan perspektif dunia Timur di peringkat antarabangsa secara yang lebih berkesan supaya masyarakat dunia berpeluang membandingkan antara satu perspektif dengan perspektif yang lain secara adil dan saksama.
Pemikiran Semasa tentang Globalisasi:
Beberapa Isu Utama Ada beberapa isu yang perlu diberi perhatian dalam kita membahaskan persoalan pertalian globalisasi dengan peradaban.
Isu pertama
ialah betapa perlunya kita melihat semua dimensi globalisasi kontemporari sebagai relevan dan penting kepada masyarakat dan negara kita. Di sini kita menyenaraikan kesemua dimensi globalisasi yang dapat dikenalpasti supaya gambaran menyeluruh diperolehi tentang globalisasi. Seterusnya kita akan meneliti sifat dan ciri-ciri setiap dimensi dan apa pentingnya dimensi berkenaan kepada negara ini. Setiap dimensi boleh dilihat dan diterokai sama ada secara berasingan dan terpisah daripada dimensi-dimensi lain atau pun dilihat secara interaktif danlait mengait antara satu sama lain. Tetapi kepentingan masing-masing dimensi haruslah diakui. Dalam makalah ini senarai dimensi globalisasi yang ingin dibincangkan terhad kepada empat sahaja, iaitu (1) dimensi ekonomi, (2) dimensi politik, (3) dimensi kebudayaan dan keagamaan dan (4) dimensi keilmuan. Dengan penjurusan kepada empat dimensi ini maka kita boleh berbicara tentang empat jenis globalisasi, iaitu globalisasi ekonomi (economic globalization), globalisasi politik (political globalization),globalisasi kebudayaan dan keagama€u1 (cultural and religious globalization), dan globalisasi ilmu pengetahuan dan maklumat (knowledge and infor mat ion glob alizat i on) . Ada beberapa lagi dimensi atau jenis globalisasi yang juga penting tetapi tidak disenaraikan bagi tujuan makalah ini. Satu daripadanya ialah globalisasi demograti.
Isu kedua
ialah perlunya kita memberi perhatian kepada sifat hubungan antara globaliasi dan peradaban. Peradaban yang kuat dan cergas lagi dinamik boleh mencetuskan serta mencorakkan globalisasi. Sebaliknya p**a globalisasi boleh meninggalkan kesan yang positif dan juga negatif ke atas peradaban. Dinamika interaksi antara peradaban dan globalisasi memang perlu dikaji dan difahami dengan mendalam kerana dampaknya tidak semestinya dapat dilihat dan dirasai dengan serta merta.
Isu ketiga
ialah perlunya kita mempunyai "perspektif peradaban tersendiri" dalam menangani dan membahaskan isu globalisasi. Ada banyak isu yang perlu dianalisa selain daripada perspektif Barat. Antaranya, isu erti dan konsep globalisasi itu sendiri, isu asal usul globalisasi, isu penilaian globalisasi bagi menentukan buruk baiknya dan urutan keutamaan dimensidimensinya, dan isu bagaimana globalisasi harus dihadapi dan ditangani. Ambil contoh isu asal usul sejarah globalisasi. Dari perspektif Batat, peradaban Baratlah yang telah mencetuskan fenomena dan proses globalisasi buat pertama kalinya dalam sejarah dunia. Sesetengah pihak di Barat yang berpendapat bahawa globalisasi adalah fenomena khusus zaman kontemporari sudah tentu menonjolkan dunia Barat sebagai pencetus dan penggerak utama fenomena itu.
Konsep dan Teori Globalisasi
Setakat ini kita telah menggunakan istilah globalisasi tanpa memberi definisi yang jelas kepada istilah tersebut walaupun beberapa ciri dan dimensi globalisasi dinyatakan. Tetapi bagi perbincangan selanjutnya, konsep globalisasi perlu dihuraikan dengan lebih terperinci lagi. Tujuan utama makalah ini ialah untuk meninjau pengaruh globalisasi terhadap peradaban. Tetapi sifat dan ruang lingkup pengaruh globalisasi yang boleh dibincangkan tergantung pada makn aytrrgkita berikan kepada istilah globalisasi. Pada masa ini, kita tidak mempunyai definisi dan konsep globalisasi yang jelas dan disepakati umum. Kami tidak fikir bahawa kesepakatan di kalangan para ilmuwan dalam isu definisi dan konsep globalisasi akhirnya akan tercapai. Macam juga tidak ada kesepakatan ilmiah dalam perumusan konsep budaya dan peradaban. Namun demikian, adalah penting bagi tujuan meneruskan perbincangan tentang pengaruh globalisasi terhadap peradaban agar diperjelaskan makna globalisasi yang dalam konteks perbincangan.
Globalisasi Dalam Era Dominasi Islam
Globalisasi dalam era Islam tertonjol dalam empat bidang iaitu bidang ilmu, bidang ekonomi khususnya perdagangan, bidang agama dan bidang sains dan teknologi. Bagi sesiapa juga yang memahami sifat agama Islam sebagai agama paling universal bukanlah suatu perkara yang menghairankan kita kalau Islam muncul sebagai pencetus dan penggerak utama globalisasi pada masa lampau atau pada masa-masa akan datang. Sesebuah kuasa atau sesuatu peradaban tidak boleh menjadi penggerak globalisasi sekiranya ia tidak memiliki semangat globalisme. Adalah suatu kebenaran bahawa "tidak ada globalisasi tanpa globalisme." Islam mempunyai semangat globalisme dan sangat berminat untuk melihat segala persoalan kemanusiaan diri perspektif global. Salah satu sumbangan besar Islam terhadap peradaban dunia ialah semangat globalisme dan kesejagatan yang telah dipupuknya dan ditiupnya ke segenap penjuru dunia. Semangat inilah yang telah memungkinkan Islam menjadi pengasas penulisan sejarah dunia, ilmu perbandingan agal:l.a,sosiologi, tradisi sains sejagat, institusi saintifik be rtaraf "antarabangsa" dan penggembaraan dunia.
istilah “globalisasi” bukanlah istilah yang kabur kerana ia boleh difahami melalui kesannya yang telah mempengaruhi umat Islam. Gelombang baru atas nama ‘globalisasi’ disebar ke dunia termasuklah dunia Islam. Selepas era penjajahan dunia barat ke atas dunia Islam, arus baru p**a disasarkan. Kali ini ia lebih menyebarkan idologi dan gaya hidup yang mengelirukan umat Islam sehingga ada yang telah diperangkap. Ramai golongan pemikir dan ahli politik sering mengutarakan pandangan dan sikap apabila membahaskan isu globalisasi. Globalisasi ada baik buruknya dan masyarakat Islam tidak harus menerima secara bulat-bulatnya. Kajian ini bertujuan untuk meganalisa pandangan Yusuf al-Qaradhawi berkaitan dengan globalisasi dan penyebaran hegemoni barat terhadap masyarakat Islam serta mengenal pasti impak positif dan negatifnya terhadap masyarakat Islam. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis pandangan ilmuan Islam Yusuf Al-Qaradhawi terhadap pengaruh globalisasi dan penyebaran hegemoni barat terhadap masyarakat Islam. Kajian perpustakaan ini dijalankan untuk memenuhi tujuan yang tersebut di atas dengan menganalisa tulisan ilmiah dan pandangan-pandangan ilmuan yang berkaitan dengan pengaruh globalisasi terutamanya Yusuf al-Qaradhawi.Yusuf al-Qaradhawi menemui bahawa globalisasi ada kaitan secara langsung dengan sistem ekonomi kapitalis yang bertunjang dan berlandaskan prinsip dan nilai-nilai ekonomi terbuka dan berpihak kepada yang berkuasa yang sebahagiannya bertentangan dengan Islam. Ciri asas sistem ekonomi ini adalah mengenai penekanan mutlaknya kepada budaya kebendaan dan penafiannya terhadap nilai kerohanian dan nilai kudus. Ini jelas menunjukkan bahawa peringkat dasar lagi, objektif globalisasi ada juga bertentangan dengan keadilan sejagat. Ini adalah hakikat yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Dunia Islam mungkin mendapat faedah daripada pendekatan pasaran bebas di peringkat antarabangsa melalui sistem ekonomi ini, tetapi faedah yang diperoleh daripadanya lebih bersifat pinggiran (marginal) dan kecil sahaja berbanding faedah yang berlipat kali ganda dikaut oleh para pengawal globalisasi itu sendiri iaitu negara-negara kaya.
Rumusan
Gelombang globalisasi kontemporari adalah yang terbesar dan terkuat pemah melanda dunia. Pengaruhnya sungguh besar dan luas sehingga ia meliputi semua bidang peradaban. Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini di atas Iandasan kerohanian dan moral yang ditunfut oleh Islam dan agama-agama lain berterusan tanpa banyak terjejas, kita dipanggil untuk menilai buruk baik fenomena globalisasi ini dengan lebih teliti lagi. Kebaikannya perlu dimakmurkan dan dimanfaatkan oleh rakyat negara ini' Keburukannya perlu dihindari dan diatasi sebaik mungkin. Untuk be4aya, insya' Allah, kita perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan yang ada pada kita, terutamanya kekayaan dalaman (inner riches) yang terdapat dalam agama dan tradisi kita baik yang berupa kerohanian mahu pun yang berupa intelektual atau keilmuan.