09/04/2019
Macaroni Kungfu
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
Bahan-bahan:
100g Mixed Vege Pasta (Macaroni)
2 biji telur
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu sos tiram
Fish cake/ fish ball
Udang/ ayam
Sayur-sayuran (jika mahu extra sayur)
Cili (jika mahu pedas)
Minyak
Air
Tepung jagung
Lada sulah
Garam
Bahan hiasan:
Bawang goreng
Daun bawang (dihiris)
Cara-cara:
1. Rebus pasta macaroni selama 5 minit. Pastikan air mendidih terlebih dahulu sebelum masukkan pasta. Kemudian, toskan pasta.
2. Bancuh telur bersama lada sulah dan garam.
3. Campurkan telur bersama pasta. Tinggalkan sedikit telur (untuk dimasukkan ke dalam kuah).
4. Goreng pasta tadi. Apabila telur sudah garing, angkat dan ketepikan.
5. Tumis bawang putih sehingga keperangan.
6. Masukkan fish cake.
7. Apabila fish cake sudah garing, masukkan sos tiram. Kacau sebati.
8. Masukkan air.
9. Masukkan sayur-sayuran.
10. Apabila sudah mendidih, masukkan udang p**a.
11. Masukkan lada sulah dan garam.
12. Masukkan baki telur tadi dan kacau segera.
13. Masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau seketika.
14. Tuangkan kuah di atas pasta. Taburkan dengan daun bawang dan bawang goreng. Siap untuk dihidang 😋
* Sayur hanyalah optional. Tidak letak pun tidak mengapa memandangkan macaroni dah lengkap dengan sayur-sayuran 😍
* Udang tidak perlu dimasukkan awal kerana ia tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak.
Selamat mencuba 😁😁😁
By
#