NS Curtain Design

NS Curtain Design Kami sedia menjahit pelbagai jenis langsir, cadar dan sarung bantal, alas meja, sarung kusyen, sarun

15/01/2022

Bangkit balik penuh semangat selepas diuji kesakitan.
Doakan kami.

21 Disember 2020.Puan isteri dah datang dan pilih kain yang mana berkenan dihati untuk ruang tamu, bilik utama dan bilik...
21/12/2020

21 Disember 2020.

Puan isteri dah datang dan pilih kain yang mana berkenan dihati untuk ruang tamu, bilik utama dan bilik anak.

Sekarang masanya untuk kira berapakah kos tambahan ini.



19 Disember 2020.Pemasangan di Sungai Ular.Ambil gambar eyelet sahaja sebab tingkap yang lain hanya pasang sheer.Nampak ...
21/12/2020

19 Disember 2020.

Pemasangan di Sungai Ular.

Ambil gambar eyelet sahaja sebab tingkap yang lain hanya pasang sheer.

Nampak berbalam dan berbelak sebab cahaya dari lampu kristal.

Siap pasang Encik suami mintak pasang body juga sebab malam nampak nyata dari luar.

Ok. Nanti Puan isteri datang pilih kain dari katalog yang ada.



29/7/2020Alhamdulillah selesai sudah kerja-kerja menjahit dan memasang langsir di Taman Semarak Binjai.Ini adalah kali p...
29/07/2020

29/7/2020

Alhamdulillah selesai sudah kerja-kerja menjahit dan memasang langsir di Taman Semarak Binjai.

Ini adalah kali pertama kami mendapat kerja pemasangan langsir tinggi disiling rumah.

Material adalah kain blackout double face juga bukan calang-calang besar dan berat dan diimport dari Korea.

Namun kerja ini diambil sebagai cabaran dan tambahan pengalaman bagi team NS Curtain Design.

Roman Blind ditangga itu nampak cantik tergantung. Untuk mendapatkan hasil sebegitu tukang jahit terpaksa bermain dengan jarum.

Jahit cantum, pin sana pin sini, gosok, terbalikkan dan lurut sana sini untuk mendapatkan cantuman kain yang sama.

Pin lagi untuk cantumkan tape 1" untuk rumah 'tube' dan akhirnya asyik tercucuk jarum sewaktu menjahitnya.

Buat sampai jadi dan semoga tuanrumah berpuas hati dengan hasil kerja kami.

Terima kasih banyak kepada Puan Mariyah dan keluarga kerana sudi menempah langsir dengan kami.



Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.Pepatah orang lama yang masih sesuai digunakan dalam hidup kita.Tanpa ...
17/07/2020

Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.

Pepatah orang lama yang masih sesuai digunakan dalam hidup kita.

Tanpa usaha dan rajin maka tiadalah sumber kepada pendapatan kita.

Yang bulat takkan datang bergolek dan yang pipih takkan datang melayang.

Proses pemasangan railing disiling rumah banglo 2 tingkat di Taman Semarak Binjai.

Nampak mudah namun perlu kerjasama semua baru jadi.

Tingkap ditangga tu sayup tingginya dan yang berani saja boleh melakukannya hanya dengan menggunakan tangga bukan staging.

Nampak tak ada bunga cantik yang sama gagah bekerjasama memasang?

Itu insyaallah bakal pewaris bisnes ini nanti.

Selepas ini proses memasang langsir p**ak.

Setelah siap digosok dan dipasang cangkuk, baru digantung dan dikemaskan.

Nanti kita postkan bila telah siap dipasang semuanya.



2462020Siap hantar tempahan pelanggan semalam.Set lapik duduk span 2 inci dan kusyen sandar. Saja tuanrumah mahukan rend...
25/06/2020

2462020

Siap hantar tempahan pelanggan semalam.

Set lapik duduk span 2 inci dan kusyen sandar. Saja tuanrumah mahukan rendah begitu.

Dihiasi p**a dikiri kanan bantal peluk comel.

Kain pilihan beliau dari koleksi yang ada dalam simpanan saya.

Katanya persediaan untuk anak gadisnya berehat sambil menonton tv selepas menjalani pembedahan tulang belakang nanti.

NS Curtain Design bukan menjahit langsir sahaja bahkan apa yang diminta pelanggan untuk disesuaikan dengan hiasan dalaman.



Alhamdulillah rezeki PKPP....Setelah 2 bulan terhenti segala kerja, hari ini bermula semula semua kerja-kerja yang terta...
14/06/2020

Alhamdulillah rezeki PKPP....

Setelah 2 bulan terhenti segala kerja, hari ini bermula semula semua kerja-kerja yang tertangguh.

2 gulong kain sheer, 2 gulong kain body dari pembekal yang sama dan 2 plastik kain dari pembekal yang lain.

Projek untuk rumah baru 2 tingkat 6 bilik tidur.

Langsir trend sekarang tinggi sampai kesiling.

Nanti siap pasang kita post p**ak kejadiannya๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š.



Maaf lama tak bersiaran.Waktu PKP ni kerja-kerja semua terhenti. Supplier kain pun tutup pejabat dan gudang.Kedai yang j...
18/04/2020

Maaf lama tak bersiaran.

Waktu PKP ni kerja-kerja semua terhenti. Supplier kain pun tutup pejabat dan gudang.

Kedai yang jual alat jahitan pun kena tutup. Wajib tu. Jangan langgar arahan kerajaan.

Kedai makan semuanya ditutup. PKP3 baru kedai makan buka namun sikit sangat. Itupun hanya bungkus sahaja.

Kucing-kucing gelandangan hilang sumber rezeki makanan.

Jadi akak dan sebahagian anggota Kemama Stray Cats Community mengambil tanggungjawab memberi makanan dan minuman kepada mereka.

Setiap pagi tanpa gagal berkeliling disebahagian bandar Chukai diport tertentu.

Menambah makanan dan menukar air minuman. Makanan adalah dari sumbangan orangramai.

Namun jika PKP disambung lagi maka kami harus berusaha mencari makanan tambahan buat mereka.

Jika ada diantara sahabat saya yang sudi sedekahkan makanan untuk kucing-kucing ini boleh hubungi saya di 0148207610.

Doakan kami selamat dan gigih disepanjang usaha ini.



French Pleat siap dipasang di Bandar Baru Bukit Mentok. Simple tapi menawan. Nanti tuanrumah nak buat valance p**ak.Kain...
22/11/2019

French Pleat siap dipasang di Bandar Baru Bukit Mentok.

Simple tapi menawan. Nanti tuanrumah nak buat valance p**ak.

Kain bawah tu dibeli melalui katalog pengedar kain dari Korea.

Kain gold diatas adalah kain matt satin. Disambung sebab kain tidak cukup tinggi untuk ketinggian 107".

Terima kasih Puan Linda kerana sudi menempah.

Katanya ada lagi projek untuk menggantikan langsir bilik-bilik tidur p**a.



Tadaaaaa....Skirting meja banquet dah siap dipasang.Malangnya lokasi tak tahu dimana. Hanya hantar kepejabat yang menemp...
10/10/2019

Tadaaaaa....

Skirting meja banquet dah siap dipasang.

Malangnya lokasi tak tahu dimana. Hanya hantar kepejabat yang menempah.

3 set skirting meja dicantum sekali dengan alas meja. Yang hujung tu dah diletakkan cermin diatasnya.

Projek tempahan 3 hari. Hari pertama beli kain, hari kedua siapkan dan hari ketiga hantar.

Tapi hari kedua tu memang mencabar sungguh laa. Sampai pembantu akak tak tidur malam nak siapkan lipatan 'pleat'nya.

Material kain matt satin jadi kena pin di 4 tempat supaya cantik lipatannya macam dalam gambar tu.

Apapun juga halangannya tempahan mesti disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.




Lama tak post hasil kerja kat sini.Sampai fb pun bising sebab senyap sunyi aje.Ni haaa post tentang skirting yang bakal ...
06/10/2019

Lama tak post hasil kerja kat sini.

Sampai fb pun bising sebab senyap sunyi aje.

Ni haaa post tentang skirting yang bakal siap esok.

Order melalui wassap aje. Tuannya tak pernah jumpa๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰.

Dibuat bersekali cantum dengan alas atas meja.

Nampak macam kerja senang tapi yang biasa buat saja tahu renyahnya kerja ini.

Kerja yang dah biasa dibuat oleh team kami.

Order 2 hari lepas dan wajib dihantar ke Paka esok tengahari.

3 set skirting meja banquet.


Sarung Kerusi MakanSebelum ni kan dah post sarung yang belum siap sepenuhnya.Tara...lihat gambar bawah. Sarung dah siap....
10/08/2019

Sarung Kerusi Makan

Sebelum ni kan dah post sarung yang belum siap sepenuhnya.

Tara...lihat gambar bawah. Sarung dah siap.

Tengahari tadi cikgu datang dan ambil tempahan beliau.

Pasang dulu untuk beliau lihat dan komen.

Abaikanlah yang menyepeng tu. Tu memang kerja dia si Siti Payong.

Alhamdulillah cikgu berpuashati dan ada buat tempahan baru.

Petang tu cikgu wassap dan hantar gambar sarung kerusi siap dipasang.

Katanya tak sabar nak tunggu raya jadi pasang terus.

Jadi jika ada antara rakan saya yang berasa nak tukar rupa kerusi makan dia tak perlu lagi beli baru jika kerusinya masih tegap cantik.

Bawa saja sebuah kerusi sebagai contoh dan saya akan jahitkan siap.


Address

4394 Taman Mohd Noor, Jalan Air Putih Chukai
Kemaman
24000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

0148207610

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NS Curtain Design posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share