08/06/2024
‼️WAJIB BACA SEBELUM KAMU PASANG TINTED KERETA‼️
Untuk sebarang pertanyaan atau mau booking slot blh klik trus sni👉🏻 010-707 0965 - Aizat
Tinted kereta berfungsi memberikan perlindungan tambahan daripada sinaran UV yang berbahaya. Ia juga boleh memberi lebih keselesaan semasa memandu lebih-lebih lagi jika mengambil kira cuaca pada waktu siang di Malaysia. Secara amnya, terdapat pelbagai jenis tinted JPJ yang dijual di pasaran:
1. Tinted Jenis Celup (Dyed Window Tint Film)
Tinted cermin jenis ini biasanya terdiri daripada beberapa lapisan filem yang dicelup yang bertindak menyerap cahaya matahari yang menembusi tingkap. Anda boleh menyesuaikan tahap kegelapan tinted kereta mengikut pilihan anda. Ia merupakan tinted cermin yang biasa digunakan kerana ia dikatakan lebih murah berbanding jenis-jenis tinted kereta yang lain. Namun begitu, tinted jenis ini mempunyai kemampuan menghalang sinaran matahari yang terhad dan cenderung untuk pudar dan perlu diganti selepas beberapa ketika.
2. Tinted Jenis Logam (Metalize Window Tint Film)
Tinted jenis ini mengandungi partikel logam mikro yang bertindak memantulkan cahaya matahari. Umumnya, tinted cermin jenis ini juga dikatakan lebih efektif berbanding penggunaan tinted kereta jenis celup. Selain itu, ia juga tahan calar dan berupaya memberi perlindungan tambahan pada cermin kereta anda–kurang risiko cermin berderai sekiranya berlaku kemalangan atau impak besar yang lain. Namun begitu, penggunaan tinted cermin jenis ini boleh mengganggu isyarat radio atau GPS.
3. Tinted Jenis Hibrid (Hybrid Window Tint Film)
Ia merupakan gabungan antara tinted cermin jenis celup dan logam–terdiri daripada beberapa lapisan filem yang dicelup, diselang-seli dengan lapisan logam nipis (biasanya titanium). Tinted kereta jenis hibrid merupakan versi tinted cermin jenis celup dan logam yang ditambah baik. Ia mempunyai impak gangguan radio yang lebih sedikit berbanding tinted kereta logam. Namun begitu, harga tinted kereta jenis hibrid ini lebih mahal berbanding tinted cermin jenis celup dan lebih murah jika dibandingkan dengan tinted cermin jenis logam.
4. Tinted Jenis Karbon (Carbon Window Tint Film)
Tinted cermin jenis karbon tidak mudah pudar berbanding kebanyakan tinted kereta yang lain. Ini kerana, ia diperbuat daripada zarah fiber karbon dan dikatakan lebih efektif menghalang cahaya matahari berbanding tinted cermin jenis celup atau logam. Ia mempunyai kemasan matte jika dilihat dari luar–sekali gus menyebabkan ramai pengguna memilih tinted jenis ini untuk tampil lebih estetik. Ia juga mempunyai ciri penebat yang sangat baik dan dikatakan mampu mengurangkan haba dari matahari dan menaikkan suhu dalaman kenderaan sekitar 40 peratus.
Oleh sebab itu, harga tinted kereta jenis karbon dijual pada harga yang lebih tinggi dalam pasaran. Meskipun lebih mahal, ia semestinya berbaloi dengan jangka hayat dan kualiti yang ditawarkan.
5. Tinted Jenis Seramik (Ceramic Window Tint Film)
Tinted cermin jenis ini berupaya menghalang hampir 99 peratus sinaran UV. Selain itu, ia juga dikatakan lebih tahan lama berbanding tinted cermin jenis celup atau logam, tidak mudah pudar dan tidak mengganggu isyarat radio. Tinted cermin kereta jenis ceramik dikatakan lebih efektif dalam menghalang haba dan cahaya daripada matahari sekali gus berupaya mengurangkan hampir separuh suhu dalaman kereta.
Sama seperti tinted cermin jenis logam, tinted cermin jenis ceramik ini juga berupaya meningkatkan ketahanan cermin. Ia menjadikan cermin kereta lebih tahan lasak dan tidak berderai sekiranya pecah. Selain itu, ia juga berupaya mengurangkan tahap silau tanpa perlu meningkatkan peratus tinted kereta. Tinted jenis ceramik ini biasanya dijual pada harga yang lebih premium dalam pasaran.