MP Project Sabah

Directions

MP Project Sabah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MP Project Sabah, Apparel & Clothing, BLK D (L-3), GROUND FLOOR, KENINGAU Plaza, PEKAN KENINGAU, Keningau.

🏭Direct Kilang Terus🏭
πŸͺ™Pakaian Tempahan PremiumπŸͺ™
⏰Servis Terlaju Di Sabah⏰
πŸ₯‡Quality Tahap TertinggiπŸ₯‡
βœ…Jenama Tempatan Sabahanβœ…

πŸ™ŒEverything Begins Here - Trust The Process πŸ™Œ
πŸŽ–οΈSUPPORT LOCAL BRAND πŸŽ–οΈ

TUAN MODDY PATRICK BERSAMA PBRS : SATU LANGKAH BERSEJARAH, SATU TEKAD, SATU HALA TUJU UNTUK KENINGAU DAN SABAHKENINGAU, ...
17/08/2026

TUAN MODDY PATRICK BERSAMA PBRS : SATU LANGKAH BERSEJARAH, SATU TEKAD, SATU HALA TUJU UNTUK KENINGAU DAN SABAH

KENINGAU, 15 OGOS 2026 - Satu perkembangan penting telah berlangsung menerusi Majlis Penyerahan Borang Keahlian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Bahagian Parlimen P.180 Keningau di Pusat Kraftangan Sabah, Keningau.

Penyertaan Tuan Moddy Patrick bersama lebih 1,500 ahli baharu ke dalam PBRS menjadi antara tumpuan utama majlis, yang turut mencerminkan perkembangan organisasi serta penglibatan masyarakat di peringkat akar umbi.

Ke Keningau membawa harapan,
Singgah sebentar di kaki bukit ;
Bersatu dalam satu tujuan,
Membina langkah dengan tekad yang baik.

Majlis turut dihadiri YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Barisan Nasional Sabah, Presiden PBRS, Ahli Parlimen P.182 Pensiangan dan ADUN N.45 Sook, serta YB Datuk Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi, ADUN N.41 Liawan, Ketua Penerangan UMNO Sabah merangkap Ketua UMNO Bahagian Keningau P.180.

Turut hadir barisan kepimpinan PBRS, pemimpin masyarakat, ahli-ahli parti, para jemputan serta masyarakat setempat yang menyaksikan perjalanan majlis tersebut.

Dalam ucapannya, Tuan Moddy Patrick menekankan kepentingan kesatuan, kerja berpas**an dan hubungan yang dekat dengan masyarakat sebagai sebahagian daripada langkah seterusnya bersama PBRS P.180 Keningau.

Pagi cerah di tanah Keningau,
Angin bertiup membawa berita ;
Langkah baharu membuka ruang,
Tekad disusun bersama-sama.

Penyertaan tersebut turut menjadi permulaan kepada usaha memperluaskan jaringan serta memperkukuhkan hubungan bersama masyarakat di P.180 Keningau.

Hari ini satu catatan,
Esok diteruskan perjalanan ;
Keningau kekal jadi tumpuan,
Sabah menjadi arah kemajuan.

MODDY PATRICK BERSAMA PBRS
BERSAMA MASYARAKAT.
BERSAMA KENINGAU.
BERSAMA SABAH.

πŸ”₯ SABAH, JANGAN SAMPAI KAMU MENYESAL TENGOK VIDEO SAJA LEPAS NI!3 HARI1 LOKASI1 EVENT YANG BAKAL MENGEGARKAN KENINGAU HU...
07/08/2026

πŸ”₯ SABAH, JANGAN SAMPAI KAMU MENYESAL TENGOK VIDEO SAJA LEPAS NI!

3 HARI
1 LOKASI
1 EVENT YANG BAKAL MENGEGARKAN KENINGAU HUJUNG MINGGU NI ! πŸ’₯

Bunyi enjin motor bakal bergema...
Sorakan penonton bakal memecah dewan...
Dan hanya yang berani akan naik ke gelanggang! πŸ₯Š

πŸ”₯ KENINGAU MOTOR DAY 2.0
🏍️ Konvoi Jelajah Bersama MP
πŸ† Motor Show
🎀 Persembahan Artis Tempatan
🎧 DJ Show
🎁 Lucky Draw
πŸ›οΈ Vendor Market
πŸ” Food Fest

πŸ’₯ Dan yang paling dinanti...

πŸ₯Š GARAGAS CHAMPIONSHIP 5.0
Influencer Boxing & Kickboxing

Influencer berentap.
Fighter tempatan memburu kemenangan.
Siapa bakal berdiri sebagai juara? Siapa p**a akan tumbang di hadapan ratusan penonton?

Kalau kamu minat motor...
Kalau kamu minat s**an tempur...
Kalau kamu s**a suasana event yang penuh adrenaline...

INI TEMPAT YANG WAJIB KAMU DATANG !!

πŸ“ Kompleks Sukan Keningau
πŸ“… 7 – 9 Ogos 2026

⚠️ Jangan jadi orang yang hanya mampu cakap, "Kalaulah aku datang hari tu..."

Datang sendiri.
Rasai sendiri.
Support rider, fighter dan komuniti Sabah.

Tag geng kamu sekarang. Kita kasi penuh tu Komplex Keningau 3 hari ni! πŸ”₯πŸ”₯

05/08/2026

Ini kira merompak sda kaini ah?

TN MODDY PATRICK SUMBANG JERSI KEPADA KONTINJEN SEPAK TAKRAW BAWAH 12 TAHUN KENINGAUKENINGAU – Sebagai tanda sokongan te...
23/07/2026

TN MODDY PATRICK SUMBANG JERSI KEPADA KONTINJEN SEPAK TAKRAW BAWAH 12 TAHUN KENINGAU

KENINGAU – Sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan s**an akar umbi, Tuan Moddy Patrick telah menyumbangkan jersi kepada Kontinjen Sepak Takraw Bawah 12 Tahun Keningau yang akan mewakili daerah dalam kejohanan yang akan datang.
Majlis penyerahan jersi tersebut berlangsung dalam suasana penuh semangat dengan kehadiran para jurulatih, pegawai pas**an serta para pemain muda yang bakal membawa nama Keningau ke pentas pertandingan.

Menurut Moddy Patrick, sumbangan ini merupakan satu usaha untuk memberi suntikan semangat kepada atlet muda agar terus berusaha bersungguh-sungguh, berdisiplin dan mengharumkan nama daerah Keningau.

β€œAnak-anak inilah aset masa depan s**an daerah kita. Semoga jersi ini menjadi pembakar semangat untuk mereka berjuang dengan penuh keyakinan, semangat kes**anan dan membawa p**ang kejayaan buat Keningau.”

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para jurulatih, pengurus pas**an serta ibu bapa yang sentiasa memberikan komitmen dalam membimbing dan menyokong perkembangan atlet muda.

Semoga kontinjen Sepak Takraw Bawah 12 Tahun Keningau diberikan kesihatan, kekuatan dan dipermudahkan urusan sepanjang kejohanan. Selamat berjuang dan semoga berjaya mengharumkan nama Keningau!





See less

Happy Birthday Boss Moddy Patrick Official  @ beloved CEO πŸŽ‰πŸ₯³Syukur puji Tuhan, satu lagi tahun ditambah umur dan dilimpa...
14/07/2026

Happy Birthday Boss Moddy Patrick Official @ beloved CEO πŸŽ‰πŸ₯³

Syukur puji Tuhan, satu lagi tahun ditambah umur dan dilimpah rezeki. Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat-sihat selalu & semua urusan dipermudahkan terus. Terima kasih banyak sebab sentiasa jaga kebajikan kami, bagi peluang, sama pimpin kami sampai MP Project semakin maju jaya.

Kami doakan semoga Boss terus sukses, bisnes makin besar, rezeki makin melimpah, sama semua cita-cita jadi kenyataan. πŸ’ͺπŸ”₯

Terima kasih sebab belanja makan & sambut sama-sama malam tadi walaupun suprise. Tq juga utk pertunjukkan tarian singa smlm tu... πŸ˜„

Selamat Hari Jadi sekali lagi Boss! Semoga Tuhan sentiasa memberkati Boss dan keluarga. β€οΈπŸ™

πŸ”₯ KAMU BAGI IDEA, KAMI KASI JADI! πŸ”₯Mau baju yang lain dari yang lain? Mau design ikut kepala sendiri? Boleh kta kasi jal...
29/06/2026

πŸ”₯ KAMU BAGI IDEA, KAMI KASI JADI! πŸ”₯

Mau baju yang lain dari yang lain? Mau design ikut kepala sendiri? Boleh kta kasi jalan! 😎πŸ”₯

Kadang idea dalam kepala sudah lawa… Tapi tinggal macam tu saja sebab nda tau mau mula dari mana kan...

MP PROJECT sedia bantu untuk :
πŸ‘• Custom T-Shirt Design ikut citarasa kamu.
🎨 Design untuk team, event, bisnes, sekolah, family gathering & macam-macam lagi lah suma pn boleh.
⚑ Proses cepat dan kemas.
πŸ”₯ Printing sublimation berkualiti untuk hasil yang nampak premium.

Dari design simple sampai design yang kasi β€œwow”. Kamu request, kami usaha kasi jadi πŸ’ͺ

Jangan tunggu last minute ah… Nanti event sudah dekat baru jem β€œBoleh siap lagi ka ni ah?β€πŸ’€

Plan awal, order awal, cuci awal, hati pun senang awal😎

πŸ“© PM MP PROJECT sekarang untuk tempahan & pertanyaan!
Kami ready bantu kasi hidupkan idea kamu πŸ”₯




πŸ”₯SPECIAL UTK SELURUH SABAH NI BOSKUπŸ”₯β€œKalau baju team kamu masih design tahun batu, itu bukan vintage bosku, itu masalah ...
26/06/2026

πŸ”₯SPECIAL UTK SELURUH SABAH NI BOSKUπŸ”₯

β€œKalau baju team kamu masih design tahun batu, itu bukan vintage bosku, itu masalah sudah bah rayangπŸ˜­β€

Nasib ada kmi nie MP PROJECT πŸ”₯
Boss Moddy slalu bilang sama kami :

β€œYang penting dia...... MELEDAKZ!β€πŸ€£πŸ’₯

Mau jersey?
Mau corporate?
Mau family day?
Mau kasi kwan sndiri panas tengok design bju kamurang? πŸ‘€

Kita bikin semua bah!
Design ngam, warna padu, kain selesa, harga pun masih boleh senyum manis cinta lgi😎

πŸ“ SABAH LOCAL BRAND - KENINGAU
πŸ“ Custom ikut s**a hati kamu
πŸ“ Quality sampai member tanya β€œkmu buat mna nie ah?”

Jangan tunggu last second baru kelam kabut cari kilang baju 😭
PM awal-awal boskuu πŸ”₯



πŸ† MAXIM A.R.E.A 4 INTERNATIONAL CUP 2026 πŸ†Tahniah kepada pas**an Inter United Football Club (IUFC) atas pencapaian yang ...
04/06/2026

πŸ† MAXIM A.R.E.A 4 INTERNATIONAL CUP 2026 πŸ†

Tahniah kepada pas**an Inter United Football Club (IUFC) atas pencapaian yang sangat membanggakan di Brunei Darussalam!

πŸ₯‡ Inter United U14 – CHAMPION
πŸ₯‡ Inter United U13 – CHAMPION
πŸ… Inter United U11 – 4th Place

MP Project Sabah amat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan pas**an ini dengan menyediakan apparel yang direka khas untuk membantu pas**an tampil lebih profesional dan beridentiti di pentas pertandingan antarabangsa. πŸ”₯

Kami percaya bahawa setiap pas**an hebat memerlukan lebih daripada sekadar bakat dan latihan. Identiti pas**an yang kuat, penampilan yang profesional dan apparel berkualiti juga memainkan peranan penting dalam membina keyakinan di dalam dan luar padang.

Melihat pas**an-pas**an Sabah bersaing dan membawa p**ang kejayaan di peringkat antarabangsa adalah satu kebanggaan buat kami semua. πŸ’ͺ

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada MP Project sebagai rakan apparel anda.

πŸ“ Custom Football Jersey
πŸ“ Teamwear & Sports Apparel
πŸ“ Tournament & Academy Jersey
πŸ“ Full Sublimation Printing
πŸ“ Custom Design Service

MP Project SabahMembantu pas**an tampil juara, sebelum wisel pertama ditiup. ⚽πŸ”₯

πŸŽ‰KULANDO FAMILY DAY TSHIRT 2026 πŸŽ‰Terima kasih kepada pelanggan kami kerana mempercayai MP Project Sabah untuk menghasilk...
04/06/2026

πŸŽ‰KULANDO FAMILY DAY TSHIRT 2026 πŸŽ‰

Terima kasih kepada pelanggan kami kerana mempercayai MP Project Sabah untuk menghasilkan apparel Family Day dorang kali ini. πŸ™Œ

Bagi kami, baju event bukan sekadar untuk dipakai 1 hari. Tapi dia menjadi identiti program, menyatukan semua peserta, dan menjadi kenangan yang boleh dibawa balik selepas acara tamat.

Memang puas hati tengok semua peserta pakai baju yang direka khas dan dihasilkan dengan penuh perhatian terhadap kualiti, keselesaan dan kemasan. πŸ”₯

Setiap tempahan yang kami hasilkan adalah komitmen kami untuk memastikan program kamu nampak lebih kemas, lebih profesional dan lebih menyerlah.

Sama kalau tengok gambar-gambar ni...

Boleh nampak semua gembira, semua sporting, dan yang paling penting, baju masih nampak cun walaupun sudah seharian kena panas, peluh dan aktiviti. πŸ˜†

Terima kasih sekali lagi atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada MP Project.

πŸ“ Family Day Shirt
πŸ“ Custom Jersey
πŸ“ Corporate Uniform
πŸ“ Event Apparel
πŸ“ Full Sublimation Printing

πŸ“’ NOTIS OPERASI & CUTI SYARIKAT πŸ“’Untuk makluman semua pelanggan yang dihargai, berikut adalah jadual operasi kami sepanj...
26/05/2026

πŸ“’ NOTIS OPERASI & CUTI SYARIKAT πŸ“’

Untuk makluman semua pelanggan yang dihargai, berikut adalah jadual operasi kami sepanjang cuti Kaamatan & Hari Raya Haji:

πŸ—“οΈ 27/5 – Cuti Raya Haji
πŸ—“οΈ 28/5 – 29/5 – Operasi seperti biasa
πŸ—“οΈ 30/5 – 31/5 – Cuti Kaamatan
πŸ—“οΈ 1/6 – Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong
πŸ—“οΈ 2/6 – Hari Wesak (Cuti Ganti)
πŸ—“οΈ 3/6 – Operasi kembali seperti biasa

Terima kasih atas sokongan anda kepada syarikat sublimation kami πŸ™Œ
Sebarang tempahan/design, kamu boleh DM awal atau pengaturan tempoh siap untuk elakkan kelewatan semasa tempoh cuti.

πŸ”₯ Full Sublimation Tshirt
πŸ”₯ Custom Design
πŸ”₯ Team Jersey / Event / Company Shirt
πŸ”₯ Printing Berkualiti & Warna Padu

Address

BLK D (L-3), GROUND FLOOR, KENINGAU Plaza, PEKAN KENINGAU
Keningau
89000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MP Project Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share