19/11/2025
MEMAHAMI ISTILAH DALAM PASARAN SAHAM
🟡PRIVATE PLACEMENT.
Tujuan utama private placement ialah untuk mendapatkan duit segera.
Selain itu, private placement juga digunakan untuk menarik orang-orang korporat yang berpengaruh untuk menjadi shareholder dan seterusnya mengukuhkan lagi shareholder base syarikat.
Disebabkan kesan dilution akibat daripada pertambahan bilangan unit saham syarikat untuk membesarkan shareholder base, stock price seharusnya akan jatuh dan pegangan shareholder juga akan dilute.
Aha sebelum tu,
APA ITU DILUTION?
Dilution ni jumlah unit saham bertambah dan.
Pun begitu, harga kaunter boleh naik disebabkan shareholders (boleh jadi ramai shareholder) baru menerima private placement, stock price perlu naik agar shareholders baru boleh memperoleh untung.
Selain itu, stock price juga boleh naik jika market bersetuju modal tambahan akan digunakan utk tujuan pertumbuhan dan market bersetuju jika dengan adanya shareholder baru bakal memberikan kesan positif kepada syarikat.
🟡 DIVIDEN.
Dividen ialah jumlah cash yang dibayar oleh syarikat kepada shareholders mengikut jumlah pegangan unit.
Dividen datangnya daripada retained earning syarikat yang mana ia juga bermaksud dividen sememangnya milik shareholders.
Apabila syarikat untung, value shareholder equity juga akan meningkat dalam bentuk retained earning (pendapatan semasa).
Namun, untuk memulangkan retained earning ini kepada shareholder, syarikat perlu melihat kepada paras cash yang dimiliki.
Oleh itu, apabila syarikat mempunyai lebihan cash, syarikat mempunyai dua pilihan -
1) gunakan semula lebihan cash untuk meningkatkan pertumbuhan syarikat dan seterusnya meningkatkan value shareholder equity,
2) gunakan lebihan cash untuk memulangkan semula value shareholder dalam bentuk dividen, atau kedua-duanya sekali.
Walaupun dividen tidak melibatkan dilution (pertambahan unit share) pada pegangan shareholder, ia menyebabkan kejatuhan stock price kerana value shareholder yang berkurang setelah pembayaran dividen dibuat.
🪀SHARE BUYBACK.
Share buyback ialah apabila syarikat membeli semula saham2nya daripada shareholders.
Apabila syarikat mempunyai lebihan tunai, selain daripada membayar dividen, syarikat juga boleh menghargai shareholders dengan cara menambah nilai pegangan para shareholder.
Ini disebabkan apabila syarikat melaksanakan buyback, ia mengurangkan jumlah saham yang terapung, sekaligus menambahkan peratus pegangan shareholders yang ada.
Oleh itu, jika ada pembayaran dividen pada masa akan datang, dividen per share akan turut meningkat.
Selain itu, syarikat juga melaksanakan buyback utk mengambil kesempatan atas stock price syarikat yang dalam keadaan undervalued.
🎈 Atas sebab-sebab ini, maka kebiasaannya share buyback akan menyebabkan stock price meningkat.
🏓STOCK SPLIT.
Stock split ialah apabila syarikat menggandakan bilangan sahamnya yang wujud tanpa mengubah jumlah market capital nya. Oleh itu, apabila berlaku stock split, bilangan saham yang dipegang shareholder2 akan berganda mengikut gandaan stock split.
Disebabkan bilangan saham berganda tetapi market capital tidak berubah, maka kesannya ke atas stock price ialah stock price akan jatuh. Selain itu, stock split tidak menyebabkan dilution kepada pegangan shareholder2.
Stock split sebenarnya menandakan prestasi syarikat yang cemerlang sehingga stock price meningkat menjadi mahal dan mula menyukarkan jual beli. Oleh itu, syarikat melaksanakan stock split untuk menurunkan stock price supaya ia lebih cair.
Oleh itu, walaupun stock price jatuh selepas stock split, ia akan naik semula disebabkan prestasi syarikat yang cemerlang.
🔵STOCK CONSOLIDATION.
Stock consolidation ialah reverse stock split. Ia adalah apabila syarikat mengurangkan bilangan sahamnya yang wujud tanpa mengubah jumlah market capitalnya. Oleh itu, apabila berlaku stock consolidation, bilangan saham yang dipegang shareholder2 akan berkurang mengikut nisbah stock consolidation.