19/10/2023
Daripada Zaid bin Khālid Al-Juhani RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
مَنْ جَهَّز غَازِياً فِي سَبِيلِ الله فَقَد غَزَا، وَمَنْ خَلَّف غَازِياً في أهلِه بخَير فقَد غزَا
Maksudnya: "Barangsiapa yang mempersiapkan keperluan orang yang berperang pada jalan Allah, maka dia dianggap telah ikut berperang. Dan barangsiapa yang menjaga keluarga orang yang berperang dengan baik maka dia dianggap telah ikut berperang."
Sahih Riwayat al-Bukhari (2843)
- Gaza telah dikepung dari darat, laut dan udara dan ia merupakan penjara terbuka yang terbesar di dunia malah sentiasa diserang oleh tentera rejim zionis laknatullah.
- Usahakan apa sahaja bantuan yang kita mampu termasuk peperangan media, bersolidariti dengan rakyat Palestin, bantuan kewangan dan sebagainya.
- Marilah kita membantu saudara Muslim kita di Gaza dengan segala kemampuan yang kita ada. Moga ia menjadi sebahagian daripada jihad kita.