14/07/2026
Alhamdulillah… siapa sangka harapan yang dulu terasa jauh, hari ini semakin menghampiri.
Dua bulan kami menanggung rasa sedih kerana rawatan Waiz terpaksa ditangguhkan akibat dana yang belum mencukupi. Setiap kali melihat tarikh rawatan berlalu, hati ini hanya mampu berdoa semoga Allah membuka jalan.
Hari ini, dengan izin-Nya, jumlah dana Waiz telah mencecah RM30,500. Hampir separuh daripada sasaran telah berjaya dicapai.
Tidak mustahil, jika Allah mengizinkan, bulan hadapan Waiz akhirnya dapat menjalani rawatan yang telah lama kami nantikan.
Kami percaya, setiap doa yang diangkat, setiap perkongsian yang dibuat, dan setiap ringgit yang disumbangkan sedang menghampirkan Waiz kepada peluang untuk menerima rawatan.
Perjalanan ini masih belum selesai. Namun buat pertama kalinya selepas sekian lama, kami benar-benar berasa harapan itu semakin nyata.
Ya Allah, jika benar rawatan ini adalah yang terbaik buat Waiz, permudahkanlah segala urusan kami. Cukupkanlah dana yang masih berbaki dan hadirkanlah insan-insan yang Engkau pilih untuk menjadi asbab kesembuhan buat anak kami.
Terima kasih kepada semua yang tidak pernah jemu mendoakan, berkongsi dan membantu Waiz. Semoga Allah membalas setiap kebaikan kalian dengan rahmat dan rezeki yang berlipat kali ganda.
‼️SAYA SEDIAKAN LINK DEKAT BAWAH 👇
https://app.herepay.org/smamalaysia/harraz-waiz