19/08/2026
Empat tahun kemudian, kita bertemu lagi. 🤍
Terima kasih kerana sekali lagi memilih Lizza untuk berkarya bersama, pertama kali pada 2022 dan kini kembali pada 2026. Diberi kepercayaan untuk berkolaborasi dengan sebuah jenama besar bukan sesuatu yang kami pandang ringan, apatah lagi untuk kali kedua 🥹
Lebih istimewa, koleksi kali ini turut menemukan kami dengan , masing-masing membawa bahasa kreatif tersendiri✨
Corak Lizza untuk koleksi ini bermula melalui proses batik iaitu canting, lilin dan warna, sebelum diterjemahkan secara digital untuk cetakan ✨
Walaupun helaian akhirnya bukan 100% batik tradisional, kami percaya warisan tidak semestinya hanya hidup dalam satu bentuk. Kadangkala, ia perlu melalui pintu yang berbeza untuk sampai kepada lebih ramai orang ❤️
Semoga dari sehelai scarf ini, ada yang mula jatuh cinta dengan batik dan suatu hari nanti, mencari p**a sehelai batik asli yang dilukis dan diwarnakan dengan tangan.🤍
Terima kasih Naelofar terutama sekali kepada Nadiah, dan , kerana sekali lagi membawa bahasa batik Lizza berjalan lebih jauh 🫶🏻