Wisma menjual pelbagai jenis songket- sampin klasik, sampin tenunan halus, sampin tenun, sampin moden, sampin VVIP, set persalinan raja sehari, sepasang perempuan, set persalinan lelaki dan perempuan untuk penerimaan darjah kebesaran, alas meja, alas pinggan, cadar, tengkolok, bengkong, selendang (shawl) dan long (penutup keranda). Kami juga menyediakan kain tenun dalam fabrik sutera atau cotton u
ntuk sarung lelaki, sampin tenun dan sepersalinan tenun wanita, juga sampin tenun untuk ziarah kemangkatan. Batik pula boleh didapati dalam fabrik sutera satin dan crepe, rayon dan cotton.