Cahaya D'bayu

Cahaya D'bayu Kopiah kait Alaydrus by Ridak.co

07/06/2025
😂
07/06/2025

😂

07/06/2025

Dah jaga makan, tak sentuh fast food, tapi kenapa perut makin ke depan? Ramai tak tahu perut buncit tak semestinya datang dari makanan berlemak.

Contohnya, tabiat makan laju buat kita makan lebih banyak sebelum otak sempat sedar yang kita dah kenyang. Itu yang menyebabkan lemak terkumpul, bukan sekadar angin.

Lebih mengejutkan, teh tarik yang ‘nampak biasa’ tu kadang lebih tinggi gula dari sepinggan nasi goreng. Dan kalau kita minum hari-hari?

Stres p**a, diam-diam simpan lemak. Hormon kortisol yang dilepaskan waktu stres akan arahkan lemak terkumpul di bahagian perut.

Kurang tidur juga boleh buat badan simpan lemak macam kita baru lepas makan besar padahal cuma tak cukup rehat!

Bagi wanita, perubahan hormon seperti PCOS atau menopaus boleh ubah cara badan simpan lemak tanpa sebarang amaran.

Kita bukan nak gemuk dan bukan malas cuma tak tahu.

Dan bila dah tahu, kita boleh ubah.

Follow Public Health Malaysia untuk tips kesihatan yang anda tak sangka.

07/06/2025

Tahukah anda bahawa di kaki kita, terdapat sesuatu yang dipanggil “jantung kedua”?
Bukan mitos ia sebenarnya gelaran yang diberikan kepada otot betis.

Setiap kali kita berjalan, menaiki tangga atau sekadar berdiri, otot ini akan mengecut dan berfungsi seperti pam semula jadi, menolak darah ke atas menentang graviti menuju ke jantung.

Sebab itu duduk atau berdiri terlalu lama boleh memberi kesan buruk, manakala pergerakan berkala, walaupun hanya berjalan perlahan, membantu sistem peredaran darah berfungsi lebih baik.

Dalam erti kata lain, setiap langkah yang anda ambil adalah hadiah buat jantung anda.

Berjalan, pergerakan kaki, regangan kaki… nampak mudah, tapi amat penting untuk kesihatan.

Follow Public Health Malaysia untuk info kesihatan terkini

07/06/2025

Hati hati jika anda pencinta makanan mentah dan ulam/sayur. Sangat penting untuk pastikan sayuran di basuh dan di rendam garam terlebih dahulu.

Sayur dan ulam berisiko jika ditanam menggunakan baja najis atau disiram air tercemar. Bila dimakan tanpa dimasak, telur cacing ini boleh masuk terus ke usus dan mula membiak.

Daging yang dimasak separuh masak p**a boleh mengandungi larva cacing pita dalam otot haiwan. Bila daging tidak cukup masak, larva tersebut masih hidup dan boleh menyebabkan jangkitan cacing dewasa dalam sistem penghadaman manusia.

Gejala kecacingan selalunya tidak disedari pada peringkat awal. Gatal di bahagian punggung, terutama waktu malam, sakit perut berulang, serta kelesuan semuanya antara tanda-tanda yang biasa. Ada juga kes di mana cacing kelihatan dalam najis 💩

Jangan tunggu sampai nampak cacing baru nak percaya. Kecacingan boleh dicegah.

Jaga apa yang kita makan. Bukan semua yang nampak bersih, betul-betul bersih.

07/06/2025
13/11/2023
17/08/2023
30/05/2022

JUMPA ANDA SEKEJAP LAGI 😍

Makluman Cabutan Bertuah Mega RIDAKCO - Pusingan Kedua.

Tarikh: 30 Mei 2022
Masa: 9 Malam
Tempat: FB RIDAKCO (LIVE)

Kepada semua customer yang pernah membuat pembelian kopiah, ridak, bukhor dan perfume, anda dijemput untuk tonton live malam ini.

Syarat untuk memenagi hadiah cabutan, anda mestilah menonton live dan menjawab panggilan dari team RIDAKCO pada malam ini.

Harap maklum. 😊


Address

Kota Kinabalu
88000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60179403346

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cahaya D'bayu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Cahaya D'bayu:

Share