Hanana

Hanana Health & Beauty

06/09/2024

09/08/2024

Kematangan dalam emosi adalah apabila individu memilih untuk ketenangan mendahului segalanya.

Anda diam bukan bermakna anda tewas atau kalah. Anda tidak membalas kejahatan bukan bermakna anda lemah.

Pilih untuk ketenangan jiwa kerana anda tahu marah, berdendam, bermusuhan dan bertikam lidah hanya sia sia & menghabiskan tenaga.

Koupusan Homestay
04/06/2023

Koupusan Homestay

Watch, follow, and discover more trending content.

07/05/2023
02/05/2023

Ada 2 orang kawan Min yang rumahnya telah di masuki ular sepanjang minggu ini. Cuaca panas kini akan menyebabkan ular mencari tempat berteduh yang lebih sejuk dan lembab.

Tempat yang berisiko adalah di tandas, dalam stor yang gelap, bilir tidur yang berkedum. Ular yang bersaiz kecil akan memilih kasut.

❗️ Pastikan lubang dan ruang bawah pintu di tutup rapat
❗️Sentiasa berjaga jaga, ketuk kasut sebelum pakai
❗️Kemas rumah, buang longgokan barang yang tidak digunakan

30/04/2023
28/04/2023

RESEPI AYAM PERCIK

Bahan-bahan:
* 7 tangkai cili kering
* 1 biji bawang besar
* 5 ulas bawang putih
* 2cm halia
* 3 tangkai serai
* 2cm kunyit hidup
* 1 sudu besar ketumbar
* 1 sudu besar jintan manis
* Garam dan gula secukupnya
* 1 ekor ayam
* Sedikit minyak zaitun (minyak masak pun boleh)

Cara-cara:
1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai dan kunyit hidup.
2. Kisar halus ketumbar dan jintan manis.
3. Tumis semua bahan kisar tanpa minyak, masukkan garam dan gula.
4. Kemudian masukkan ayam, biarkan ayam setengah masak.
5. Keluarkan ayam dan letak di atas stand.
6. Renjiskan ayam dengan minyak zaitun.
7. Bakar pada suhu 200c selama 15 minit, bakar atas dapur pun boleh.

Bahan kuah:
* 7 tangkai cili kering
* 3 ulas bawang putih
* 5 sudu sos cili
* 1 sudu besar gula merah
* 1 sudu besar gula pasir
* 1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara:
1. Kisar cili kering bersama bawang putih.
2. Panaskan kuali, masukkan cili kering dan bawang putih tadi. Masukkan sedikit air, kacau perlahan sehingga cili masak.
3. Masukkan sos cili, gula merah yang telah dibancuh dengan sedikit air, gula pasir dan tepung jagung.
4. Kacau sampai kuah jadi pekat.
5. Jika s**a, boleh tambah bijan.
6. Tuang kuah atas ayam.

Kredit: SuiSan Aliezsha

28/04/2023

Kurangkan barang hiasan rumah, elakkan memenuhi rumah dengan perabot yang tidak perlu.

✅ Kurang masa untuk mengemas rumah
✅ Kurang pengumpulan habuk

Minimalisme adalah salah satu cara untuk mengurangkan tekanan dan peluang untuk anda ada lebih banyak masa untuk diri sendiri serta mengutamakan perkara perkara penting.

28/04/2023
22/04/2023
15/04/2023

Address

Kota Kinabalu
88300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hanana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share