Kain "English Cotton"

Kain "English Cotton" Anda inginkan kain "English Cotton" yang berkualiti ??? Kami ada menyediakannya untuk kegunaan anda. Kami sangat mementingkan kualiti kain yang dijual.

Kami hanya membawa masuk kain "English Cotton" yang berkualiti sahaja untuk dijual.

05/10/2015

5 Tips Penjagaan Kain Cotton.
-------------------------------------

1. Sebelum di hantar ke ‘tailor’ untuk tempahan anda dinasihatkan membuat basuhan pertama ke atas fabrik / kain cotton terlebih dahulu. Ini kerana fabrik cotton anda akan ‘mengecut’ (shrink) sedikit selepas basuhan awal. Untuk mengelakkan ukuran baju kita tak sama anda adalah digalakkan berbuat demikian.

2. Elak menggunakan ‘bleach’ atau ‘chemical’ lain selain daripada detergent anda. Pelembut fabrik (softener) mungkin juga akan mengurangkan pernafasan fabrik / kain cotton anda.

3. Anda boleh basuh fabrik / kain cotton dengan tangan atau dengan washing machine dengan air sejuk atau suam. Kalau boleh basuh berasingan dengan fabrik / kain cotton warna yang lain. (jika nak kekalkan warnanya).

4. Bila menjemur elakkan dari jemur di bawah sinaran matahari yang terik. Kalau guna ‘dryer’, jangan terlalu lama dan sebaik-baiknya lipat atau gantung kain lepas guna ‘dryer’. Jangan campak dalam bakul selepas guna ‘dryer’ dan biar terlalu lama, nanti mudah berkedut.

5. Sebaiknya terbalikkan baju (inside-out) sebelum basuh dalam washing machine.

05/10/2015

2 Tips Memilih Kain Cotton.
------------------------------------
Dalam pemilihan kain cotton, pastikan 2 perkara yang sangat penting iaitu:

1. KualitI kain.

2. Corak atau warna padakain tersebut.

05/10/2015

Apakah kelebihan Kain "English Cotton" ?
------------------------------------------------------------

1. "English Cotton" adalah sangat lembut dan ringan.

2. Barangkali anda tidak merasa panas sewaktu panas terik.

3. Oleh kerana sifat kainnya yang 'bernafas', ianya memastikan wap air dari badan. Oleh kerana itu ia memberikan kita keselesaan.

4. Terima kasih kepada sifat semula jadinya, ianya dapat memerangkap udara supaya menyediakan penebat haba.

5. "English Cotton" adalah bebas daripada apa-apa jenis caj statik kerana keupayaannya yang menyerap kelembapan.

6. "English Cotton" juga adalah kain jenis 'hypoallergenic', dimana ia tidak akan menyebabkan alahan kepada pemakai. Untuk rakan-rakan yang ada masalah kulit sensitif, senang dapat asma kerana habuk atau apa-apa jenis alahan kulit, kain cotton sangat sesuai kerana secara semula jadi ia tidak menerima habuk, hama atau mana-mana bakteria jahat menjadi sekutunya di situ yang kemudian boleh menyakiti anda.

05/10/2015

Pengenalan Kain "English Cotton".
--------------------------------------------------

Apa itu kain cotton ?
Kain yang asalnya daripada serat kapas. Kapas membolehkan kulit untuk bernafas dengan baik. Oleh itu, ia merupakan sejenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai dengan iklim cuaca panas dan lembab seperti di Malaysia ini. Banyak kain cotton dijadikan bahan untuk membuat blouse, jubah, selimut dan sebagainya. Ia juga senang untuk dicuci.

Kain cotton adalah satu-satunyanya fabrik di dunia yang tahan kepada semua jenis cuaca (winter/autumn/spring/summer/hujan panas sepanjang tahun/kemarau/dll). Bezanya hanya anda pakai lebih tebal atau nipis mengikut keadaan ketika itu.

Kain "English Cotton"adalah di antara kain yang popular untuk membuat baju kurang dan blouse. Walaupun banyak fabrik lain seperti sutera dan linen, "English Cotton" adalah pilihan yang paling disukai. Dengan kami, anda boleh membeli "English Cotton" dengan pelbagai corak yang disediakan seperti bunga dan daun, haiwan, titik, jalur, berputaran, menyusuri, motif dan corak yang lain.

Address

Kuala Lumpur
50300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kain "English Cotton" posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share