17/07/2020
🔰 Beza Medical Card dgn Critical Illness 🔰
Dua insurance kesihatan yang berbeza tapi saling melengkapi. Perlu ambil tahu sebelum apply insurance supaya anda dilindungi di kemudian hari.
———————————————————————————
📌 MEDICAL CARD hanya untuk bayar bil rawatan hospital sahaja
📌 CRITICAL ILLNESS (CI) p**a pampasan yang dibayar jika anda didiagnos dengan penyakit kritikal.
Kenapa saya cakap 2 insurance ini saling melengkapi ?
Situasi:
Encik Ali masuk ke hospital untuk pembedahan appendix yang pecah. Lepas operation, dia diberitahu terdapat ketumbuhan kanser di usus dan dia didiagnos dengan kanser tahap 3. Encik Ali disarankan untuk membuat pembedahan buang ketumbuhan & rawatan kanser susulan. Disebabkan tidak dapat bekerja untuk masa yang lama, beliau terpaksa cuti tanpa gaji selama 6 bulan. Encik Ali mempunyai Medical Card & Pampasan Critical Illness RM 50,000
✅ Rawatan Hospital & rawatan kanser susulan dibayar menggunakan Medical Card beliau.
✅ Beliau juga dibayar Pampasan Critical Illness RM50,000 untuk menampung hidup selama 6 bulan tanpa gaji, membayar ansuran rumah & kereta, membeli kerusi roda, membuat rawatan alternative, menampung kos pengangkutan berulang alik ke hospital.
Jika tanpa Critical Illness: Encik Ali terpaksa menggunakan duit simpanan, menjual asset2, meminjam dari sedara-mara.
———————————————————————————————
📍 Boleh ke Medical Card & Critical Illness diambil berasingan ?
- Boleh, bergantung kepada bajet anda. Jika mampu, tambah Critical Illness di kemudian hari atau beli Critical Illness yg minimum & upgrade bila anda mampu. Tapi ingat, ia boleh dibeli jika anda masih sihat sahaja.
📍Berapakah anggaran Critical Illness yang diperlukan ?
- Dinasihatkan 12 bulan gaji. Jika tidak mampu, beli lah sekurang-kurangnya cukup untuk menampung hidup selama 6 bulan.
📍 Critical Illnesss ada waiting period tak?
- Ada, 24 jam untuk kemalangan & 120 hari untuk penyakit kritikal
————————————————————————————-
Jadi, sebelum beli insurance, teliti dulu coverage yg diberi. Adakah ia akan membantu mengurangkan masalah anda ?
Farhana Ghani
Perunding Kewangan AIA
016-509 4370
* Gambar dibawah adalah senarai Critical Illness yang dicover oleh AIA