06/11/2024
Tentang stevia - s**a share sebab ramai lagi yang tak tahu kelebihan herba yang satu ni
Dan ramai tak tahu ianya boleh dijadikan pengganti gula.
💡Kenapa Stevia lebih sihat?🤔
Stevia adalah jenis tanaman herba yang mempunyai rasa manis dan kemanisannya 300 kali ganda dari gula. Bukan pemanis buatan.
Stevia lebih sihat dan selamat diambil kerana tidak mengandungi kalori dan tak ada efek sampingan pada badan kita, insyaAllah.
💡Betul ke stevia hanya untuk minuman saja? 🤔
Sebenarnya stevia juga boleh digunakan untuk memasak tau. Caranya, lepas matikan api baru titiskan stevia dalam masakan.
💡Bagaimana cara nak tahu stevia yang bagus? 🤔
Pastikan korang beli stevia berwarna coklat macam teh o jernih sehingga ke warna teh o pekat kerana warna asli stevia memang macam tu.
Jika warnanya jernih,
1. Kandungan stevianya sangat rendah sebenarnya
2. Lebih banyak pemanis tiruan tapi banyak yang di pasaran tak declare benda ni.
Semoga bermanfaat.