09/03/2020
يَا خَيْرَ مَنْ يَّمَّمَ الْعّافُونَ سَاحَتَهُ ۞ سَعْيًا وَّفَوْقَ مُتُوْنِ الْأَيْنُقِ الرُّسُمِ
Wahai Rasululullah ﷺ,sebaik-baik orang yang diharapkan oleh pengunjungnya,samada dengan berjalan kaki atau unta yang cepat berlari
وَمَنْ هُوَ الْأَيَةُ الكُبْــــرٰى لِمُعْتَبِرٍ ۞ وَمَنْ هُوَ الِنّعْمَةُ الْعُظْمٰــــى لِمُغْتَنِمِ
Dan sungguh engkau wahabi Nabi ﷺ menjadi sebuah petanda besar bagi pencari iktribar
DDan sungguh engkau wahabi Nabi ﷺ adalah nikmat teragung bagi orang yang mencari keberuntungan
سَرَيْتَ مِنْ حَرَمٍ لَيــــْلً إِلَىٰ حَرَمٍ ۞ كَمَا سَرَى الْبَدْرُ فِيْ دَاجٍ مِّنَ الظُّلَمِ
Di keheningan malam engkau berjalan dari Haram (Masjidil Haram) ke Haram (Masjidil Aqsa)
Laksana purnama yang berjalan laju menembus kegelapan malam
وَبِتَّ تَرْقـــىٰ إِلىٰ أَنْ نِلْتَ مَنْزِلَةً ۞ مِنْ قَابِ قَوْسَيْنِ لَمْ تُدْرَكْ وَلَمْ تَرُمِ
Dan engkau terus naik meninggi hingga ke suatu maqam yang tertinggi lagi hampir dengan Tuhanmu,Sehingga dekatnya seakan-akan sejarak busur panah atau sejarak yang tidak terjangkau oleh sesiapapun
وَقَدَّمَتْكَ جَمِيعُ الْأنْبِيَــــــــآءِ بِهَا ۞ وَالرُّسْلِ تَقْدِيَمَ مَخْدُومٍ عَلىٰ خَدَمِ
Engkau telah dikekedapankan oleh sekalian para Nabi dan Rasul,laksana tuan yang mulia yang dihormati oleh khadam-khadamnya
وَأَنْتَ تَخْتَرِقُ السَّبْعَ الطِّبَاقَ بِهِمْ ۞ فِيْ مَوْكِبٍ كُنْتَ فِيهِ صّاحِبَ الْعَلَمِ
Engkau tembusi tujuh petala langit dan bertemu paraanbiya’
Ketika engkau berada di tengah-tengah mereka engkaulah pemilik panji-panji keagungan
حَتّٰى إِذَا لَمْ تَدَعْ شَأْوًا لِمُسْتَبِقٍ ۞ مِنَ الدُّنُوِّ وَلاَ مَرْقًى لِمُسْتَنِمِ
Sehingga engkau berada pada suatu kedudukan yang tidak akan didahului sesiapapun olehmu kerana ketinggian martabatmu
خَفَضْتَ كُلَّ مَقَامٍ بِاْلِإضَافَةٍ إِذْ ۞ نُوْدِيتَ بِالرّفْعِ مِثْلَ الْمُفْرَدِ الْعَلَمِ
Ketika itu engkau sahajah yang telah mengatasi darjat segala Anbiya',lalu diserukanlah namamu dengan penuh pengkhususan secara tersendiri.
كَيْمَا تَفُوْزَ بِوَصْلٍ أَيِّ مُسْتَتِرٍ ۞ عَنِ الْعُيُونِ وَسِرٌّ أَيِّ مُكْتَتَمِ
Seolahnya agar hanya engkau sahajalah yang dapat mengetahui segala perbendaharaan yang rahsia yang tersembunyi dari padandangan manusia dan segala hikmah yang tertutup hanya disaksikan olehmu
فَحُزْتَ كُلَّ فِخَارٍ غَيْرَ مُشْتَرِكٍ ۞ وَجُزْتَ كُلَّ مَقَامٍ غَيْرَ مُزْدَحَمِ
Engkau raih segala kebanggaan tanpa seorang pun yang menyertaimu
Dan engkau telah melewati segala darjat ketinggian tanpa ada seorangpun yang menandingimu
وَجَلَّ مِقْدَارُ مَا وُلِّيَتَ مِنْ رُتَبٍ ۞ وَعَزَّ إِدْرَاكُ مَا أُولِيْتَ مِنْ نِّعَمِ
Sungguh, alangkah hebat ketinggian martabatmu! Dan sungguh, alangkah hebatnya nikmat dan kurnia Allah kepadamu!
بُشْرٰى لَنَا مَعْشَرَ الْإِسْلَامٍ إِنّ لَنَا ۞ مِنَ العِنَايِةِ رُكْنًا غَيْرَ مُنْهَدِمِ
Khabar gembira buat kita sekalian umat Islam,
bahawa kita telah diberikan syariat yang kuat dan tidak teruntuhkan (kefarduan solat lima waktu)
لَمَّا دَعَا اللهُ دَاعِينَا لِطَاعَتِهِ ۞ بِأَكْرَمِ الرُّسْلِ كُنَّا أَكْرَمُ الُأُمَمِ
Ketikamana Allah telah menjadikan Raslulullah ﷺ sebagai sebaik-baik Rasul-Nya,maka menjadilah kita dengan keberkatan Baginda ﷺ itu sebagai sebaik-baik ummat.