By Sharifah Najib

By Sharifah Najib Khimar & Niqab high quality, imported from Yemen, in syaa Allah selesa biiznillah..

1 lagi khimar outer KHIMAR AISYA sama juga harga..yang ni bergetah, tak de butang depan.Labuhnya sangat cantik masyaAlla...
27/02/2026

1 lagi khimar outer KHIMAR AISYA sama juga harga..yang ni bergetah, tak de butang depan.

Labuhnya sangat cantik masyaAllah (saya set model mannequin ni tinggi 155)

Bismillahirrahmanirrahim..ada khimar as-is sale untuk 2 jenis khimar..in syaa Allah jimat RM30+ dari harga normal..KHIMA...
27/02/2026

Bismillahirrahmanirrahim..ada khimar as-is sale untuk 2 jenis khimar..in syaa Allah jimat RM30+ dari harga normal..

KHIMAR AASIYA 👇🏻 item as-is (minor defect) RM80 sahaja (NP : RM129) khimar yaman, originally import, kain lembut, ringan selesa, in syaa Allah

27/02/2026

MasyaaAllah tiupan angin sopan ke arah khimar yang originally imported dari Yaman..

Khimar Yaman memang tak lari dan tak lekang dari bibir² Niqabis, dan pencinta tudung labuh, pencinta kaler hitam, kerana memang khimarnya material lembut, ribgan, flowy, in syaa Allah tak membebankan pemakai..

Biiznillah..

Maaf lalu j*p di pagi hari..kebetulan nak maklum khimar yaman ada item as-is sale..

Kalau ada yang nak cari khimar wasabi sharifah 👇

Ramadan Kareem buat semua sahabat² di sini..Jom kita pasang niat² yang baik², iaitu perbanyakkan azam serta target yang ...
18/02/2026

Ramadan Kareem buat semua sahabat² di sini..

Jom kita pasang niat² yang baik², iaitu perbanyakkan azam serta target yang tinggi untuk Ramadan kali ini dalam setiap amal kebaikan kita.

Manfaatkan malam awal Ramadan dengan amal yang dilakukan Rasullullah tika menyambut Ramadan, serta amal² para salafussoleh❤️

Ramadan Kareem Barakallahu Fiikum

Bismillahirrahmanirrahim.. Salam Sayyidul Ayyam❤️Khimar Aisya _ Khimar outwear veil masyaAllah sangat sesuai kalau nak k...
26/12/2025

Bismillahirrahmanirrahim.. Salam Sayyidul Ayyam❤️

Khimar Aisya _ Khimar outwear veil masyaAllah sangat sesuai kalau nak keluar bersiar² menikmati keindahan alam ciptaan Allah..

Tugasnya sebagai protector kedua selepas tudung dalam yang mungkin masih kurang sempurna untuk cover sisi dan bahagian belakang..

2 layer khimar, ringan, dan awning khas untuk extra cover dahi dan mata, bergetah..

Dijahit khas di Yaman, dan material dari Yaman, untuk meminimakan berat walaupun labuh belakangnya sampai ke betis..

Memang love❤️

Khimar Aisya | Harga PROMO R M 1 1 5 sahaja

P/s gambar generate AI : lihat gambar sebenar di ruangan komen tau🥰

Sufyan ats-Tsauri rahimahullah berwasiat,Pilihlah teman duduk yang membuatmu zuhud terhadap gemerlap dunia, dan menyeman...
14/12/2025

Sufyan ats-Tsauri rahimahullah berwasiat,

Pilihlah teman duduk yang membuatmu zuhud terhadap gemerlap dunia, dan menyemangatimu mengejar akhirat.

Dan waspadalah, jangan duduk bersama ahli dunia yang tenggelam dalam pembicaraan dunia, karena mereka perlahan akan merusak agama dan hatimu.

(Hilyatul Auliya wa Thabaqatul Ashfiya, 7/83)

Ternyata sangat benar dan tepat sekali kalam Imam Ibnu 'Atha'illah as-Sakandari. Itu lah realiti yang berlaku sekarang. ...
06/12/2025

Ternyata sangat benar dan tepat sekali kalam Imam Ibnu 'Atha'illah as-Sakandari. Itu lah realiti yang berlaku sekarang.

Terkadang rajin buat ibadah sunat, seperti zikir, membaca Quran, solat sunat, tapi tinggalkan ibadah wajib yang utama iaitu belajar ilmu fardhu ain berkaitan asas sembahyang dan ilmu asas akidah.

"Perkasakan ilmu asas fardhu ain dalam agama."

~Ustazah Shahnorhafikah

Sayyidina Umar yang bila lalu di satu lorong, syaitan Dan iblis tidak mahu lalu kerana ikhlasnya Sayyidina Umar itu semp...
04/12/2025

Sayyidina Umar yang bila lalu di satu lorong, syaitan Dan iblis tidak mahu lalu kerana ikhlasnya Sayyidina Umar itu sempurna.

Lalu, untuk menghadirkan keikhlasan dalam hati adalah jangan mengikat jiwa kita dengan perkara yang fana (dunia, wang ringgit dan harta) kerana ianya akan hancur lebur.

Buat apa kita bergantung dan berpaut pada perkara yang hancur lebur itu. Sebab itu kita hanya perlu berpaut pada Yang Satu, Zat Yang Maha Kekal iaitu Allah Subhanahu Ta'ala.


Berkata al Arifbillah al Allamah al Murabbi al Habib Umar bin Hafidz: متى ما خطر ببالك أنك خير من أي مسلم، فاعلم أن الكب...
29/11/2025

Berkata al Arifbillah al Allamah al Murabbi al Habib Umar bin Hafidz: متى ما خطر ببالك أنك خير من أي مسلم، فاعلم أن الكبر قد بنى له عرشاً في صدرك.

"Pada saat mana terlintas di fikiranmu bahawa engkau lebih baik daripada mana² orang Islam, maka ketahuilah bahawa sifat sombong (kibr) telah membina sebuah singgahsana untuknya di dalam dadamu."

Sayyidi al Habib Umar memberi amaran bahawa lintasan hati yg sekecil apa pun yg merasa diri lebih baik dari orang lain sudah menjadi tanda bahawa penyakit sombong telah bertapak kukuh di dalam hati. Ini adalah muhasabah yg sangat halus dan tajam.

أساسُ الطريقِ شهودُ فناءِ نفسِكَ، وكمالُهُ النظرُ إلى الخلقِ كلِّهم بعينِ التعظيمِ. فمتى ما رأيتَ نفسَكَ خيراً مِن أحدٍ، ففي تلكَ الساعةِ أنتَ شرٌ عندَه.

"Asas jalan (rohani) ini adalah menyaksikan kefanaan (tiada wujudnya) dirimu, dan kesempurnaannya adalah memandang seluruh makhluk dengan pandangan mata pengagungan. Maka, pada saat mana pun engkau melihat dirimu lebih baik daripada sesiapa pun, pada saat itulah engkau adalah yg paling jahat di sisi-Nya."

Hijab (dinding) yg paling tebal antara engkau dengan Rabb Tuhanmu bukanlah dosamu, tetapi sangkaanmu bahawa engkau lebih baik daripada saudaramu yang berdosa itu.

​Pandanglah ahli maksiat dgn pandangan mata rahmat, kerana engkau tidak tahu bila Allah akan mengangkatnya dalam taubat. Dan pandanglah dirimu dgn pandangan mata takut, kerana engkau tidak tahu bila engkau akan diuji dan tersungkur.

Oleh itu mohonlah perlindungan dari Allah dan sentiasa mendoakan kebaikan dan hidayah kepada semua manusia seluruh alam sehingga kiamat.

Address

Batu Buruk
Kuala Terengganu
20400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when By Sharifah Najib posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to By Sharifah Najib:

Shortcuts

Share

Category