Bufanda Scarf

Bufanda Scarf Hanya CUSTOM MADE...

Kualiti terjamin dengan penggunaan INK FABRIK YG BERKUALITI TINGGI dengan sifat ANTI LUNTUR..

Boleh custom corak atau gambar muka@potret....

Boleh print Nama / Jenama / Logo Jenama di setiap helaian tudung...

01/12/2019

Assalamualaikum semua..hari ni sis nak share satu tips tau..😱😱
Hehe..baca bawah ni smpai hbis ye😆

CARA-CARA MENGGAYAKAN TUDUNG BAWAL


Antara gaya termudah untuk memakai tudung bawal adalah dengan melipat dua tudung bawal itu.

Bahagian dalam hanya ¼ daripada bahagian luar. Tudung akan menjadi bentuk segi tiga, kecil di bahagian dalam dan besar di bahagian luar. Pastikan si pemakai memilih inner yang bersesuaian agar tudung tidak meluncur.



tutorial tudung bawal1

Pinkan tudung bawal di bahagian leher untuk mendapatkan kemasan yang elok.

Bentukkan bahagian awning sekemasnya dan lipat sedikit tudung di bahagian bawah p**i untuk mendapatkan bentuk awning yang kemas.

Pastikan bahagian hadapan tudung mempunyai mempunyai satu bahagian yang pendek dan satu bahagian yang panjang. Ini adalah untuk memudahkan penggayaan tudung bawal ini.



tutorial tudung bawal2

Untuk memastikan tudung kelihatan kemas dan terletak cantik, pinkan bahagian bahu untuk bahagian tudung yang labuh tadi.

Tarik sedikit demi sedikit untuk memastikan tudung kelihatan kemas selepas di pin.

Ini untuk memastikan tudung tetap kemas dan tidak menghalang pergerakan si pemakai tadi.



tutorial tudung bawal3

Tarik bahagian tudung yang lebih panjang dan tarik ke belakang, dan lilitkan sehingga bertemu di bahagian sanggul.

Pinkan hujung tudung yang bertemu bahagian sanggul tersebut.

Pastikan bahagian tudung yang menutupi bahagian hadapan di susun kemas mengikut keselesaan si pemakai.

Pemakai boleh memilih untuk melabuhkan atau menyingkatkan bahagian hadapan tudung bawal ini.

Bahagian tudung yang pendek tadi, cuma perlu ditarik dan dikemaskan sahaja.

Kerana bahagian itu akan menampakkan kelainan pada bahagian hadapan tudung di pemakai.

Pemakai tudung bawal perlu cuba mengerakkan kepala ke kiri dan kanan untuk memastikan tudung bawal yang digayakan tidak menghalang pergerakan dan memberikan keselesaan maksima.

Haa..lepas ni boleh la cuba2 ye awakk..jgn lupa tag bufandaskarf bila nk ootd tu🙈


/20


30/11/2019

TIPS PENJAGAAN TUDUNG SUPAYA TAHAN LAMA😍😍

Meh sini sis nk share sikit yekk😆



1. JANGAN CUCI TUDUNG MENGGUNAKAN MESIN BASUH
Elakkan mencuci tudung dengan mesin basuh kerana ia boleh merosakkan tudung. Kain tudung yang lembut boleh rosak jika dicuci dengan mesin basuh bersama baju lain. Ia juga boleh berubah warna jika dicampur bersama pakaian lain. Semasa membeli tudung, label pada tudung ada menyatakan cara mencuci tudung. Tidak perlu dibasuh dengan mesin basuh, cukup sekadar menyental atau meramas tudung dengan tangan. Jika tidak sempat dan anda terpaksa cuci tudung dengan mesin basuh, masukkan tudung ke dalam beg berjaring sebelum dimasukkan ke dalam mesin.



2. JANGAN SENTAL DENGAN KUAT
Bagi menjaga kualiti tudung anda dari cepat rosak, sebaiknya cuci tudung dengan menyental menggunakan tangan atau diramas dengan lembut. Tidak perlu untuk disental dengan kuat kerana boleh menyebabkan benang pada fabrik terputus lalu menyebabkan tudung rosak. Jika mempunyai kotoran, boleh digosok perlahan-lahan menggunakan berus.



3. HILANGKAN KESAN PELUH PADA TUDUNG

Ramai wanita menghadapi masalah ini terutamanya tudung dan shawl dari jenis chiffon. Bagi menghilangkan kesan peluh pada tudung, cukup sekadar meletakkan baking soda pada bahagian tudung yang terdapat kesan peluh menggunakan berus gigi. Kemudian, rendam tudung ke dalam air suam yang dicampur dengan sedikit sabun pencuci. Selepas itu, bilas dan sidai.



4. GUNAKAN PELEMBUT FABRIK
Selepas tudung dicuci dengan tangan, rendam tudung anda dalam campuran air bersama pelembut fabrik selama 10-15 minit. Kemudian, bilas tudung dengan air bersih dan pastikan tiada kesan sabun atau pelembut fabrik melekat pada tudung.



5. ELAKKAN CAHAYA MATAHARI TERIK

Jangan sidai tudung anda di bawah cahaya matahari terik. Ini kerana ia boleh merosakkan tudung dan menyebabkan warna tudung cepat pudar. Cukup sekadar sidai di tempat redup dan tidak terkena cahaya matahari terik.



6. GOSOK TUDUNG DENGAN SUHU YANG SESUAI

Dengan jenis pelbagai jenis fabrik tudung, suhu berbeza diperlukan untuk menggosok tudung. Bagi jenis tudung yang lembut seperti chiffon dan silk, gunakan suhu yang rendah bagi mengelakkan tudung rosak atau terbakar. Bagi tudung tebal seperti bawal cotton atau shawl pashmina, gunakan suhu yang sesuai. Bagi tudung yang mempunyai batu atau hiasan, gosok tudung anda secara terbalik bagi mengelakkan batu dan hiasan itu tercabut.



7. PENYIMPANAN TUDUNG DENGAN BETUL

Ada banyak cara bagi penyimpanan tudung dengan betul, bergantung pada jenis fabrik tudung. Anda boleh menggunakan penyangkut khas untuk menggantung shawl. Bagi tudung bawal, lipat dan susun dengan rapi dalam laci mengikut jenis fabrik atau warna. Bagi tudung sarung atau instant shawl, sebaiknya digantung bagi mengekalkan bentuk awning.



Demikian adalah beberapa tip penjagaan tudung yang anda boleh amalkan. Diharapkan ianya dapat membantu anda menjaga tudung supaya tahan lama dan kekal seperti baru. Tenkiu uollss🙈




💞Berminat utk custom made tudung...Boleh custom corak atau gambar muka@potret....Boleh print Nama / Jenama / Logo Jenama...
30/11/2019

💞

Berminat utk custom made tudung...
Boleh custom corak atau gambar muka@potret....

Boleh print Nama / Jenama / Logo Jenama di setiap helaian tudung...

Hampir 200 code corak tersedia utk anda pilih..
Pelbagai frame design tersedia utk custom potret..

Shawl atau bawal, ikut pada pilihan anda..
Warna tudung boleh pilih....

TAK ADA READY MADE atau READY STOK..
Hanya CUSTOM MADE...

Kualiti terjamin dengan penggunaan INK FABRIK YG BERKUALITI TINGGI dengan sifat ANTI LUNTUR..

♦️ HARGA SERENDAH RM25 SEHELAI♦️

LENGKAP : Tudung + Corak + Editing + Printing + Custom Nama / Jenama / Logo Jenama

GRAB PELUANG YG ADA....
klik link dibawah :

👉 www.wasap.my/60135350124/custom_made

👉 www.wasap.my/60135350124/custom_made










Coming soon uolsss😱😱😱Ape tuu??!!Inilah dia tudung v shape printing khas utk bagi siapa yg s**a pada bawal tetapi tak s**...
29/11/2019

Coming soon uolsss😱😱😱
Ape tuu??!!

Inilah dia tudung v shape printing khas utk bagi siapa yg s**a pada bawal tetapi tak s**a corak yg terlalu crowded..just nice and simple..khenn😏

New baby is release🎉🎉🎉Masih tercari- cari tudung yg sesuai utk si celik?tudung yg sesuai dgn citarasa mereka?Kami Bufand...
29/11/2019

New baby is release🎉🎉🎉

Masih tercari- cari tudung yg sesuai utk si celik?tudung yg sesuai dgn citarasa mereka?

Kami Bufanda Scarf sedia utk mmbantu awak-awak semua!!!🤭kerana tudung kami adalah 100% custommade printing yg bakal cukup memuaskan hati pelanggan kami semua

Nntikan semuanya dr kami ya dan jgn lupa ikuti kami di bufanda scarf!!😆

28/11/2019

YOU DESIGN,WE CREATE
Come and have your own designed scarf with reasonable price
The more you buy,More less you will get

🥰new collection coming soon girls🥰💞Wuuuu......excitednye girls💞
28/11/2019

🥰new collection coming soon girls🥰

💞Wuuuu......excitednye girls💞

Haiiii!!!!!🤩 Cuti cuti sekolah ni...buat apa tuh..Pergi makan kenduri ke?banyak tak kenduri?Ha meh sini kita share tips ...
28/11/2019

Haiiii!!!!!🤩 Cuti cuti sekolah ni...buat apa tuh..
Pergi makan kenduri ke?banyak tak kenduri?
Ha meh sini kita share tips skit acenna nak pilih tudung yang matching dengan baju...😍
Baru la ala ala pengantin gituh 🙀

{TIPS PENJAGAAN TUDUNG BAWAL}1. Basuh dengan cucian tangan. Jangan gunakan berus atau mesin basuh.2. Rendam seketika den...
28/11/2019

{TIPS PENJAGAAN TUDUNG BAWAL}

1. Basuh dengan cucian tangan. Jangan gunakan berus atau mesin basuh.

2. Rendam seketika dengan sesdikit serbuk pencuci yang lembut.

3. Jangan gunakan peluntur. Gosok-gosokkan saja dengan tangan secara lembut. Kemudian bilas dan sidai tudung.

4. Kalau boleh elak menggunakan softener sebab ia akan menyebabkan tudung tersebut lembik dan s**ar untuk dibentuk.

5. Elakkan 'direct sunlight' supaya ia tahan lebih lama dan warnanya tidak pudar.

6. Untuk memastikan batu-batu kristal atau manik kekal melekat, gosok dari sebelah dalam tudung. Lapikkan dengan kain lain pada belakang tudung itu bagi mengelakkan gam batu-batu cair dan melekat pada seterika.

7 Simpan tudung dengan menggantung di tempat gantung tudung, atau mengikat di hujung tudung bawal di penyangkut baju.

8. Semasa memakai tudung, gunakan kerongsang yang mempunyai pin atau jarum yang masih tajam bagi mengelakkan tudung tersebut berlubang-lubang dan rosak, akibat tersangkut.

CARA NAK TUDUNG 'PERFECT' ikut BENTUK MUKABila cakap pasal pemakaian tudung ni, korang mesti nak nampak perfect. Salah s...
24/11/2019

CARA NAK TUDUNG 'PERFECT' ikut BENTUK MUKA

Bila cakap pasal pemakaian tudung ni, korang mesti nak nampak perfect. Salah satu benda yang orang perempuan fikir bila pakai tudung mesti taknak muka korang nampak bulat dan p**i nampak chubby. Stress je bila korang ikut tutorial kat Youtube, tapi tak sama dengan Youtuber tu buat walaupun dah follow step by step.
Haa..bentuk muka orang semua berlainan tau. Tapi takpe, lepas ni korang bolehlah gayakan stail tudung yang korang s**a sebab admin nak kongsikan tips pemakaian tudung yang sesuai ikut bentuk muka.

1. Bentuk muka bujur

Orang yang bermuka bujur ni boleh dikatakan beruntung juga lah sebab apa-apa stail pun korang boleh gayakan dan masih nampak lawa. Tak kira lah pakai bawal ke, shawl ke pasti nampak sesuai dipakai dan terletak.

Jadi korang boleh lah cuba fesyen-fesyen dan stail terkini tanpa rasa bimbang!

2. Bentuk muka bulat

Biasanya orang yang bermuka bulat ni panjang dan lebar muka hampir sama. Salah pilih tudung, muka korang akan nampak tembam. Admin cadangkan korang pakai anak tudung yang nipis sedikit.

Kalau korang pakai shawl, lagi better buat stail loose kalau tudung bawal, bentukkan awningnya panjang sedikit. Lilitan shawl pun jangan terlalu ketat ye sis. Tudung bawal pulak korang cuma perlu lipat sedikit je kat tepi.

Cara ni boleh bagi effect yang membuatkan muka korang less chubby.

3. Bentuk muka panjang

Sama macam bentuk muka bujur, bentuk muka panjang pun jadi idaman ramai tau. Sebabnya kalau korang pandai stailkan tudung, muka korang akan kelihatan bujur. Pastikan tudung korang tidak menutup bahagian p**i supaya muka korang tidak nampak terlalu panjang.

Pemakaian anak tudung pastikan ditarik ke bawah sedikit untuk menutup dahi dan memberi kesan wajah yang bujur.

4. Bentuk muka petak

Bertuahnya orang yang bermuka petak ni sebab korang ada jawline panjang. Tetapi bila bab pemakaian dan stail tudung, korang boleh menutup sedikit rahang yang terlalu menonjol tu. Caranya sama macam stail tudung untuk si muka bulat, korang pakai stail shawl yang loose.

Kalau korang nak lilit shawl sekeliling leher, pastikan korang tidak memakai pin atau kerongsang di bawah dagu. Biar je shawl tu flowy okiess! Nak pakai tudung bawal pun okay je takde masalah hehe.

5. Bentuk muka heart

Korang yang mempunyai wajah berbentuk heart boleh menggayakan apa sahaja stail tak kira tudung bawal mahupun shawl. Pastikan awning tudung korang biar tajam sedikit untuk mengelakkan dahi nampak luas.

Elakkan awning yang terlalu bulat tau.

Tak kisah lah bentuk muka macam mana pun yang korang ada, bagi admin semua ada kecantikan masing-masing. Yang penting kena kenal bentuk muka korang, kreatif dan confident ye sis! Barulah nampak bergaya dan stailo bila berhijab.

Harap-harap tips admin berguna untuk sisters semua ye.

Address

Unisza Kampus Gong Badak
Kuala

Telephone

+60135350124

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bufanda Scarf posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bufanda Scarf:

Share