02/07/2020
Moga negera kita sentiasa dilindungi
Kes baharu COVID-19 di Amerika Syarikat semalam mencatatkan 46,185 kes dalam tempoh 24 jam. Brazil p**a mencatatkan sebanyak 37,997 kes baharu dan India merekodkan 18,641 kes sehari. Secara keseluruhannya, Kes baharu dunia pada 1 Julai adalah tertinggi pernah direkodkan setakat ini iaitu kira-kira 196,000. Amerika Syarikat dan Brazil juga merekodkan jumlah kes dan kematian tertinggi di dunia.
Pada hari yang sama, Malaysia mencatatkan kes terendah pernah direkodkan iaitu satu kes baharu dan sifar kes tempatan.
Mengambil kira perkembangan semasa di seluruh dunia dan amaran yang telah diberikan WHO, KKM menyeru orang ramai agar tidak alpa dengan penurunan kes di negara kita. Kes boleh kembali meningkat jika kita leka. Jadi, terus patuhi SOP dan amalkan langkah-langkah pencegahan setiap masa di mana jua kita berada.