Bengkel Jahitan PKM Bukit Ubi

Bengkel Jahitan PKM Bukit Ubi Kelas Jahitan

Selamat Hari Guru 2026 buat seluruh warga pendidik yang sentiasa komited dalam mendidik anak bangsa dengan penuh dedikas...
16/05/2026

Selamat Hari Guru 2026 buat seluruh warga pendidik yang sentiasa komited dalam mendidik anak bangsa dengan penuh dedikasi dan kasih sayang.

Sebagai Guru Kemahiran Jahitan, saya amat bersyukur kerana diberi peluang untuk berkongsi ilmu, membimbing kemahiran serta menyemai keyakinan dalam diri setiap pelajar. Sesungguhnya, pendidikan bukan sahaja membentuk ilmu pengetahuan, malah turut membina masa depan yang lebih bermakna.

Terima kasih kepada semua guru yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan menjadi inspirasi kepada generasi hari ini. Semoga segala usaha dan pengorbanan para pendidik sentiasa dihargai serta mendapat keberkatan.

β€œGuru Bitara, Nadi Negara”

Ikhlas daripada,
Cikgu Mira
Guru Kemahiran Jahitan KEMAS Bengkel Jahitan Bukit Ubi





29/04/2026

Bersempena dengan Program Moh Wei Ke Taman Agro anjuran Taman Agro Teknologi, MARDI Cherating Pahang, Unit PKEM Parlimen Indera Mahkota turut menyertai dan melakukan promosi kelas kelas kemahiran kepada para pengunjung yang hadir.

Acara promosi turut di sertakan dengan demonstari pembuatan ' shrink paper keychain', ' ornament felt', dan beg tote mini.

Promosi ini merupakan satu kaedah pengenalan dan pendedahan kelas kemahiran serta tenaga pengajar kepada pengunjung dan masyarakat setempat.

Semoga jalinan hubungan baik antara pihak KEMAS dan MARDI berkekalan selamanya.






πŸ“’ JEMPUTAN KE PROGRAM PROMOSI PKEM INDERA MAHKOTAAssalamualaikum & Salam Sejahtera 🌸Orang ramai dijemput hadir ke Progra...
19/04/2026

πŸ“’ JEMPUTAN KE PROGRAM PROMOSI PKEM INDERA MAHKOTA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 🌸

Orang ramai dijemput hadir ke Program Promosi PKEM Indera Mahkota yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

⏰ Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengahari
πŸ“… Tarikh: 24 April 2026
πŸ“ Tempat: Taman Agroteknologi MARDI Cherating

✨ Demonstrasi PERCUMA:
🧡 Jahitan & Senitangan
πŸ”‘ Shrink Paper Keychain
🌺 DIY Ornament Felt
πŸ‘œ Mini Tote Bag

Program ini terbuka kepada semua yang berminat untuk mengenali aktiviti kemahiran serta melihat sendiri hasil kreatif kelas kemahiran KEMAS.

🎯 Datanglah beramai-ramai memeriahkan program ini!
Jumpa anda di sana!




Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua AJK Kelas Kemahiran PKM Bukit Ubi yang telah ...
11/04/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua AJK Kelas Kemahiran PKM Bukit Ubi yang telah bertungkus-lumus merancang dan menjayakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri dengan begitu meriah dan teratur. πŸŒ™βœ¨

Tidak dilupakan juga kepada semua peserta kelas kemahiran, tetamu yang sudi meluangkan masa hadir serta memeriahkan majlis ini dengan semangat kebersamaan dan hidangan potluck yang pelbagai. Kehadiran dan sokongan anda semua amat bermakna dalam mengeratkan silaturahim antara kita. πŸ€πŸ’

Semoga ukhuwah yang terjalin terus kekal erat dan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Terima kasih semua! 🌸

22/03/2026

20/03/2026





20/03/2026





Marhaban Ya Ramadhan 1447H πŸŒ™βœ¨ Semoga setiap amalan kita diterima dan bulan penuh keberkatan ini membawa ketenangan, keam...
18/02/2026

Marhaban Ya Ramadhan 1447H πŸŒ™βœ¨ Semoga setiap amalan kita diterima dan bulan penuh keberkatan ini membawa ketenangan, keampunan serta rahmat buat kita semua. 🀍




Laporan Mesyuarat Agung Kelas Kemahiran dan Bengkel Jahitan PKM Bukit Ubi Kali Ke-20/2026Telah berlansung Mesyuarat Agun...
11/02/2026

Laporan Mesyuarat Agung Kelas Kemahiran dan Bengkel Jahitan PKM Bukit Ubi Kali Ke-20/2026

Telah berlansung Mesyuarat Agung Kelas Kemahiran Pusat Masakan KEMAS PKM Bukit Ubi dan Bengkel Jahitan KEMAS PKM Bukit Ubi Kali Ke-20/2026 telah diadakan pada 11 Februari 2026 (Rabu), jam 9.00 pagi bertempat di Dewan PKM Bukit Ubi.

Majlis telah dimulakan dengan Bacaan Yassin dan diikuti dengan Tazkirah Ambang Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Farid Naim, bagi memohon keberkatan dan rahmat dalam setiap urusan. Seterusnya, menyaksikan pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) baharu bagi sesi 2026/2027.

Mesyuarat ini telah berlangsung dengan teratur dan lancar serta mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kerjasama, komitmen, dan penglibatan aktif daripada semua ahli amatlah dihargai, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang hadir dan memberikan sokongan.

Kelas DIY Pencil Box With Popsicle di PPDK Anis Indera Mahkota pada 27hb November 2025....
30/11/2025

Kelas DIY Pencil Box With Popsicle di PPDK Anis Indera Mahkota
pada 27hb November 2025....








Address

Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Daerah Kuantan
Kuantan
25200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bengkel Jahitan PKM Bukit Ubi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bengkel Jahitan PKM Bukit Ubi:

Share