11/08/2017
Tips mngajar anak bertudung sejak kecil lgi.
1. Biasakan Anak Pakai Headband Atau Topi
Sejak lahir, biasakan anak menutup kepala. Waktu masih kecil, boleh gunakan headband atau topi. Ini supaya bila nak kenalkan dengan tudung, dia tak rimas dengan ‘something' yang berada di atas kepala.
Kalau anak dah nak masuk 1-2 tahun baru nak ajar pakai benda atas kepala, mesti dia rimas dan asyik nak tarik. Jadi dah menambah cabaran kepada kita untuk memujuk anak supaya jangan cabut tudung.
2. Asal Keluar Rumah, Pakai Tudung
Untuk menjadikan pemakaian tudung satu habit bagi anak, kita kena konsisten pakaikan dia tudung setiap kali nak melangkah keluar dari rumah. Hatta nak ke rumah jiran sebelah pun, pakai kan tudung.
Bila dah jadi tabiat, anak akan terikut dengan sendirinya. Bila dia nak keluar, dia akan capai tudung untuk dipakai. Walaupun masa tu anak masih belum faham kenapa perlu bertudung, tapi sekurang-kurangnya dia dah serasi.
3. Belikan Tudung ‘Instant' Yang Selesa
Zaman sekarang tudung instant untuk kanak-kanak dan bayi senang nak cari. Tak perlu pakai tudung yang jenis kena pin dan lipat sana sini. Tudung instant nih senang; seluk jer kepala masuk. Siap!
Bila nak pilih tudung instant nih pun, kena pastikan kain dan design yang dipilih adalah jenis yang selesa untuk anak. Ada jenis yang ada getah sesiap. Ada jenis kena ikat manual. Ada yang tak perlu ikat. Pilih lah yang mana anak kita selesa.
Kalau beli tudung yang panas dan tak selesa, anak akan cepat rimas dan tergaru-garu kepala. Sekejap jer lepas tu, tudung pun tercabut..
4. Doa & Minta Dipermudahkan Oleh Allah
Ini tips tambahan sekadar peringatan kita bersama. Selepas kita buat bahagian kita iaitu berusaha untuk mengenalkan tudung kepada anak kita, mohonlah pada Allah supaya anak kita s**a untuk pakai tudung.
Kita hanya mampu berusaha, yang mengerakkan hati anak-anak adalah Allah jua. Tak gitu?
Jadikan bertudung sejak kecil sebagai tabiat dan kebiasaan. Sya mendoakan supaya anak-anak saya membesar menjadi anak yang soleh dan solehah. Begitu juga doa saya untuk anak-anak anda 😉