29/07/2026
STRETCH MARK
Apa itu stretch mark?
Stretch mark ialah parut halus yang terbentuk apabila kulit meregang dengan cepat dalam tempoh yang singkat. Apabila lapisan kulit meregang melebihi kemampuannya, serat kolagen dan elastin di bawah kulit boleh mengalami kerosakan. Sebab itulah muncul garisan-garisan pada kulit.
Stretch mark boleh terjadi kerana pelbagai faktor seperti:
* Kehamilan.
* Pertambahan atau penurunan berat badan yang mendadak.
* Pertumbuhan badan ketika akil baligh.
* Pembesaran otot yang cepat.
* Faktor genetik, iaitu jika ahli keluarga mudah mendapat stretch mark.
Biasanya, stretch mark bermula dengan warna merah, ungu atau coklat bergantung pada tona kulit. Lama-kelamaan, warnanya akan menjadi lebih pudar dan kelihatan seperti garisan putih atau keperakan.
Ramai juga yang bertanya, "Stretch mark boleh hilang terus ke?"
Jawapannya, stretch mark biasanya tidak hilang sepenuhnya kerana ia merupakan sejenis parut pada kulit. Namun, dengan penjagaan yang konsisten, penampilannya boleh menjadi lebih pudar dan kurang ketara.
Mummy sendiri tengah cuba losyen stretch mark brand Pureen ni. Teksturnya ringan, cepat menyerap dan rasa melembapkan kulit. Mummy tak nak janji ia akan menghilangkan stretch mark sepenuhnya, tetapi setakat yang mummy guna, kulit terasa lebih lembap dan stretch mark nampak lebih terjaga.
Kalau ada yang berminat nak tengok produk yang mummy guna, mummy letak link kat bawah. Semoga perkongsian ini bermanfaat!
https://s.shopee.com.my/7ps0bXQWzb