10/10/2026
MERAFAK SEMBAH UCAPAN TAHNIAH SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN KE-80 TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK
Seluruh warga Nuansa Seni merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir ke-80.
Kami doakan agar Tuan Yang Terutama Tun sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dalam keberkatan serta sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah S.W.T. Semoga Tuan Yang Terutama Tun bersama Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Fauziah binti Mohd Sanusi dan seluruh keluarga tercinta terus dilimpahi kebahagiaan, ketenangan dan kesejahteraan.
Semoga Tuan Yang Terutama Tun terus dikurniakan kebijaksanaan dan kekuatan untuk memayungi Sarawak dengan penuh hikmah, memelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum serta menyemarakkan semangat perpaduan demi kesejahteraan negeri yang tercinta.
Sembah takzim daripada seluruh warga Nuansa Seni.