07/07/2024
SENI MENJUAL 🥰
Apa yang membezakan antara ramai² penjual bagi sesuatu produk yang sama adalah 'layanan' yang kita sebagai penjual berikan kepada pelanggan² kita 😃
Layanan yang baik bukanlah bermakna terlalu mesra hingga pelanggan rasa 'anoyying', tetapi dengan vibes yang positif.
Ayat yang ringkas, straigh to the point dan mesra, disusuli dengan emogi senyuman(ini sangat penting) atau bersesuaian.
Kita sendiri akan rasa selesa nak membeli dari penjual yang sama(repeat order) jika kita rasa penjual tersebut baik dengan kita dan 'membantu' kan?
Begitu juga lah mereka.
Buang ego kita dan layanlah mereka dengan baik 😃
# Doa
Apabila kita layan pelanggan dengan baik, ianya adalah satu bentuk doa kita kepada Allah bahawa kita mengharapkan rezeki Allah...
Ianya satu bentuk doa dan pengharapan tanpa kita sedar 😃
Melayan pelanggan dengan baik adalah satu usaha walaupun beliau tak jadi membeli sebab stok habis atau sebagainya. Layan sehabis baik.
Mudah²an beliau akan digerakan hati oleh Allah untuk cari kita semula satu masa nanti jika kita layan beliau dengan baik 😃
Seni menjual adalah sebuah seni yang harus dipelajari. Belajarlah demi untuk kejayaan anda 🥰💪
"_Layan lah pelanggan bagaimana kita sendiri ingin dilayan..._"