08/02/2021
*HADIS HARI INI*
Selasa
27 Jamadilakhir 1442H
9 Febuari 2021
62 Hari menuju Ramadhan
*Mohonlah Keampunan Walaupun Dalam Ketaatan*
Daripada Abu Bakar As-Siddiq RA, bahawa beliau telah berkata kepada Rasulullah SAW: "Ajarkanlah daku suatu doa yang dapat daku mohon dalam solatku!.” Maka Baginda pun bersabda: "Berdoalah:
اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ
(Ya Allah, sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku dan tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau. Maka, ampunilah daku dengan ampunan dari sisi-Mu serta rahmatilah daku. Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang)”.
(Muttafaqun ‘Alayhi, hadith riwayat Al-Bukhari, No. 834, 6326, 7388, Muslim, No. 2705, At-Tirmizi, No.3531, An-Nasaie, No.1302)
Status Hadith: Sahih
Pengajaran:
Solat merupakan ibadah yang paling agung dan ia merupakan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah SWT kepada hamba-Nya di akhirat kelak. Solat dari sudut bahasa bermaksud doa. Solat juga waktu dimustajabkan berdoa kerana dalam solat terdapat waktu yang dituntut untuk memperbanyakkan doa kepada Allah SWT dengan doa-doa warid yang diajarkan Rasulullah SAW terutamanya sebelum seseorang itu memberi salam.
Baca selanjutnya:
Portal myHadith