30/12/2022
Assalamualaikum semua!
Di Malaysia, baju kurung ada pelbagai jenis rekaan. Antara yang terkenal ialah kurung Teluk Belanga, kurung Kedah, kurung Pahang dan kurung moden.
Tapi anda tahu tak apa perbezaan antara semua jenis rekaan baju kurung ni?
Ini perbezaannya;
๐Kurung Teluk Belanga
Rekaan kurung Teluk Belanga memiliki labuh paras lutut dan halus pada bahagian leher. Sulaman lehernya p**a boleh menggunakan 3 jenis jahitan iaitu mata lalat, tulang belut dan insang pari. Baju kurung Teluk Belanga dipadankan dengan kain susun tepi sebelah kiri.
๐งกKurung Kedah
Rekaan kurung Kedah p**a kebiasaannya hanya paras punggung tetapi mempunyai potongan yang longgar. Ia dikatakan hampir sama dengan rekaan blaus dari selatan Thailand. Potongan lehernya berbentuk bujur sireh. Lazimnya, wanita Melayu Kedah memakainya dengan padanan kain sarung selisih hadapan.
๐Kurung Pahang
Baju kurung Pahang juga dikenali sebagai kurung Riau kerana wujudnya hubungan diplomatik antara kedua negeri ini suatu ketika dahulu. Baju kurung Pahang mempunyai pesak kembang yang dijahit cantum dengan kekek gantung.
Lehernya berbentuk teluk belanga atau cekak musang. Kurung Pahang cantik digayakan dengan kain selisih hadapan dan susun tepi. Rekaan kurung Pahang ini dikatakan hasil gabungan kebaya labuh dan baju cekak musang.
๐Kurung Moden
Rekaan kurung moden adalah hasil idea kontemporari yang mana potongannya tanpa pesak dan kekek. Ia dipakai untuk kelihatan slim di bahagian pinggang. Walaubagaimanapun, ciri- ciri tradisional masih dikekalkan iaitu lengan panjang dan padanan kain yang lazimnya menggunakan kain susun hadapan.
Sumber; https://woocommerce.sitikhadijah.com/4-jenis-baju-kurung-yang-anda-perlu-tahu/
Jika anda berminat untuk membeli baju kurung tersebut, sila hubungi
๐๐ป https://wa.link/gy9ege
๐๐ป https://wa.link/gy9ege
๐๐ป https://wa.link/gy9ege
Baju kurung merupakan pakaian tradisional wanita Melayu di Nusantara iaitu di Malaysia, Singapura, Brunei dan juga Indonesia. Lazimnya, baju kurung dipakai pada majlis rasmi, keagamaan dan keramaian. Pada asalnya, rekaan baju kurung agak ketat. Namun, pada kemuncak pemerintahan kesultanan Melayu Mel...