19/07/2023
✨Cara Pakai Tudung Mengikut Bentuk Muka✨
Ada beberapa orang pelanggan yang mengadu dengan kami, tanya kenapa bila mereka pakai tudung bawal muka mereka nampak tak lawa dan tak kemas dan kenapa bila mereka pakai tudung bawal cotton ada yang susah nak bentuk dan awning mereka tidak on-point. Di sini Warhana Scarves ingin beritahu bahawa bukan semua bentuk muka sesuai untuk memakai semua jenis tudung seperti shawl, bawal cotton, bawal voil, bawal satin dan lain-lain lagi. jadi , kami ingin berkongsi dengan anda semua cara untuk memakai tudung ikut bentuk muka wajah supaya muka anda kelihatan lebih jelita!
1. Muka Bujur.
- Untuk wanita yang bentuk muka bujur ini sebenarnya sangat beruntung kerana setiap jarak antara rahang, pelipis, tinggi kening dan jarak dagu adalah seimbang. Oleh sebab itu, setiap jenis style tudung anda boleh gayakan dengan mudah tanpa perlu bimbang untuk memakai pelbagai gaya tudung.
2. Muka Bulat.
- Untuk wanita yang muka bulat ini biasanya panjang dan lebar muka mereka hampir sama. Manakala tulang rahang mereka agak berisi atau tembam. Sekiranya anda gemar memakai tudung yang mempunyai awning seperi tudung bawal, pastikan awning di bahagian tulang p**i tidak melepasi p**i. Jadi cuba elakkan melipat tudung sehingga terlalu menonjolkan p**i anda. Hal ini supaya, wajah anda tidak kelihatan lebih bulat sekiranya tudung yang dipakai menampakkan tulang p**i.
3. Muka Petak.
- Untuk wanita yang muka petak p**a, mereka ini mempunyai jawline yang panjang dan lebar. Oleh itu, gaya yang sesuai untuk mereka adalah dengan memakai tudung menutupi rahang mereka. Sekiranya anda memiliki bentuk muka petak, sangat disarankan untuk gunakan anak tudung sebelum mengenakan tudung supaya wajah anda kelihatan sedikit memanjang.
4. Muka Segi Tiga / Bentuk Hati.
- Untuk wanita muka segi tiga atau bentuk hati ini juga agak beruntung kerana wajah mereka hampir sama dengan bentuk muka bujur. Jadi semua jenis gaya tudung sesuai untuk mereka pakai. Namun sangat disarankan untuk menajamkan bahagian awning tudung supaya dahi anda tidak kelihatan luas.
5. Muka Panjang.
- Untuk wanita muka panjang p**a lebih kurang sama dengan mereka yang memiliki bentuk muka bujur. Bentuk muka panjang ini biasanya memiliki dagu yang panjang juga. Oleh itu, gaya tudung perlu sesuai bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi dan jika anda pandai menggayakan tudung sesuai bentuk muka anda ia boleh buatkan bentuk wajah anda kelihatan bujur. Cara pakai tudung mengikut bentuk muka panjang adalah dengan menggunakan anak tudung yang melekap di dahi.
Semoga bermanfaat tips ini untuk anda semua.😁❤️
Dapatkan Bawal Cotton Warhana Scarves ini dengan tekan link di bawah:
☎️: https://wa.me/60166222670
Don't forget to like, follow and share our page WARHANA Scarves