08/04/2023
💥💫Apa itu Pakaian Bundle💥💫
Pakaian bundle ni memang dah lama ada dekat malaysia ni. Kalau dari zaman aku sekolah dulu memang orang dah sibuk-sibuk nak mencari bundle terutamanya budak-budak yang gilakan brand. berebut-rebut pergi kedai bundle kalau stok baru masuk
Tapi apa sebenarnya pakaian bundle ni?🤔🤔🤔
📍Pakaian bundle ni sebenarnya pakaian yang terpakai yang diimport dari luar negara seperti US, jepun, UK, korea dan negara-negara eropah lain. 🇯🇵🇰🇷🇳🇿
📍 Pakaian-pakaian ini akan dikumpulkan dan dibungkus dalam guni. inilah yang dipanggil BUNDLE. 🗾🗺
📍Guni-guni bundle ini kemudian akan dijual kepada pembekal secara pukal.❄💧
📍 Selain daripada pakaian terpakai, ada juga pakaian baru. kita boleh jumpa pakaian tu siap dengan tagging dia lagi. kemungkinan besar pakaian ini dibeli dan tidak dipakai langsung atau pakaian ini adalah pakaian reject/ stok lama dari kedai.‼️‼️
Apa yang menariknya pakaian second hand ni ⁉️❓
Kepada mereka yang tak pernah @ tak minat pakai bundle ni mesti pelik kenapa ada orang s**a dan sanggup pakai pakaian terpakai. Tak kurang p**a yang geli kerana menganggap pakaian ni bekas orang lain dan kotor. Ini terp**anglah kepada citarasa dan minat masing-masing. Tapi apa yang menariknya pakaian bundle ni adalah
🔥Pakaian yang berkualiti tinggi terutama pakaian yang diimport dari US.
🔥Kualiti kain dan printing memang bagus. bagi peminat jenama, pakaian bundle ni memang jadi pilihan kerana mereka boleh dapat brand kegemaran masing-masing dengan harga yang murah.
🔥 Jenama-jenama besar seperti levi's, dockers, polo, harley davidson memang menjadi pilihan peminat-peminat bundle ni.
kalau display kat kedai tu, memang tak lama la... kejap je ada peminat dia datang beli... seronok tengok.‼️‼️🌛
next post nanti saya akan ceritakan p**a tentang harga pakaian bundle ni... macam mana penjual bundle ni letakkan harga mereka.
Facebook : https://www.facebook.com/as1bundle
Whatsapp : http://wa.link/52iq88