Sejarah ringkas topi..Topi pada awalnya adalah digunakan untuk menutup kepala daripada cuaca panas..Selain itu dalam lipatan sejarah topi juga digunakan untuk upacara istiadat,agama, atau aksesori fesyen..Akan tetapi fakta yang menarik,topi juga menjadi indikator untuk pangkat/darjat seseorang pada masa dahulu. Topi trucker, topi mesh atau topi netback adalah sejenis topi besbol.Kadangkala juga di
panggil “feedcap” kerana topi gaya ini berasal dari tahun 1960-an sebagai pemberian saguh hati dari syarikat bekalan makanan atau ladang A.S. kepada petani, pemandu trak, atau pekerja luar bandar yang lain.Dari tahun 1930-an hingga 1960-an,pemandu trak disediakan sejenis topi yang dikenali sebagai topi Mekanik. Ini dapat dilihat seringkali ada logo syarikat pada topi.Pada awal tahun 1970-an, topi ini telah diganti dengan topi trucker mesh 5 panel yang diberikan di perhentian trak oleh syarikat seperti Mountain Dew, Dekalb, Budweiser, minyak Shell, atau John Deere untuk mengiklankan produk mereka.Reka bentuk topi trucker seakan sama dengan topi besbol.