Klinik Tudung HaZara

Klinik Tudung HaZara KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN MENUKAR ATAU MEMASANG AWNING PADA TUDUNG,MENERIMA TEMPAHAN PELBAGAI TUDUNG,PELBAGAI JENIS BAJU KURUNG,BLOUSE,JUBAH DLL.

Klinik Tudung HaZara menyediakan perkhidmatan menukar atau memperbaharui awning/pengeras/bakrum pada tudung yang telah rosak kepada awning baru. Awning memainkan peranan penting untuk mengekal atau menampakkan tudung sentiasa kelihatan kemas dan cantik.Ia sebenarnya terdiri daripada kertas bergam yang melekat pada kain setelah diseterika yang mana ia berfungsi sebagai tulang belakang bagi setiap a

wning tudung sedemikian. Kerosakan pada tudung terkini selalunya melibatkan awning yang patah, jahitan yang terbuka dan sebagainya.Ramai dikalangan wanita yang mempunyai tudung berjenama yang awningnya telah rosak tidak dapat menggayakannya lagi dan terpaksa membuangnya. Kebanyakan mereka tidak mengetahui bahawa mereka masih boleh menggayakan tudung kesayangan mereka hanya dengan memperbaiki kerosakan tersebut. Sehubungan itu, Klinik Tudung HaZara membuka jalan penyelesaian atau alternatif bagi membantu para wanita berhijab dapat menggayakan semula tudung kesayangan mereka. Perkhidmatan yang dibuka ini secara tidak langsung dapat menjimatkan perbelanjaan dalam aspek pemakaian bagi wanita berhijab. Berikutan kepesatan transformasi fesyen muslimah di pasaran sekarang yang mana melibatkan hampir semua lapisan umur, maka Klinik Tudung HaZara juga menyediakan perkhidmatan menambah awning pada Selendang,Tudung Halfmoon,Tudung Bawal dan sebagainya khusus untuk penggemar tudung tersebut yang mahu kelihatan lebih menawan dan selesa serta kemas semasa menggayakannya.

Address

No 10 Kampung Sri Kulim Melor Kota Bharu
Pantai Valley
16400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60199422030

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Tudung HaZara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Klinik Tudung HaZara:

Shortcuts

Share