30/09/2024
Urusan jual beli gula-gula dadah didakwa βrancakβ di platform e-dagang, individu gesa tindakan segera π±π±
GEMPAR pendedahan di laman X mendakwa gula-gula dengan kesan mengkhayalkan mirip dadah dijual secara terang-terangan di platform e-dagang, TikTok.
Menurut individu yang membuat pendedahan tersebut, ramai telah terpedaya dan terjebak membuat pembelian kerana menganggap ia hanya gula-gula biasa seperti lolipop.
Individu berkenaan menggesa pihak pengurusan TikTok untuk mengambil tindakan segera bagi menyekat produk tersebut daripada terus dipasarkan secara berleluasa.
"Moderator TikTok mohon periksa ruangan komen, ramai yang dah maklumkan dekat situ bahawa gula-gula tu dadah tapi tidak diberikan perhatian. Malah komen tu p**a yang dipadam.