De' Dhia Cotton

De' Dhia Cotton Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from De' Dhia Cotton, Apparel & Clothing, Kuala lumpur, Puncak Alam.

✨Tips Padanan Warna Tudung dan Baju Kurung yang Matching✨Pemilihan warna baju kurung dengan tudung yang sepadan adalah a...
04/07/2023

✨Tips Padanan Warna Tudung dan Baju Kurung yang Matching✨
Pemilihan warna baju kurung dengan tudung yang sepadan adalah amat penting supaya penampilan anda nampak menarik. Disini kami akan kongsikan kepada anda senarai warna-warna baju kurung yang matching.

🤎Soft brown / coklat cair
Warna ini sesuai dipadankan dengan warna dark gold, biru gelap dan juga hitam.

💚Pearl Mint Green / Hijau mint
Warna ini sesuai dipadankan dengan soft pink, lilac, atau coklat beige.

💛Soft yellow / kuning cair
Warna ini sesuai dipadankan dengan warna sage green, cranberry dan peach.

🩶Deep silver grey / kelabu gelap
Warna ini sesuai digayakan dengan warna pink dusty, biru kelabu atau coklat soll.

🩷Soft pink / pink lembut
Warna ini sesuai digayakan dengan mauve, merah lembut atau beige.

💙Dark knight / biru gelap
Warna ini sesuai digayakan dengan warna dark gold, biru muda atau honey gold.

💖Dusty pink
Warna ini sesuai digayakan dengan warna purple mauve, pink rose atau beige muda.

🧡Emerald green / hijau emerald
Warna ini sesuai digayakan dengan warna gold, coklat atau hijau daun.

❤️Red maroon / merah maroon
Warna ini sesuai digayakan dengan warna salmin, kuning pastel atau coklat.

💜Royal purple / purple gelap
Warna ini sesuai digayakan dengan warna lavender cerah, hijau gelap atau violet gelap.

Harap tips padanan warna di atas dapat membantu anda semua. Teruskan bersama kami di page.
https://www.facebook.com/DeDhiaCotton

✨Tips Penyimpanan Tudung supaya kemas dan teratur ✨Tahukah anda cara simpan tudung yang dapat kekalkan kualiti kain dan ...
04/07/2023

✨Tips Penyimpanan Tudung supaya kemas dan teratur ✨

Tahukah anda cara simpan tudung yang dapat kekalkan kualiti kain dan memudahkan kerja ketika menggosok? Di sini kami akan kongsikan kepada anda cara simpan tudung yang semestinya akan membantu anda.

✨Elakkan melipat tudung di garisan yang sama kerana ini akan menyebabkan tanda lipatan secara kekal. Ia akan membuatkan tudung anda sukar untuk dibentuk. Jadi, anda boleh menggantung terlebih dahulu di penyangkut baju sebelum memasukkanya ke dalam almari.
✨Tidak mencampurkan tudung dengan pakaian dalam satu bakul. Tindakan meletakkan tudung bersama pakaian lain boleh menyebabkan kedutan yang teruk dan kualiti tudung hilang.
✨Teknik menggulung tudung dalam kadbod. Teknik ini berkesan untuk mengelakkan timbulnya bekas lipatan atau kedutan kekal. Namun, sebelum menggulungnya, lipat dahulu tudung berkenaan dalam keadaan separuh supaya kedut tidak begitu jelas ketika dikeluarkan.
✨Menyimpan koleksi tudung dalam bekas tertutup supaya dapat menjimatkan ruang dan tidak memerlukan penyangkut.
✨Gantung pada penyangkut pakaian tapi pastikan tudung diseterika terlebih dahulu sebelum melakukan ini. Bagi menjimatkan ruang dalam almari pakaian, anda boleh meletakkan dua atau tiga tudung dalam satu penyangkut.

Sekarang anda boleh ikuti tips di atas supaya tudung anda sentiasa kemas dan teratur. Semoga bermanfaat bagi anda yang mengalami masalah penyimpanan tudung. Mahu info-info menarik? Teruskan ikuti kami di page.
https://www.facebook.com/DeDhiaCotton

✨ Tips pilih tudung mengikut bentuk wajah ✨Pilih warna tudung yang sesuai dah tahu tapi kalau nak pilih tudung sesuai be...
04/07/2023

✨ Tips pilih tudung mengikut bentuk wajah ✨
Pilih warna tudung yang sesuai dah tahu tapi kalau nak pilih tudung sesuai bentuk wajah tahu tak? 🤔
Di sini kami akan kongsikan tips pilih tudung yang sesuai untuk bentuk wajah pula🥰

1. Bentuk wajah bujur
Wanita yang memiliki bentuk wajah bujur bebas memilih sebarang gaya tudung dan juga bebas memakai apapun jenis selendang.

2. Bentuk muka panjang
Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, anda disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening. Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang adalah disarankan kerana ia dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi.

3. Bentuk muka bulat
Anda disarankan menggunakan cekak lembut terlebih dahulu sebelum memakai tudung. Pilih selendang yang daripada fabrik nipis agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan. Selendang nipis atau mini sangat sesuai digayakan. Bagaimanapun, anda disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.

4. Bentuk muka berpetak
Gunakan anak tudung supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Elakkan gaya ikatan Bienda atau ikatan di belakang tengkuk jika memakai selendang kerana gaya ini tidak mampu menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilih gaya selendang yang menjurus kepada lilitan dan menutupi rahang. Tudung siap bersengkuap juga sesuai.

5. Bentuk segi tiga
Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka. Bentuk muka ini juga sesuai memakai semua jenis gaya tudung. Namun, disarankan untuk menajamkan bahagian awning tudung supaya dahi tidak kelihatan luas.

Cuba teliti tips di atas supaya anda akan membuat pilihan yang tepat semasa memilih tudung. Teruskan bersama kami di page untuk lebih banyak info menarik.
https://www.facebook.com/DeDhiaCotton

📌Tips mudah penjagaan tudung📌Siapa yang ada masalah dengan penjagaan tudung? Kalau nak tahu, di sini kami akan kongsikan...
04/07/2023

📌Tips mudah penjagaan tudung📌

Siapa yang ada masalah dengan penjagaan tudung? Kalau nak tahu, di sini kami akan kongsikan tips yang mudah untuk penjagaan tudung.

1. Gunakan pelembut fabrik.
2. Jangan cuci tudung menggunakan mesin basuh.
3. Elakkan daripada menyental tudung terlalu kuat.
4. Jangan sidai di bawah matahari terik.
5. Gunakan suhu rendah apabila menggosok.
6. Gunakan jarum yang tajam semasa menggayakan tudung untuk mengelakkannya berbulu.

Anda hanya perlu ikuti beberapa tips di atas supaya tudung anda tahan lama dan kekal seperti baru. Teruskan ikuti kami di page untuk info-info menarik.
https://www.facebook.com/DeDhiaCotton

✨ Tips memilih warna pakaian yang sesuai mengikut bentuk badan ✨Pemilihan warna pakaian yang sesuai mengikut bentuk bada...
04/07/2023

✨ Tips memilih warna pakaian yang sesuai mengikut bentuk badan ✨
Pemilihan warna pakaian yang sesuai mengikut bentuk badan amatlah memainkan peranan yang penting untuk kelihatan cantik bergaya.
Di sini kami akan kongsikan beberapa tips yang akan dapat membantu anda.

1. Badan gempal dan tinggi
Anda sesuai menggayakan baju berwarna gelap seperti hitam, biru gelap, coklat gelap, dan hijau gelap kerana warna-warna ini dapat membantu anda kelihatan langsing. Jika anda ingin bergaya dengan baju bercorak, pilih corak bunga-bunga kecil. Elakkan memakai pakaian warna terlalu terang dan corak bunga yang besar.

2. Badan kurus dan rendah
Anda boleh menyerlahkan penampilan anda dengan warna baju yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Corak garis menegak sesuai dipakai supaya anda kelihatan lebih tinggi. Lengkapkan penampilan anda dengan memakai kasut tinggi wedges kerana ia mampu membantu menambahkan ketinggian anda.

3. Badan kurus dan tinggi
Anda sesuai memakai warna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda, dan coklat. Anda juga boleh menggayakan corak melintang dan bunga baju yang besar supaya mengurangkan anda dilihat terlalu kurus. Corak melintang dan besar mampu memberi gambaran bahawa anda lebih berisi.

Anda boleh ikuti tips ini supaya anda boleh tampil bergaya dengan yakin. Teruskan bersama kami di page.
https://www.facebook.com/DeDhiaCotton

Kumpul sini semua square lovers!🧕🏻Presenting to you koleksi bawal dengan tiga gandingan yang berbeza dari bawal plain✅, ...
01/07/2023

Kumpul sini semua square lovers!🧕🏻

Presenting to you koleksi bawal dengan tiga gandingan yang berbeza dari bawal plain✅, bawal satu batu✅ sehingga bawal tiga batu✅.

Menggunakan material yang sangat lightweight dan juga tidak panas. Dijamin selesa untuk pakai with different style tanpa rasa berat🤩

Tersedia dengan pelbagai pilihan warna dari bold to pastel colors untuk memudahkan korang mencari warna yang matching lagi berkenan dihati.

Tengok je? Jum grab satu jika inginkan tudung anda sentiasa on point🤪

Nak tengok close up? Boleh tekan link whatsapp kami dibawah for fast respon👇🏼

https://wa.me/60132984760

🤎Tips pilih tudung mengikut warna kulit🤎Pemilihan tudung mengikut warna kulit sangat penting bagi menaikkan seri wajah. ...
01/07/2023

🤎Tips pilih tudung mengikut warna kulit🤎

Pemilihan tudung mengikut warna kulit sangat penting bagi menaikkan seri wajah. Jika memilih warna yang salah boleh menyebabkan wajah kelihatan pucat serta tidak menyerlah. Jadi, kami akan kongsikan beberapa tips untuk memilih tudung yang sesuai dengan tona warna kulit anda.

1. Kulit gelap/hitam manis
Warna-warna pastel atau keemasan sesuai untuk jenis kulit ini untuk menaikkan seri kulit anda. Elakkan warna tudung yang gelap kerana warna ini akan membuat kulit anda Nampak lebih malap.

2. Kulit sawo matang
Pemilihan warna pastel dan warna gelap merupakan pilihan yang terbaik kerana warna ini akan membuatkan kulit anda cerah dan ayu. Elakkan warna yang terlampau lembut atau cair kerana warna tersebut akan membuatkan anda kelihatan bertambah gelap.

3. Kulit kuning langsat
Warna-warna cerah seperti kuning atau biru cair sesuai untuk anda kerana warna tersebut akan menambahkan seri wajah dan membuatkan kulit anda segar serta menyerlahkan lagi kecantikan anda. Elakkan warna oren atau warna krim kerana warna ini akan membuatkan anda kelihatan pucat.

4. Kulit putih
Kebanyakkan warna sesuai dipadankan bagi anda yang berkulit putih. Tak kisah warna gelap ataupun cerah. Namun, warna yang paling sesuai bagi anda adalah warna-warna solid seperti merah, hijau dan hitam. Anda yang berkulit putih kena elakkan memilih warna tudung yang terlampau lembut seperti baby blue atau soft pink kerana warna-warna ini akan membuatkan kulit anda bertambah pucat. Warna putih juga harus dielakkan.

Lepas ni tak payah bingung dah nak pilih warna tudung apa. Anda hanya perlu ikut tips di atas bagi yang ada masalah memilih warna tudung yang sesuai mengikut warna kulit anda. Jangan lupa follow dan like page kami untuk lebih banyak info menarik.
https://www.facebook.com/DeDhiaCotton

01/07/2023

Say hello to bawal tiga batu De' Dhia Cotton👋🏼

Sesekali cuba bawal batu apa salahnya kan?

Asyik pakai yang plain sahaja apa kata naikkan seri look korg dengan bawal tiga batu kami.
Bawal dua batu ni lagi menonjol tau dan nampak shining bila pakai✨

Berbaloi tau dengan material yang senang bentuk dan taburan batu yang setaraf dengan harga kayangan, tapi di sini korang boleh dapat bawal tiga batu kami dengan harga RM49!🤩

Jum grab sehelai dulu! Mana tau lepas ni nak repeat🤪

Klik link whatsapp kami dibawah untuk order👇🏼

https://wa.me/60132984760

📌Tips untuk persediaan peperiksaan📚Tak lama lagi siswa siswi akan menghadapi peperiksaan akhir kan. Jadi, disini kami na...
26/06/2023

📌Tips untuk persediaan peperiksaan📚

Tak lama lagi siswa siswi akan menghadapi peperiksaan akhir kan. Jadi, disini kami nak kongsi beberapa tips persediaan sebelum peperiksaan kepada anda semua supaya korang dapat menghadapi peperiksaan ini dengan baik👇🏼

✅Sediakan jadual waktu belajar yang sistematik.
✅ Sudah mula membuat ulangkaji
✅Amalkan pemakanan yang sihat dan kekal hidrat.
✅Tidur awal sebelum hari peperiksaan

Pastikan dapat mengikuti semua tips di atas untuk persediaan sebelum peperiksaan. Sebelum terlambat kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua yang akan menduduki peperiksaan🫶🏻
Semoga semua lulus dengan cemerlang untuk peperiksaan akhir nanti😇
Harap perkongsian hari ini bermanfaat bagi anda semua.
Jadi, jangan lupa follow dan like page kami untuk lebih banyak info menarik.
https://www.facebook.com/DeDhiaCotton

Hi bidadaries🤍🧕🏻Apa lagi ye yang De' Dhia Cotton nak racun korang harini ?Hehe memandangkan tudung bawal batu kali ni ba...
25/06/2023

Hi bidadaries🤍🧕🏻

Apa lagi ye yang De' Dhia Cotton nak racun korang harini ?

Hehe memandangkan tudung bawal batu kali ni banyak sambutan, jadi kami upgrade lagi ke bidang 50. Sesuai untuk si pencari tudung labuh yang inginkan extra look tetapi masih sopan🤍

Dengan material yang senang bentuk korang boleh dapatkan bawal batu bidang 50” berharga RM49 sahaja✅

Ajak kawan-kawan,adik-beradik,saudara-mara beli sekali biar cantik pakai labuh sama-sama🥰❤️

📞Hubungi kami dan grab semua warna sekarang👇🏼

https://wa.me/60132984760

Hai-hai semua🥰Dah pick warna pilihan dihati?Rambang mata kan tengok tudung bawal batu De' Dhia Cotton bawah ni😭 Nampak e...
25/06/2023

Hai-hai semua🥰

Dah pick warna pilihan dihati?

Rambang mata kan tengok tudung bawal batu De' Dhia Cotton bawah ni😭 Nampak exclusive dengan detailing batu berkelip-kelip jadi naik seri siapa yang memakai😍❤️

Berbaloi tau harga RM49 dapat sehelai bawal batu yang premium❗️

Pilihan warna juga sangat senang untuk match kan dengan baju korang lagi-lagi baju kurung cotton kami🤩

Cepat pilih warna yang berkenan di hati sebelum kena cantas dengan yang lain🤭

Order dengan kami sekarang👇🏼

https://wa.me/60132984760

Tips yang dapat membantu anda untuk kekal fokus🧑🏻‍💻🙋🏻‍♀️Final test? Final exam pun tak lama lagi? Tapi kamu asyik hilang...
25/06/2023

Tips yang dapat membantu anda untuk kekal fokus🧑🏻‍💻🙋🏻‍♀️

Final test? Final exam pun tak lama lagi? Tapi kamu asyik hilang fokus? Di sini kami akan membantu anda untuk mengatasi masalah tersebut👇🏼

1. Dapatkan tidur yang secukupnya🛌
2. Meluangkan masa untuk bersenam🚴🏻🏌🏻
3. Cuba untuk meditasi🧘🏻
4. Membuat ringkasan dan peta minda📒✏️

Dengan mencuba beberapa tips di atas, kami pasti anda tidak akan hilang fokus lagi untuk belajar dan membuat assignments. Selamat mencuba.
Untuk lebih banyak info menarik, teruskan bersama kami di page.
https://www.facebook.com/DeDhiaCotton

Address

Kuala Lumpur
Puncak Alam
43200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when De' Dhia Cotton posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share