25/01/2021
Hai ibu ayah.
Okey hari ni ummi nak share beberapa perkara yang ibu ayah perlu periksa pada anak sekiranya anak terjatuh atau terhantuk kepala. Ingat perkara-perkara ini baik2 ye.
📌 Lebam/lebam: Jika ia sangat keras, besar, dan berwarna sangat gelap, bawa jumpa doktor. Khuatir berlaku hematoma, pendarahan di bawah kulit.
📌Luka: Cuci sekali dengan air bersih, kemudian tekap. Tak usah cuci berulang kali. Darah hanya akan berhenti bila kita tekap luka.
📌Retak: jika ada nampak keganjilan dalam bentuk kepala anak, cuba raba kepalanya. Khuatir ada keretakan pada tengkorak. Hanya keretakan sehingga tulang tengkorak terbenam atau terangkat dapat dirasa. Jika tak pasti, bawa jumpa doktor.
📌Menangis tak henti: Kemungkinan anak mengalami sakit kepala. Sakit kepala berpanjangan mungkin akibat kecederaan otak. Bawa jumpa doktor.
📌Jika terhantuk di bahagian belakang kepala dan selepas itu pandangan jadi kabur, mungkin ada kecederaan otak. Bawa jumpa doktor.
📌Pengsan: Bawa jumpa doktor.
📌Muntah: Muntah-muntah ini boleh disebabkan kerana tekanan dalam otak meningkat. Bawa jumpa doktor.
📌 Sawan: Simptom sawan adalah, anak mata naik ke atas, mulut berbuih, bibir biru, kejang leher serta tangan dan kaki, terkencing, terberak, dll. Salah satu simptom ini berlaku, jumpa doktor.
✨Nak kongsi jugak klau anak2 ummi luka atau benjol sbb jatuh ummi terus cuci atau tekap ngn kain bersih then sapu . Alhamdulillah tak pernah melarat🥰
Semoga bermanfaat buat semua🤗
❤
Shida Yussof
~Konsultan Mayyababy Terbaik Anda~
📲011-20578341