11/07/2020
Kisah & teladan buat pengantin
Malam ini aku dijemput menghadiri kenduri kawin sahabat aku
Dah selamat dah dia dengan hidup barunya. Senyum memanjang. Mungkin sampai ke subuh senyum agaknya!
Cuma malam ni aku nak cerita sikit tentang sikap tetamu yang tidak patut di lakukan bila menghadiri kenduri kawin.
Aku sampai tidak lah lewat. Lebih kurang pukul 9.00 malam. Majlis bermula 8.00 malam.
Setibanya aku, aku bersalam lah dengan sahabat aku ini. Di telinga aku, dia berbisik, “Mal, mohon maaf ya, jika makanan dan lauk tak cukup. Aku jemput 400 orang. Buat catering 500 orang. Tak sangka tak cukup.”
“Tak apa lah halim, banyak lagi tu kueh mueh. Aku datang pun bukan kerana nak makan, nak ra’i anta kawin.”
Selepas bersalaman, aku pun pergilah ambik sepotong kueh dan bubur kacang. Aku lihat nasi masih ada lagi, cuma lauk dan gulai tinggal sedikit. Aku pun memang jarang makan nasi waktu malam. Biasanya, roti naan jer.
Aku ambiklah satu sudut meja apabila melihat kawan kawan lain tak ada lagi. Sama ada belum datang atau dah balik.
On the way cari meja, aku terpandang meja disekeliling yang belum di kemas. Pinggan nasi, nasi tak di habiskan. Lauk pauk yang di masukkan dalam nasi tidak di makan. Kueh, buah di ambik banyak banyak tapi tak di habiskan. Malah di atas kueh yang masih elok dituang p**ak air dan di hempap dengan kertas tisu.
Bukan satu pinggan. Banyak pinggan yang begitu.
Sangka baik aku, mungkinlah makanan tak sedap. Aku pun rasalah bubur. Sedap. Kueh talam, sedap. Karipap, sedap.
Aku tak puas hati, kenapa mereka tak habis makanan! Aku pun pergilah ambik sedikit nasi, masak merah yang hanya tinggal tengkok ayam, sedikit kuah dalca dan ayam goreng yang bersisa. Aku rasa rasa, semua nya sedap. Malah tengkok ayam pun sedap.
Dalam hati aku sohih, sebagian tetamunya tamak dan tak berakhlak. Patutlah tak cukup!
Kenapalah kita jadi begini! Selama ini aku tak perasan, mungkin agaknya ini terjadi kepada semua yang buat kenduri. Cuba korang pandang pandang nanti bila pergi kenduri, betul tak cakap aku.
Kesianlah kat tuan rumah. Kalau makanan banyak boleh lah consider tak apa. Tapi kalau makanan sikit, naya tuan rumah. Malu dia dengan tetamu lain yang datang tak dapat makan.
Musim cuti sekolah ni, ramai yang buat kenduri. Berpada padalah ambik makanan. Ambik sikit dulu dan rasa. Tak sedap jangan ambik. Kalau sedap, belasahlah!
Janganlah sebab korang bagi rm10 ampau kawin pada tuan rumah, korang belasah macam dikedai mamak. Kalau habis tak apa, tapi kalau membazir?
Bayangkan kalau terjadi pada keluarga korang yang buat kenduri, last last tak cukup sebab sikap tetamu yang tak ada hati perut!
Kalau kat hotel jangan tanyalah! Ambik makanan macam seminggu tak makan.
Jangan ingat tak berdosa tak habiskan makanan. Aku harap kawan kawan yang nak hadir kenduri tu, berpada padalah. Kalau bawak anak, ajarlah anak akhlak bila berhadapan dengan makanan.
Malas aku nak nak tulis panjang panjang dah! Korang pikirlah sendiri.
إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا
| Sesungguhnya orang orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu p**a adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya |
Selamat pengantin baru semua.
😎😎😎😎😎😎😎😎😎😎