16/06/2026
Mommy! Tau tak esok bermulanya tahun baru hijrah 1448, antara amalan yang digalakkan dalam bulan Muharram adalah:
• Membaca doa akhir tahun (selepas Asar)
• Membaca doa awal tahun (selepas Maghrib)
• Berpuasa sunat 9, 10 (Hari Asyura) Muharram dan juga Puasa Hari Putih (13, 14, 15 Muharram).
Kata Ibn Abbas R.Anhuma apabila ditanyakan mengenai puasa ‘Asyura, beliau berkata :
مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ، إِلاَّ هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ
Maksudnya : Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW mengejar satu hari yang fadhilatnya lebih berbanding hari hari yang lain melainkan hari ini - iaitu hari ‘Asyura –
Riwayat al-Bukhari (2006)