20/02/2017
PARUT HITAM DAN BERLEKUK ? 2 'BEAUTY TOOLS' INI SAYA REKOMEN UNTUK ANDA PAKAI.
Saya pernah beritahu tentang 2 beauty tools yang banyak membantu dalam rutin penjagaan kulit saya. 2 benda ni kalau pakai sama-sama dengan skincare kita.. insyaAllah lagi kebabomm efek dia.
Ampun banyak🙏🏻 sebab peram lama sangat, hari ni baru sempat nak share.
1. PORE SONIC FACIAL BRUSH.
Ini alat untuk mencuci muka. Alat ni dia bagi cuci muka kita betul2 bersih. Cuci muka guna tangan tak sama dengan guna mesin. Hasilnya memang berbeza. Walaupun saya dah buat cucian muka double-cleansing guna tangan, apabila guna berus muka yang mempunyai tindakan sonic vibration ini, ternyata cuciannya lebih extra clean
Bayangkan kesan dia, umpama lantai yang baru lepas servis dengan mesin polish.
Heehee..Rasa licin merelit!
Boleh nampak sisa bedak kita yang kaler coklat berbekas di berus. Apabila skin kita benar-benar bersih, tak ada lagi sisa mekap/kotoran/sebum yang terperangkap dalam liang pori, baru lah pe*******on produk lain untuk langkah yang seterusnya lebih ummphhh 👍🏼
Ada beberapa jenis di pasaran seperti Pobling dan Clarisonic. Kalau tengah bajet, beli Pobling. Harganya murah berbanding Clarisonic cuma tak tahan lama. Clarisonic memang agak pricy but its quality worth the price.
2. MICRO NEEDLING DERMA ROLLER
Saya guna derma roller ni apabila pakar aestetik yang rekomen beberapa bulan lepas. Sebab ada satu parut di p**i yang dah lama dan ketegaq tak mau hilang dan ia nampak macam sedikit 'berlekuk' (macam kawah)
Jadi, selepas membaca banyak rujukan dan bertanya sendiri pada doktor saya pun cuba pakai.
Rupanya retis hollywood Kim Kardashian, Jennifer Aniston pun pakai kaedah Derma Roller ni 😍
Binaan roller terdiri daripada 540 titanium needle, 0.5mm sepanjang permukaannya.
Yer uols dengar betul 😁
Memang needle/jarum, tapi serius TAK SAKIT.
Ia digunakan semasa kita nak sapu serum.
Titis serum Vit C terus atas muka, kemudian dengan teknik yang betul, golek-golek kan derma roller ni di atas kulit sehingga ia meresap. Kemudian titis serum lagi.
Lakukan 5 minit di p**i kiri, 5 minit di p**i kanan. Tapi kalau tengah ada jerawat dok galak naik, kak ony tak rekomen pakai .
Prinsip Micro needle roller ini ialah ia merangsang penghasilan kolagen dan elastin melalui 'tiny puncture' oleh jejarum halus itu pada lapisan atas kulit kita. Rangsangan ini akan memperbaiki pengaliran darah di kulit wajah selain menggalakkan pe*******on/penyerapan SERUM vitamin C lebih JAUH ke dalam kulit.
Jika sebelum ini cuma sapu macam tu saja, rupa-rupanya baru ku tahu dermaroller ni bagi serum ku masuk lebih dalam!
Hasilnya, saya mula nampak yang satu parut di p**i nampak makin kurang gelap dan 'less visible'
Owhhh...Bahagiaaa nya rasaaa! ✨✨✨✨
Uols wajib try taw derma roller ni especially untuk rawatan parut ketegaq, hitam dan jenis ada berlekuk. Jika sapu serum sahaja mungkin kesannya tak berapa nampak sangat dan agak lambat.
Guna depa dua ni baru meletop gittuewww..
Jgn lupa VITAMIN C SERUM ANNONA 💁
😘