De'Champa Mee Sup Makde

De'Champa Mee Sup Makde Kami di De'Champa Mee Sup Makde menyediakan makanan Melayu Champa seperti sup yang di reneh istimewa.

17/08/2023

Antara menu signature di kedai kami di De'Champa.

Mee Champa Sup
Nasi Ayam Pad Krapao

Kastemer hari hari walkin order makan yang ini je. Abang kakak yang belum cuba boleh terus dine in di kedai kami ya. 🥰

Lokasi kedai kami di sini nah https://g.co/kgs/gvCVne

Kedai buka dari jam 9.30 pagi - 5.30 petang. Cuti setiap hari Jumaat. ❤️

Isnin hingga Jumaat kedai kami De'Champa Mee Sup Makde cuti ya tapi sepanjang minggu ini kami ada di Pesta Ria Kolej Ked...
03/07/2023

Isnin hingga Jumaat kedai kami De'Champa Mee Sup Makde cuti ya tapi sepanjang minggu ini kami ada di Pesta Ria Kolej Kediaman Unisel.

Sesiapa ada lalu area sini jemput singgah ya. Ada ramai peniaga lain juga kat sini tau. 🥰

20/05/2023

Hari Ahad kami tutup ya. ✨️

04/05/2016

Antara punca orang yang stress di dunia ini adalah :

1)mereka ingin dicintai manusia
2)mereka ingin dihargai manusia
3)mereka ingin dikagumi manusia
4)mereka ingin disayangi manusia
5)mereka ingin dihormati.

Oleh itu,jom audit hanya ingin mendapat cinta Allah dan bukannya manusia

Credit: Prof Dr Muhaya

29/04/2016

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Sesungguhnya Allah memiliki darjat-darjat (kemuliaan) yang tidak boleh dicapai melainkan kesabaran ketika ditimpa musibah, rasa syukur saat diberikan kenikmatan, disertai rasa takut kepada Allah Azza wa Jalla di kala sepi mahupun ramai"

-Abdullah Bin Za'id Al-Jarmi Rahimahullah Taala-

25/04/2016

Apabila diuji dengan pelbagai dugaan sukar & pahit, JANGAN kerana peritnya ujian sehingga lupa siapa pemberi ujian. Ia tanda kita dalam perhatianNya. Bila mendapat nikmat, JANGAN sampai terhalang pandangan kita dari pemberi nikmat yang tertinggi (ALLAH swt) sehingga hanya bersyukur kepada manusia tapi LUPA syukuri Allah swt.

Credit: Dr Zaharuddin

19/04/2016

Sungguh Ramadhan sudah semakin dekat. Bagaimana persediaan kita?

Insyaallah di bulan Rejab ini, bolehlah kita berjinak-jinak membiasakan diri dengan amalan sunat, agar tibanya Ramadhan boleh terus tekan gear 5 untuk pecut menambahkan amal.

Antara amalan mudah dan ringkas yang boleh kita biasakan sekarang:

1) bangun 10 minit awal sebelum subuh untuk bertahajud 2 rakaat.
Buatlah dalam seminggu sekali dua.

2) Berpuasa sekali seminggu. Eloknya puasa hari Isnin atau khamis.

3) Membaca al-Quran sekali sehari. Bacalah sehelai dua dari lembaran Quran. Biasakan dari sekarang.

4) Betulkan niat agar segala amalan perbuatan kita buat adalah untuk Allah semata.

5) Pupuk rasa ingin sangat bertemu Ramadhan. Rasa rindu sangat. Kerana di waktu itulah kita mahu berasa sangat dekat dengan Allah.

Berdoalah dengn doa Rasulullah ini :

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, “Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Ertinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan. (HR. Ahmad dan Tabrani)

Moga kita mendapat Ramadhan yang barakah insyaallah!

Credit: Muharikah

15/12/2015

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.

- Abu Daud

11/12/2015

Psikologi rumahtangga: “Lelaki seperti apa, menghasilkan isteri seperti apa.”

Seorang teman merasakan isterinya semakin lama semakin mementingkan diri sendiri dan kasar. Kerana itu, mereka bertengkar setiap hari.

Atas alasan seringnya bertengkar, lelaki ini mempunyai hubungan intim.

Akhirnya, mereka bercerai dan sang suami berkahwin lagi dengan wanita skandalnya. Sang mantan isteripun tak lama kemudian berkahwin lagi.

Mereka masih belum dikurniakan anak. perkahwinan baru keduanya masing masing berjalan dengan sangat lancar.

Tetapi selepas berkahwin, isteri baru dari lelaki ini semakin lama sekalipun kelembutannya semakin pudar. Rumah tangga mereka berakhir sama seperti yg dulu, sedikit sedikit bertengkar.

Isteri barunya bahkan tidak mau mengerjakan pekerjaan rumah, rakan saya terpaksa membersihkan rumah sendiri.

Rakan saya merasa nasibnya tidak baik, mengapa ia selalu memilih isteri yg kurang baik, setiap hari ia mengeluh.

Sampai suatu hari, di suatu majlis makan malam ia secara kebetulan bertemu dengan suami baru bekas isterinya.

Pada awalnya kedua lelaki ini tidak bercakap apa apa, tetapi setelah saling menyapa mereka pun minum bersama.

Akhirnya rakan saya tak boleh menahan diri lagi dan bertanya bagaimana keadaan rumah tangga mereka. Suami baru bekas isterinya ini tidak kacak, tetapi sangat teliti dalam berbicara.

Ia berkata, "Isteri saya adalah wanita yg sangat hebat, sangat perihatin dan lembut, ia mengerjakan seluruh pekerjaan rumah tanpa mengeluh. Juga sangat menyayangi saya, ia sentiasa bersikap baik kepada ibu bapa, saudara, dan teman teman saya. Saatnya jujur dia akan jujur, saatnya butuh perhatian, dia akan memberi perhatian penuh. Wanita seperti ini, sudah sedikit sekali. "

Teman saya setelah mendengarnya merasa bingung, dan berfikir apa dia memang sebaik itu? Mengapa dulu ia sama sekali tidak menyedarinya? Pasti ini semua cuma bualan suami baru isterinya ini untuk membuat dia bingung.

Tak lama kemudian, kebetulan sekali, rakan saya pergi berbelanja ke pasar raya dan melihat bekas isteri dan suami barunya sedang membeli-belah.

Dia bersembunyi dan memerhatikan, akhirnya ia menyedari pasangan itu benar benar bahagia.

Kebahagian itu boleh dilihat dari senyuman bekas isterinya yg selalu mekar. Juga boleh dilihat dari pelukan lembut yg diberikan oleh lelaki di sebelahnya itu.

Sebenarnya, di bermacam situasi, isteri berubah menjadi malaikat atau berubah menjadi nenek sihir, semua bergantung pada lelaki.

Pada detik wanita memutuskan untuk berkahwin, dia juga memutuskan untuk menjalani hidup dengan bahagia bersama suaminya.

Walaupun dalam perkahwinan, kesabaran merupakan suatu kebajikan, tetapi jika ada cinta maka ada toleransi.

Saat anda merasa tidak puas dengan wanita anda, wanita pun tidak peduli lagi.

Jadi, jika anda mahukan wanita baik seperti malaikat, terlebih dahulu perlakukan dia sebagai malaikat.

Kerana semua wanita di dunia yang sudah menjadi "isteri seseorang" mempunyai potensi menjadi malaikat.

Saat anda boleh melakukannya dengan baik, anda akan menyedari bahawa perubahan sikap anda dapat membentuk sesosok malaikat yg sempurna.

Cinta wanita muncul kerana kasih sayang lelaki, Kebencian wanita muncul kerana kebohongan lelaki; Keluhan wanita muncul kerana kedinginan lelaki. Kebahagiaan wanita muncul kerana kehangatan lelaki. Kecantikan wanita muncul kerana dimanjakan lelaki. Kerosakan wanita adalah hutang lelaki.

Wanita adalah sebuah piano, jika bertemu dengan seorang pemain piano handal, suara yg dihasilkan adalah lagu kelas dunia, jika dimainkan oleh orang biasa, maka akan menghasilkan lagu pop, tetapi apabila dimainkan oleh orang sembarangan, pasti tidak akan membentuk sebuah lagu.

Umpama satu peribahasa melayu, “bagaimana acuan, begitulah kuihnya.”

-Copy paste dari grup Whatsapp-

Address

No. 10-G-03, Bangunan Terminal Bas & Taxi, Jalan Bandar Rawang 8
Rawang
48000

Opening Hours

Monday 09:30 - 17:30
Tuesday 09:30 - 17:30
Wednesday 09:30 - 17:30
Thursday 09:30 - 18:30
Friday 09:30 - 17:30
Saturday 09:30 - 17:30

Telephone

+60162596982

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when De'Champa Mee Sup Makde posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to De'Champa Mee Sup Makde:

Share