07/06/2026
โ ๏ธ Kedai ni memang saya x recommend untuk siapa-siapa masuk lagi.
2 bulan kami bayar sewa RM1.5k tanpa pernah lewat. Masuk bulan ketiga, time mahu bayar sewa tiba-tiba owner minta sewa RM2k on the spot tanpa notis biarpun sehari! Memang terkejut langsung.
Dari awal lagi kami sudah minta contract sebab mau apply trading license. Tapi owner sendiri x mau buat. Dia bilang selama ni penyewa semua x pernah minta contract. Jadi kami percaya dan ikut saja.
Lepas jadi macam ni baru kami faham kenapa ๐คท๐ปโโ๏ธ
Sebenarnya sebelum kami masuk, kedai ni memang agak sunyi. Kami cuba bawa customer masuk dan kasi hidup suasana di sini. Tapi malangnya bukan dihargai, terbalik p**a customer kena charge harga minuman terlalu mahal sampai ada yang gaduh mulut dengan owner ๐
Lepas customer keluar, saya terus bincang baik-baik dengan owner. Tapi jawapan dia buat saya betul-betul faham cara dia berniaga. Saya cuba fahamkan dia untuk jaga customer juga tapi apa yang saya dapat.
๐ฃ๏ธ โKamu jaga customer, siapa jaga saya?โ
Dari situ saya tahu, dia lebih pentingkan duit cepat daripada jaga customer dan hubungan jangka panjang.
Kalau pelanggan tidak dijaga, sekurang-kurangnya jagalah penyewa yang setiap bulan membayar sewa dan membantu mengurangkan kos operasi premis.
Rupanya kami bukan penyewa pertama yang kena macam ni. Ramai sebelum ni pun pernah terkena perkara sama. Cuma ramai pilih keluar diam.
Tapi saya rasa benda macam ni perlu dikongsi supaya orang lain lebih berhati-hati. ๐
Keadaan kedai pun sebenarnya banyak masalah. Kipas rosak hampir semua, tapi tiada tindakan untuk repair. Kami sendiri yang bawa masuk kipas tambahan supaya customer lebih selesa. ๐ฌ๏ธ
Meja dan kerusi pun banyak yang rosak. Bila ditanya, owner cakap nanti kumpul duit dulu baru tukar. Tapi orang yang selalu lepak sini sendiri cakap memang xkan tukar selagi masih boleh pakai.
Sudah lah keadaan banyak masalah, sewa p**a tiba-tiba naik mendadak. ๐
Post ni bukan untuk menjatuhkan sesiapa. Saya cuma mau share pengalaman sebenar sebagai penyewa supaya orang lain boleh fikir dan tengok dulu keadaan sebelum buat keputusan masuk sini.
Apa pun, terima kasih sebab awal-awal lagi tunjuk kami macam mana cara kamu jaga customer dan penyewa. ๐๐ป
Yang paling mengecewakan, pada hari terakhir kami keluar, tiba-tiba kami diminta membayar RM500 lagi, dengan alasan kami mula masuk pada 25 haribulan. Sedangkan awal perbincangan sudah cakap sewa akan di kira start awal bulan, Perkara ini betul betul memang sangat mengecewakan.
RM2k untuk gerai saja bukan tidak mampu, tetapi untuk sewa hanya menjual makanan saja agak kurang berbaloi untuk kami teruskan disini๐
Semoga urusan dan business kamu dipermudahkan.
FYI KAMI TIDAK KENAL OWNER SEBENAR KEDAI INI, Di sini kami sewa atas sewa. Ni orang dia sewa 1 kedai, lepastu kasi sewa gerai gerai di dalam kedai tu.
๐๐ป I wish you all the best.