Wadinda Thrift Enterprise

Wadinda Thrift Enterprise There's too many choices for you to have only one favourite!

🌈 TEKNIK PANTAS UNTUK MIX AND MATCH WARNA PAKAIAN🌈 Wanita dengan warna memang tidak dapat dipisahkan.πŸ™†πŸ»β€β™€οΈπŸ™†πŸ»β€β™€οΈ Namun, a...
30/12/2022

🌈 TEKNIK PANTAS UNTUK MIX AND MATCH WARNA PAKAIAN🌈

Wanita dengan warna memang tidak dapat dipisahkan.πŸ™†πŸ»β€β™€οΈπŸ™†πŸ»β€β™€οΈ

Namun, adakah anda tahu bahawa ada teknik mudah untuk padankan warna pakaian dengan tudung, seluar atau skirt dan beg yang sesuai dengan personaliti dan penampilan anda?

Apakah teknik kombinasi warna yang mudah itu? πŸ€”πŸ€”

πŸ’₯ PADANAN WARNA NEUTRAL DENGAN WARNA FESYEN
Warna neutral adalah warna yang terdiri daripada 5 warna iaitu putih, hitam, kelabu, biru navy dan perang (coklat). Warna fesyen p**a adalah apa-apa sahaja warna selain daripada warna neutral. Ia boleh terdiri daripada warna ungu, turquoise, jingga, kuning, hijau, merah jambu dan sebagainya. Warna-warna fesyen ini tidak sama dengan warna neutral dan ia bersifat menarik perhatian dan bermusim.

Jadi, untuk kelihatan warna itu harmoni anda tidak digalakkan untuk memakai warna neutral sahaja tanpa dicampur dengan warna fesyen yang lain.

Sebagai contoh, anda boleh memakai tudung yang berwarna light pink, baju berwarna light beige atau perang lembut, serta memakai skirt dan kasut yang berwarna hitam. Oleh itu, penampilan akan nampak lebih hidup dengan kombinasi warna fesyen dan warna neutral.

πŸ’₯ TEKNIK MONOKROMATIK
Teknik ini senang kerana anda boleh gunakan warna keluarga yang sama dalam penampilan tetapi dengan menggunakan tona warna yang berbeza.

Keluarga warna ini bermaksud nama warna yang sama. Contohnya, keluarga warna biru di dalamnya ada warna biru muda, biru gelap, biru cair, biru terang dan lain-lain.

Kebaikan teknik ini adalah untuk memberikan ilusi ketinggian dan membantu untuk kelihatan harmoni kerana memakai pakaian dalam keluarga warna yang sama.

Gunakan fabrik yang berbeza dalam keluarga tona warna yang sama bagi memberikan tekstur dan citarasa fesyen dalam penggayaan.

πŸ’₯ TEKNIK ANALOG
Teknik ini juga boleh memberikan ilusi ketinggian dan teknik ini perlu menggunakan roda warna. Jika anda lihat roda warna, akan ada warna yang duduk secara bersebelahan antara satu sama lain.

Jadi, warna yang bersebelahan ini bukan dalam golongan keluarga yang sama. Tetapi, kalau dipakai bersama ia boleh kelihatan cantik. Teknik analog ini bercampur dengan warna yang lain tetapi perbezaannya tidaklah ketara.

Kelebihan warna ini sama dengan teknik monokromatik iaitu boleh menampakkan ilusi tinggi dan ia kelihatan lebih segar (refreshing) serta ia adalah teknik yang orang lain tidak boleh agak kerana anda tidak memakai warna yang sama dari atas hingga ke bawah.

⚑ Mari like dan follow page kami kerana kami akan kongsikan lebih banyak lagi info yang berguna! https://www.facebook.com/wadindathriftenterprise

✨ KEPENTINGAN MENGETAHUI TEKNIK KOMBINASI WARNA ✨Dengan memahami teknik kombinasi warna, apa yang ingin dicapai?πŸ€”πŸ€”Sudah ...
30/12/2022

✨ KEPENTINGAN MENGETAHUI TEKNIK KOMBINASI WARNA ✨

Dengan memahami teknik kombinasi warna, apa yang ingin dicapai?πŸ€”πŸ€”

Sudah tentu ingin mencapai satu konsep yang dipanggil harmoni. 🌟 Ini bermaksud penampilan, pakaian, warna dan personaliti harmoni dengan apa sahaja pakaian yang dipakai.

Apabila disebut tentang harmoni, ia tidak ada isu berlebihan dan berkurangan. Maksudnya, apa yang anda pakai terutamanya dalam konteks warna akan membuatkan anda kelihatan cantik dan sedap mata memandang.😍

Jadi, 🀨🀨 kenapa perlu untuk kita tahu teknik kombinasi warna?

🌈 Warna memainkan peranan penting dalam pakaian kerana bilangan warna yang dipakai oleh wanita adalah banyak. Sebagai contoh, untuk wanita bertudung semua yang dipakai mempunyai warna. Tudung, baju, seluar, kasut dan beg tangan semuanya mempunyai warna yang pelbagai. Jadi, warna sememangnya menyeliputi tubuh badan wanita daripada bahagian atas hingga ke bahagian bawah.

🌈 Warna sememangnya memberikan peranan yang penting untuk menyampaikan mesej yang betul. Contohnya, anda ingin menghadiri ke sesi temu duga, warna yang terang, cerah dan mengganggu mata pihak penemu duga adalah sangat tidak bagus kerana terdapat warna-warna tertentu yang sesuai untuk digayakan.

🌈 Sesetengah warna yang dipakai akan memberikan kesan visual seperti kelihatan lebih kecil, kurus, tinggi dan sebagainya. Manakala, sesetengah warna yang dipakai juga akan kelihatan lebar di kawasan tertentu dan membantu untuk menutup bahagian yang anda tidak ingin orang lain nampak serta ada juga warna yang boleh menjadi komponen perhatian. Jadi, pemilihan warna ini penting untuk memberikan kesan visual tertentu yang ingin dicapai.

⚑ Like and follow kami di https://www.facebook.com/wadindathriftenterprise untuk dapatkan info dan tips yang menarik!

BAIK MENYESAL BELI DARIPADA MENYESAL TAK BELI. πŸ˜₯πŸ˜₯Dah bosan asyik pakai warna-warna common? Asyik hitam, biru, putih, kel...
30/12/2022

BAIK MENYESAL BELI DARIPADA MENYESAL TAK BELI. πŸ˜₯πŸ˜₯

Dah bosan asyik pakai warna-warna common? Asyik hitam, biru, putih, kelabu. Macam takde warna kehidupan langsung! 😣

Geng jangan moody duluuu.. Kami ada baju yang khas untuk korang yang nak cuba pakai baju warna terang. Simple tapi just nice untuk buatkan korang menonjol dalam kalangan kawan-kawan korang. 😎😎 Kualiti pun masih tip-top, macam baju baru!

πŸ’Έ Cuma RM20 je geng

⚠️ Jangan tunggu lagi. Whatsapp je kami terus 011-11447288 sebab desgin macam ni tinggal sehelai ni je. Jangan menyesal kalau tak beli😏

πŸ‘€ LAIN DARI YANG LAIN Adakah anda selalu ingin menonjol bergaya apabila keluar dengan kawan-kawan?πŸ˜•πŸ˜• Bosan pakai baju ya...
30/12/2022

πŸ‘€ LAIN DARI YANG LAIN

Adakah anda selalu ingin menonjol bergaya apabila keluar dengan kawan-kawan?πŸ˜•πŸ˜• Bosan pakai baju yang lebih kurang saja designnya dan ingin mencari kelainan?

Anda di saat yang tepat apabila membaca iklan ini! Kami ada hoodie yang designnya jarang-jarang orang lain ada. Kualiti baju masih mantap, lelaki atau perempuan boleh pakai. πŸ™†πŸ»β€β™‚οΈπŸ™†πŸ»β€β™€οΈ

πŸ’Έ RM28

⚠️ Jangan fikir lama-lama. Bukan apa, kami ada sehelai je design ni memang khas untuk korang. Berkenan je terus whatsapp kami 011-11447288.

TIPS MEMILIH WARNA BAJU YANG BERSESUAIAN DENGAN TONA KULITUmum mengetahui masyarakat di Malaysia ini terdiri daripada pe...
30/12/2022

TIPS MEMILIH WARNA BAJU YANG BERSESUAIAN DENGAN TONA KULIT

Umum mengetahui masyarakat di Malaysia ini terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya. πŸ₯°πŸ₯° Oleh itu, tidak hairanlah jika di antara kita ini mempunyai warna kulit yang berbeza.

☝🏻Warna kulit yang berbeza kadang-kadang membuatkan seseorang itu pening untuk memilih warna apa yang sesuai untuk digayakan. Kerana pemilihan warna yang tidak tepat akan membuatkan anda kelihatan lebih berisi, kusam dan tidak berseri,πŸ™…πŸ»πŸ™…πŸ» manakala pemilihan yang tepat akan membuatkan anda kelihatan lebih bergaya serta terserlah kejelitaan yang dimiliki.🀩

Kini anda tidak perlu risau, kami di sini sedia membantu anda dengan memberi beberapa tips warna yang boleh dipilih bersesuaian dengan warna kulit anda.

🀎 KULIT GELAP
Kebanyakkan yang berkulit gelap selalu mempunyai keyakinan diri yang rendah. Oleh itu, mereka yang mempunyai kulit gelap ini akan sentiasa memilih warna-warna yang selamat seperti warna hitam. Ini kerana mereka takut sekiranya menggunakan warna lain ini akan membuatkan mereka kelihatan tidak menarik.πŸ™πŸ™

Oleh itu, warna yang boleh dikenakan oleh mereka berkulit gelap adalah warna yang lebih kepada warna tanah, warna lembut serta warna yang premier sebagai contoh warna biru, coklat, putih, merah jambu yang lembut serta banyak lagi.

☝🏻Namun, anda juga perlu elakkan diri daripada memakai warna yang terlalu kontra dengan warna kulit anda seperti kuning lembut, hijau daun, dan limitkan diri anda dari asyik sering tampil dengan warna yang gelap.

🀎 KULIT SAWO MATANG
Adakah anda mempunyai kulit sawo matang? Jika ya anda disarankan untuk memilih warna pakaian seperti ungu, kelabu, serta warna yang lembut.

Cuba elakkan daripada memakai warna yang lebih kepada kemerah-merahan atau coklat yang gelap. πŸ™…πŸ»β€β™€οΈπŸ™…πŸ»β€β™€οΈ Kerana ia tidak menonjolkan diri anda serta membuatkan kulit kelihatan kusam.

🀎 KULIT PUTIH
Bagi mereka yang mempunyai kulit putih pasti tidak mempunyai masalah untuk memilih warna, namun pemilihan kepada warna yang lembut akan memberikan impak keayuan buat si pemakai. Manakala warna yang garang atau sedikit gelap p**a akan membuatkan anda kelihatan lebih berani.😏😏

🀎KULIT KUNING LANGSAT
Jika anda mempunyai kulit kuning langsat, anda disarankan untuk memilih warna yang lebih kepada tropis sebagai contoh warna hijau, merah, jingga dan kuning. Ini kerana pemilihan warna ini membuatkan anda lebih kelihatan menarik dan lebih bergaya.😎

Namun, tidak semestinya anda tidak boleh menggunakan warna yang lain. Anda boleh menggunakan warna yang lembut dan juga gelap. Tetapi jika anda seorang yang mencarikan kelainan dan ingin kelihatan lebih stunning anda boleh cuba untuk menggunakan warna yang dicadangkan.πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

Jadi bagaimana? Daripada nombor satu sehingga nombor empat anda kategori kulit yang mana?
πŸ“Œ Apa-apa pun anda tak perlu risau, dan perlu sentiasa yakin dengan warna apa yang anda gayakan. Keyakinan adalah sangat penting dalam menonjolkan kejelitaan anda tidak kiralah warna apa pun yang menjadi pilihan.πŸ’―

⚑ Kami akan kongsikan lagi tips-tips yang menarik. Jadi, jangan lupa like and follow kami di https://www.facebook.com/wadindathriftenterprise

😏 CUTI HUJUNG MINGGUDah ada ke baju untuk keluar lepak dengan kawan-kawan hujung minggu nanti? Huh?? Takde lagi?! 😲😲Meh ...
30/12/2022

😏 CUTI HUJUNG MINGGU

Dah ada ke baju untuk keluar lepak dengan kawan-kawan hujung minggu nanti?

Huh?? Takde lagi?! 😲😲

Meh singgah tengok-tengok page kami untuk dapatkan jalan penyelesaian. Dengan bermodalkan RM30 sahaja anda boleh dapatkan baju yang kualiti dia memang mantap dan cantik! πŸ’― Confirm kawan semua puji nanti.

Ini salah satu daripada stok yang kami ada. Kualiti cun lagi sebab warna tak pudar. So, nampak macam baju baru πŸ˜†

πŸ’Έ Hanya bernilai RM22.

⚠️ Tak perlu tunggu lagi, dah jumpa yang berkenan? Terus whatsapp di nombor 011-11447288 untuk lakukan proses pembelian sekarang!

MESTI PANAS KALAU PAKAIπŸ₯΅πŸ₯΅Anda s**a pakai long sleeve T-shirt? Tapi takut rasa panas bila pakai, nanti tak selesa. Tenang...
30/12/2022

MESTI PANAS KALAU PAKAIπŸ₯΅πŸ₯΅

Anda s**a pakai long sleeve T-shirt? Tapi takut rasa panas bila pakai, nanti tak selesa.

Tenang kakak abang semua.☺☺ Baju yang ini 100% cotton dan sudah tentu rasa sejuk je bila pakai walaupun cuaca panas terik. Design dia pun lawa, ada corak di belah belakang baju.

πŸ’Έ RM20 sahaja

⚠️ Design ni ada sehelai ni je. So, cepat-cepat grab dengan kami. Whatsappp 011-11447288 sekarang!

🀨🀨 MALU NAK BERGAYA DENGAN BAJU BUNDLE? HEY COME ON! Industri fesyen ini sungguh luas. Luasnya sehingga meliputi pelabag...
30/12/2022

🀨🀨 MALU NAK BERGAYA DENGAN BAJU BUNDLE? HEY COME ON!

Industri fesyen ini sungguh luas. Luasnya sehingga meliputi pelabagai aspek termasuklah dari pilihan design untuk rekaan aksesori. Begitu juga dari segi stail dan penggayaan. Maksudnya, boleh saja jika anda membeli sehelai t-shirt putih yang berharga RM10 dan dipadankan dengan jaket ala Louis Vuitton berharga RM35 serta dipadankan dengan seluar hitam berharga RM17 untuk anda menghasilkan stail yang tip-top.πŸ”₯

☝🏻Asalkan anda tahu bagaimana untuk mix and match sudah cukup membantu dalam mencipta satu total look yang lebih berstail dan fesyen. Terang lagi bersulu, bukan sekadar wang semata-mata, malahan pendekat ilmu dalam fesyen juga penting untuk menghasilkan gaya yang menarik, relevan namun bijak mengatur kor belanja.πŸ“š

Ciptalah gaya kita sendiri. Gaya yang unik untuk kita sendiri dan memberi impak besar pada orang ramai sehingga kita dikenali ramai orang. 🀩🀩 Untuk mencipta impak dalam gaya berfesyen anda, ia tidaklah sekadar memandang kepada jenama sesebuah produk,πŸ™…πŸ» malahan ia lebih kepada bagaimana kita bermain dengan kuasa warna, rekaan dan juga bijak dalam proses suai padan yang mampu menaikkan aura karisma kita.😎

πŸ’― Apa yang penting, sentiasa yakin dengan gaya penampilan anda supaya dapat dilihat sebagai seorang yang bold dalam personaliti, juga seorang yang sharp dalam berfesyen.

Jadi, cuba kembangkan kreativiti dalam penggayaan fesyen anda dengan membeli helaian baju di kedai bundle. Why not?πŸ€·πŸ»β€β™€οΈ

⚑ Jom like and follow page kami di https://www.facebook.com/wadindathriftenterprise untuk dapatkan info yang menarik dari kami!

🌧CUACA HUJAN HUJAN, SEJUKKK~~Pergi kelas naik motor, hujan p**ak tu. Sampai kelas, classmate bukak aircond sampai rasa s...
30/12/2022

🌧CUACA HUJAN HUJAN, SEJUKKK~~

Pergi kelas naik motor, hujan p**ak tu. Sampai kelas, classmate bukak aircond sampai rasa sejuk beku. πŸ₯ΆπŸ₯Ά Kalau ada baju yang tebal kan best, tak terasa sejuk sangat. 🀧

Kesian awak menggigil time belajar ye, kami ada satu hoodie sesuai sangat untuk awak pakai masa musim tengkujuh ni. Tebal pun tebal, kualiti pun masih bagus. Bukan tu je harga pun ngam dengan bajet seorang student. πŸ₯³

πŸ’ΈRM25

⚠️ Sebelum korang kesejukkan tahap maksima, baik korang terus whatsapp kami 011-11447288 untuk grab hoodie ni dengan kami.
Design ni ada satu je ni, siapa cepat dia dapat!

πŸ“Έ RAHSIA MENGAMBIL GAMBAR   YANG PERFECT πŸ“ΈBagi orang yang s**a upload gambar   (Oufit Of The Day) di Instagram mereka, s...
30/12/2022

πŸ“Έ RAHSIA MENGAMBIL GAMBAR YANG PERFECT πŸ“Έ

Bagi orang yang s**a upload gambar (Oufit Of The Day) di Instagram mereka, skil untuk mengambil gambar tersebut tersangatlah penting. Jika mereka cerewet sangat, nak dapatkan satu gambar yang paling perfect tu punyalah susah. πŸ˜“πŸ˜“ Kadang-kadang sampai lebih 100 gambar yang diambil baru jumpa satu yang lulus piawaian mereka.πŸ˜ͺ

Kalau anda tak pro lagi tentang cara mengambil gambar yang perfect, jangan risau dah. Kami kongsikan rahsia menangkap gambar yang selalu digunakan oleh golongan professional.

🎞Pencahayaan paling penting.
Pastikan anda menghadap tingkap atau lampu ataupun pergi ke luar bangunan untuk mengankap gambar. Lighting yang bagus boleh menghilangkan bayang-bayang atau dark circles di bawah mata anda.

🎞Gunakan flash bila perlu.
Selok-eloknya anda patut gunakan natural lighting tapi kalau tak ada tidak mengapa, pakai flash pun boleh. Walaupun anda berada di dalam tempat yang gelap atau waktu malam sudah tiba, ia tidak bermakna anda tidak boleh mengambil gambar yang perfect!

🎞Cari background yang best.
Elakkan daripada ada muka-muka orang yang photobomb dalam gambar anda. Kemudian jangan pilih background yang mengganggu fokus. Gambar yang paling bagus selalunya mempunyai background yang menarik tapi simple kerana andalah bintang dalam gambar tersebut, bukanlah orang atau benda lain.

🎞Gunakan kreativiti.
Jangan lah kerap guna angle foto yang sama setiap kali. boleh diambil di mana-mana dan dalam bermacam gaya. Contohnya gunakan pantulan daripada cermin-cermin di dalam bilik persalinan untuk mencipta elemen-elemen gambar yang unik.

🎞Ketahui angle mana yang sesuai.
Daripada serlahkan side muka anda yang lebih cantik, anda perlu serlahkan cutting pakaian anda. Jika seluar anda mempunyai lipatan tepi yang menarik, tangkap gambar profile tapi bengkokkan tangan atau kaki supaya nampak silhouette cantik. Mainan angle, walaupun sikit, berpotensi untuk menjadikan gambar anda anatar posting yang peroleh paling banyak β€˜likes’.

🎞Jika kurang pasti, gunakan filter.
Instagram ada macam-macam filter tapi aplikasi seperti VSCO, Adobe Lightroom, Snapseed dan Darkroom boleh transform gambar daripada biasa-biasa menjadi gambar yang berkualiti tinggi.

Tiada siapa yang boleh terus mahir hanya selepas menangkap satu . Cuba dan cuba lagiπŸ’ͺ🏻. Gunakan lokasi, background, pencahayaan dan cara mengedit yang berlainan sampai anda dapat gambar yang anda rasa perfect. Selamat mencuba!

⚑ Like and follow kami di https://www.facebook.com/wadindathriftenterprise untuk dapatkan tips yangbesr dari kami!

πŸ˜•πŸ˜•ASYIK PAKAI T-SHIRT JE, NAK JUGAK PAKAI SWEATSHIRTTeringin nak pakai sweatshirt macam kawan-kawan lain. Tak pernah bel...
30/12/2022

πŸ˜•πŸ˜•ASYIK PAKAI T-SHIRT JE, NAK JUGAK PAKAI SWEATSHIRT

Teringin nak pakai sweatshirt macam kawan-kawan lain. Tak pernah beli sweatshirt sebab kat kedai mahal? πŸ™πŸ™

Sekali sekala nak ubah style pemakaian apa salahnya, betul tak? Kebetulan sangat kami ada jual sweatshirt yang memang ngam gila untuk korang yang first timer pakai sweatshirt. Design simple je, kain pun tak tebal dan bukan jenis yang panas. Sesuai sangat dengan cuaca Malaysia. 😎😎

πŸ’Έ Harga cuma RM25

⚠️ Tinggal sehelai je sweatshirt ni. Whatsapp 011-11447288 dan grab cepat dengan kami sebelum terlepas!

βœ” PERKARA YANG WAJIB TAHU SEBELUM BELI BAJU BUNDLE βœ”Seiring dengan kemajuan industri bundle yang mencapai tahap antaraba...
30/12/2022

βœ” PERKARA YANG WAJIB TAHU SEBELUM BELI BAJU BUNDLE βœ”

Seiring dengan kemajuan industri bundle yang mencapai tahap antarabangsa ini, ramai peminat bundle dari setiap pelusuk tanah air kian memahami apa erti dan nilai sebenar sesuatu item yang dijual. πŸ€©πŸ€‘

Disini kami ingin berkongsi beberapa tips untuk anda yang mungkin baru saja cuba untuk menceburi bidang ini. Ternyata ia bukanlah sekadar hobi dan minat, ia juga dapat menjana pendapatan sehingga ada yang menjadi Peniaga Bundle Online sepenuh masa.😎😎

πŸ“Œ PASTIKAN BRAND YANG ANDA MINAT
Terdapat banyak baju-baju yang berjenama yang semestinya anda tidak mampu untuk membelinya di butik atau pasaraya. Dengan mendapatkannya di kedai bundle, anda boleh membelinya dengan harga berlipat kali ganda jauh lebih murah.

Tak Semestinya Made in USA saja yang mempunyai nilai harga yang tinggi. πŸ™…πŸ»πŸ™…πŸ»Barangan buatan Jepun, German, France, Italy juga tidak kurang hebatnya. Nilai setiap Brand tersebut tinggi berkemungkinan dipengaruhi oleh kualiti fabrik, cara pembuatan, teknik jahitan, keluaran terhad (Limited Edition) dan sebagainya.

πŸ“Œ CHECK TAG BRAND
Tag Baju atau Tag Brand di setiap baju perlu diambil kira sebelum kita membeli untuk memastikan item itu benar-benar original!

Kebiasaan nya tag baju terletak di leher atau di sisi bawah baju. Anda perlu pastikan ianya betul-betul menepati spec seperti yang tulen/original. Seperti yang kita tahu, brand-brand ternama kerap di-copy oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk dijual pada harga yang lebih murah daripada yang original. Jangan terkejut jika mereka dapat tiru 97% sama macam original! 😲😲

πŸ“Œ CHECK CONDITION BARANG
Sebelum anda membeli, pastikan jenis fabrik untuk item tersebut.πŸ’― Jika tshirt di Malaysia, kebiasaannya nilai fabrik 50% Cotton 50% Polyester atau lebih dikenali dengan 'Kain 5050' lebih tinggi nilainya berbanding 100% Cotton.

Perkara ini dapat dipastikan melalui info yang diletakkan pada tag baju tersebut. Kalau yang dah betul-betul berpengalaman, pegang kain pun dah tau kain 100 or kain 5050. Hebat kan!

Jahitan pada baju juga diambil kira sebelum mereka membelinya. Jahitan yang saya maksudkan adalah jahitan di lengan, bahu, bawah baju, jahitan ketiak, tengkuk dan sebagainya.

πŸ“Œ COMPARE DENGAN HARGA MARKET
Akhir sekali dan paling penting, ‼️ jangan mudah terburu-buru untuk membayar sebelum anda periksa semua detail di atas!

Yang paling penting pastikan anda periksa harga market sebelum membeli. Jangan Main Bayar Je! Harga Mahal Tak Semestinya Rare! Adalah lebih baik untuk bertanyakan kepada rakan-rakan yang lebih arif untuk menilai sesuatu item samaada berpadanan atau tidak dengan harga yang diletakkan.

Kalau anda dah check semua details baju dan rasa berbaloi dengan harga yang ditetapkan, beli saja. nanti balik termimpi-mimpi p**ak!🀭🀭
⚑ Kami akan kongsikan tips yang best lagi pada anda. Jadi, jangan lupa like and follow kami di https://www.facebook.com/wadindathriftenterprise

Address

Segamat

Opening Hours

Monday 08:00 - 23:00
Tuesday 08:00 - 23:00
Wednesday 08:00 - 23:00
Thursday 08:00 - 23:00
Sunday 08:00 - 23:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wadinda Thrift Enterprise posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share