20/06/2023
TIPS UNTUK MEMBINA KELUARGA BAHAGIA
Jika dibandingkan dengan setiap kesenangan material yang mungkin anda perolehi di dunia ini, pastilah tiada apa yang lebih bernilai daripada keluarga bahagia. Mendirikan rumah tangga dan menimang cahaya mata merupakan impian kebanyakan individu.
Namun, tidak semua rumah tangga dan keluarga yang dibina bahagia. Kebahagiaan sesebuah keluarga bukanlah tercipta dengan sendirinya sebaliknya memerlukan usaha berterusan.
Oleh itu, ketahui tips membina keluarga bahagia berikut untuk panduan bersama
1. Solat berjemaah bersama
Kebanyakan agama menekankan kepentingan keluarga dan kestabilan rumah tangga. Oleh itu, tidak hairanlah pegangan agama memainkan peranan kepada hubungan anda dengan pasangan.
Menariknya, dalam satu kajian oleh General Social Survey (GSS) di Amerika Syarikat, mereka yang kerap hadir dalam majlis agama didapati lebih rendah kemungkinan curang terhadap pasangan berbanding mereka yang hadir hanya sekali setahun atau kurang daripada itu.
2. Makan malam bersama
Jadikan makan bersama sebagai suatu kebiasaan, sehingga semua akan berasa kehilangan jika salah seorang tiada. Jika keluarga anda mempunyai kekangan untuk selalu makan bersama, menurut kajian, seminggu sekali sudah mencukupi untuk memberi kesan kepada anak anda.
3. Bagi autonomi kepada anak anda
Kanak-kanak lebih mematuhi arahan apabila mereka merancang sesuatu sendiri atau pandangan mereka diterima dalam perancangan.
Membenarkan mereka menentukan hukuman ke atas kesalahan mereka juga boleh menjadi motivasi untuk mematuhi peraturan.
4. Luangkan masa bersama untuk keluarga lebih bahagia
Selain solat dan makan bersama, sebarang aktiviti yang anda luangkan bersama dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Sama ada aktivi dalam rumah seperti mengemas rumah mahupun aktiviti di luar seperti bermusafir dan bercuti bersama-sama.
Setiap kali anda menghabiskan masa bersama, rakamkan kenangan-kenangan manis ini untuk tatapan di masa akan datang.
Anda mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia? Hubungi kami di Facebook atau terus tekan link whatsapp dibawah!
https://wa.link/1kyosu (Irinah)