21/12/2023
🤓TIPS BERKACA MATA UNTUK WANITA BERTUDUNG🤓
Sebagai seorang wanita yang berkaca mata, mesti selalu ada masalah untuk memadankan kaca mata dengan tudung kan? Tudung kembang lah, bingkai terbesar lah, terkecil lah dan kadang-kadang dah macam makcik-makcik p**a. Kalau nak mengelakkan dari masalah ni mesti ramai yang pakai kanta lekap je kan untuk senang.
Hmm, tapi sebenarnya kita boleh je elak masalah-masalah ni masa pakai cermin mata semasa bertudung. Nak tahu tak tips-tipsnya? Mari kami kongsikan:
- Pilih bingkai yang sesuai dengan bentuk muka
Tak semua bingkai yang sesuai dengan semua bentuk muka, pastikan anda pilih yang betul-betul kena dengan muka anda. Tidak mengapa duduk lama di kedai, tuan kedai tak akan halau disebabkan memilih terlalu lama. Tapi, janganlah kedai nak tutup anda masih di situ hehe.
- Pilih kaca mata yang sesuai dengan jenis tudung kegemaran
Anda s**a pakai tudung jenis yang macam mana? Bawal, selendang, sarung atau apa-apa je lah tudung yang anda selalu pakai, pakai lah masa pilih bingkai. Lain jenis tudung, lain lah efek bila pakai cermin mata.
- Cara pemakaian kaca mata yang selesa
Pakai kaca mata pun ada cara ke? Buat masa ni yang ai tahu hanya dua cara iaitu pakai di dalam atau di luar tudung. Bergantung kepada anda kerana ada orang yang selesa pakai kaca mata di luar tudung, ada yang selesa di dalam tudung. Ikut anda selesa untuk pakai yang mana satu. Kata orang bila selesa akan ada keyakinan. Keyakinan itu yang sebenarnya mencantikkan kita.
- Material tudung yang sesuai
Asyik fokus untuk pilih bingkai je, material tudung pun penting juga tau. Jangan pilih material tudung yang terlalu licin. Tudung akan tertarik bila korang pakai dan buka kaca mata. Tapi kalau anda jenis pakai kaca mata di luar tudung, tak ada masalah. Letak sahaja kaca mata di atas tudung korang. Tak akan terusik tudung korang yang dah terlilit cantik tu.
- Gaya tudung yang sesuai
Elakkan memakai tudung dengan gaya yang ketat mengikut bentuk wajah. Gaya ini akan menyebabkan tudung korang kembang bila mengenakan kaca mata. Longgarkan tudung agar dapat diberi laluan pada kaca mata tu. Tips ni juga boleh menampakan efek kurus pada muka anda tau.
Sekian sahaja tips dari kami. Siapa kata berkaca mata tak boleh bergaya? Anda silap ya. Kaca mata dah jadi trend dari semasa ke semasa. Yang tak rabun pun dah sibuk nak pakai kaca mata. Bagi anda yang memang memerlukan, jangan jadikan alasan tak cantik dan tak boleh bergaya bila berkaca mata tau.
Nak tahu tak lebih banyak tips untuk bertudung?
Like Bumi Jwitaenterprise untuk mengetahu pelbagai tips lain yang lebih menarik!
https://www.facebook.com/bumijwitaenterprise