18/07/2023
Sayangi diri kita,
Terlalu bersedih tidak akan membawa kita ke mana.
Terlalu berfikir yang tidak pasti tidak akan memberi kebaikan.
Semoga kita semua diberi kekuatan, mensyukuri apa kurniaan saat ini, cintai diri sendiri dengan membuat kebaikan serta terus ke hadapan dengan bahagia.
Kerana diri ini sangat berharga.
Ciptaan dan pinjaman dari Tuhan yang Maha Esa
Umpama meminjam buku di perpustakaan. Nak pulangkan kembali elok sebagaimana kita mula pinjam.
Macam itulah. Kita nak pulang kepada Yang Maha Esa kelak.
Wallahualam.
Salam Sayang,
Dr Azura Hashim