28/12/2024
Jom pindah ke Sarawak 😄
TRANSFORMASI SARAWAK DARI NEGERI TERMISKIN KEPADA ANTARA NEGERI TERKAYA DI MALAYSIA
ERA TAIB MAHMUD (1982 - 2014)
- Isu kemiskinan sangat ketara semasa pentadbiran Taib Mahmud
- Kadar pengangguran di Sarawak juga berada pada tahap yang tinggi 7.8% antara 1982 dan 1990
- Hanya separuh penduduk di Sarawak menikmati bekalan elektrik pada tahun 1990, walaupun pada ketika itu 80% rakyat Malaysia sudah memiliki akses elektrik
- nilai KDNK Sarawak telah meningkat hampir 20 kali ganda, daripada RM6,503 juta (1981) kepada RM118,862 juta (2014)
- penerima pelaburan langsung asing (FDI) kelima terbesar di Malaysia antara tahun 1980 dan 1995
- dikaitkan dengan pelbagai kontroversi termasuk tuduhan penyelewengan, pengumpulan kekayaan yang melampau dan pemusnahan alam sekitar melalui aktiviti pembalakan yang tidak terkawal
- Tidak berusaha mendapatkan kembali hak minyak Sarawak, tidak banyak inisiatif proaktif yang dilakukan untuk menuntut kembali autonomi negeri berkaitan minyak dan gas
- lebih fokus dalam memperkukuhkan pengaruhnya di Bumi Kenyalang
ADENAN SATEM (2014 - 2017)
- Membina naratif “Sarawak untuk Orang Sarawak”
- memperjuangan tuntutan hak autonomi Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)
- menitikberatkan aspek ketelusan serta membanteras pembalakan haram yang berleluasa di Sarawak, sesuatu yang tidak begitu berlaku semasa era Taib dengan menghentikan pemberian Konsesi
- Penguatkuasa hutan diminta untuk bertindak tegas keatas isu kecurian balak atau pembalakan haram. Penguatkuasa turut dibekalkan dengan senjata api untuk memerangi lanun balak ini serta mendakwa mereka dengan kerjasama SPRM
- Tok Nan meringankan beban rakyat, termasuk menghapuskan tol, mengurangkan bayaran feri kepada RM1 serta menjayakan Lebuh Raya Pan Borneo
- menyelesaikan kemelut tanah NCR, Pemakai Menoa Pulau Galau dan banyak lagi
ABANG JOHARI (2017 - SEKARANG)
- Transformasi yang dimulakan oleh Adenan Satem telah dikembangkan oleh Abang Jo
- Sarawak semakin lantang menuntut hak-haknya, terutama dalam royalti minyak dan hasil daripada sumber asli
- Terma Kerajaan Sarawak digunakan bagi menggambarkan kedudukannya setara dengan Persekutuan Tanah Melayu, bukan salah sebuah negeri di bawah Malaysia
- Di sebalik kecelaruan politik di peringkat persekutuan ketika era 2018-2022, Sarawak tampil membawa model pemerintahan yang efektif, berlandaskan kestabilan politik dan Ekonomi selepas GPS ditubuhkan dan keluar daripada BN
- GPS gabungan 4 parti tempatan PBB, SUPP, PRS & PDP tanpa pengaruh daripada mana-mana parti dari Malaya
- Pada PRU15, GPS mengukuhkan pembentukan Kerajaan Madani pimpinan Anwar Ibrahim sebagai PM X. Namun Abang Jo tidak mempelawa PH Sarawak menjadi sebahagian daripada Kerajaan Negeri
- Impak daripada Pasca PRU15 telah melonjakkan Ekonomi Sarawak diiktiraf sebagai Negeri Berpendapatan Tinggi oleh Bank Dunia pada tahun 2023
- Sarawak dapat hak kuasa penjualan gas di Sarawak daripada Petronas
- menubuhkan PETROS, syarikat Minyak dan Gas Sarawak pada tahun 2017 dan diperkasakan lagi selepas 2022 dengan mendapat lebih banyak Perkongsian Hasil Minyak dan Gas di negeri tersebut termasuk di Kawasan Minyak yang baru dibuka
- Abang Jo yang selama ini tidak bersetuju kenaikan Kadar Pemberian Khas daripada Malaya (Sarawak hanya dibayar RM16j sejak 1963) walaupun ditawarkan oleh PM7, PM8 dan PM9, akhirnya bersetuju dengan Kadar RM300j pada tahun 2023 dan seterusnya dinaikkan kepada RM600j tahun 2025
- ketegasan Abang Jo yang menggunakan kuasa politik GPS diperingkat nasional dan Negeri turut berjaya mendapatkan semula hak penuh ke atas Pelabuhan Bintulu yang selama ini dikuasai oleh Malaya
- Sarawak juga bakal mempunyai Syarikat Penerbangan mereka sendiri selepas mengambil alih MAS Wing
- Kerajaan GPS berjaya menambah Rizab Kerajaan Sarawak dariada RM31b (tahun 2018) kepada lebih RM40b pada tahun ini yang tertinggi di Malaysia.
- Kadar Pengangguran terendah 3.4% berjaya dicatat pada tahun 2023.
- Pada tahun 2022, Sarawak catat rekod pendapatan hasil tertinggi dalam sejarah mereka iaitu sebanyak RM11.9b. Rekod ini dipecahkan pada tahun lepas dengan catatan RM13.3b
- Bajet 2025 memperlihatkan peruntukan yang tertinggi sebanyak RM15b untuk menambah Pembangunan di Bumi Kenyalang
- Kadar KDNK Sarawak pada tahun 2017 ialah RM127.1b meningkat kepada RM142.4b pada 2023
Adenan Satem telah memulakan kebangkitan penyatuan orang Sarawak melalui Sarawak For Sarawakian, apabila berani dengan lantang menuntut hak Sarawak dan menjulang maruah serta martabat Sarawakian melalui pentadbiran yang menfokuskan kepada ketelusan.
Keberanian Abang Jo keluar daripada pengaruh kuasa parti Malaya (BN) dalam Kerajaan Negeri walaupun bertindak sebagai pembangkang pada 2018 adalah turning point kepada penyatuan hampir 90% rakyat Sarawak pada PRN tahun 2021.
Selepas PRU15, kuasa 23 kerusi MP Sarawak (daripada 31), menjustifikasikan betapa formula penyatuan orang Sarawak dan kepimpinan yang mengutamakan kepentingan negeri serta tidak tunduk kepada Malaya menjadi anjakan paradigma Bumi Kenyalang.
Moto GPS "Sarawak First" amat bertepatan dengan perjuangan mereka dalam mentransformasikan Sarawak dari negeri yang dilabelkan miskin kepada negeri kaya berpendapatan tinggi Malaysia.
GPS kerana melonjakkan Sarawak sebagai antara Negeri termiskin menjadi antara negeri terkaya di Malaysia.