AisysMom Seremban

AisysMom Seremban � memudahkan ibu yang menyusukan anak
�material moss crepe yg selesa dan xpayah gosok�mesra wuduk
� cuff ditangan yg kemas.
� poket disisi

29/01/2026
29/01/2026
23/01/2026

PENGAMBILALIHAN PENGURUSAN FASILITI SUKAN MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN OLEH SYARIKAT ENERGETIC POINT SDN. BHD.

Mulai 1 Februari 2026 (Ahad), keseluruhan urusan tempahan dan bayaran bagi menggunakan fasiliti - fasiliti sukan di bawah pengurusan Majlis Bandaraya Seremban seperti di bawah akan diurus selia oleh Syarikat Energetic Point Sdn. Bhd. (EPSB) :

1. Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
2. Kompleks Sukan Negeri, Paroi (Centre Court)
3. Pusat Akuatik Negeri, Paroi
4. Kolam Renang Awam, Paroi
5. Stadium Hoki Tan Sri Dato` Dr. Haji Mohd. Said, Seremban 2

Segala urusan tempahan dan bayaran penggunaan fasiliti sukan tersebut bagi tujuan seperti latihan, perlawanan sukan, acara komersil atau hiburan hendaklah dibuat melalui laman sesawang EPSB di https://tempah.org/

Tiada lagi tempahan untuk 5 fasiliti tersebut di portal mbsclick (permohonan tempahan).

Pengambilalihan pengurusan tempahan dan bayaran ini turut meliputi penggunaan Kolam Renang Awam, Paroi di mana sistem pembayaran tiket masuk melalui kaedah QR Code akan mula dilaksanakan pada tarikh 1 Februari 2026.

Permohonan baru mulai tarikh 1 Februari 2026, akan diuruskan sepenuhnya oleh EPSB bagi pihak Majlis Bandaraya Seremban. Sebarang pertanyaan berhubung tempahan hendaklah dikemukakan terus kepada EPSB di talian 011-57505023.







Address

Senawang
Seremban
70450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AisysMom Seremban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to AisysMom Seremban:

Shortcuts

Share