Minyak Herba Asmak Equine Park

Minyak Herba Asmak Equine Park Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Minyak Herba Asmak Equine Park, Seri Kembangan.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:سُبْحٰنَ الَّذِىٓ أَسْرٰى بِعَبْدِهِۦ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْ...
01/03/2022

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

سُبْحٰنَ الَّذِىٓ أَسْرٰى بِعَبْدِهِۦ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَا الَّذِى بٰرَكْنَا حَوْلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنْ ءَايٰتِنَآ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

(QS. Al-Isra' 17: Ayat 1)

Assalamualaikum, selamat pagi semua 🥰Semoga kita semua dipermudahkan urusan, dimewahkan rezeki dan dijauhi dari penyakit...
28/02/2022

Assalamualaikum, selamat pagi semua 🥰

Semoga kita semua dipermudahkan urusan, dimewahkan rezeki dan dijauhi dari penyakit yang berbahaya aminnn 🤲

Salam Jumaat semua🌹Jangan lupa untuk senyum kerana ianya juga merupakan satu bentuk sedekah😊
01/10/2021

Salam Jumaat semua🌹

Jangan lupa untuk senyum kerana ianya juga merupakan satu bentuk sedekah😊

Assalamualaikum dan selamat pagi🌹Jika kamu berdoa pada saat kesulitan, doa itu akan meringankan kesulitanmu. Jika kamu b...
27/08/2021

Assalamualaikum dan selamat pagi🌹

Jika kamu berdoa pada saat kesulitan, doa itu akan meringankan kesulitanmu. Jika kamu berdoa pada saat gembira, doa itu akan melipatgandakan kegembiraanmu.

Salam Jumaat semua😊

Marhaban ya Muharram😊Bulan sabit tiba membelah awan, bintang-bintang pun tersenyum menyambut datangnya Muharram tahun ba...
10/08/2021

Marhaban ya Muharram😊
Bulan sabit tiba membelah awan, bintang-bintang pun tersenyum menyambut datangnya Muharram tahun baru Islam. Semoga tahun ini kita dipenuhi dengan kebaikan dan keberkatan. Amiin🤲

Ujian adalah tarbiah dari Allah, semakin dekat bahtera kita kepada-Nya, semakin hebat taufan melanda✨
30/06/2021

Ujian adalah tarbiah dari Allah, semakin dekat bahtera kita kepada-Nya, semakin hebat taufan melanda✨

Zikir Yang Membawa Ke Syurga==========1. Rasulullah ﷺ pernah mengajarkan kepada kita satu zikir yang boleh membawa kita ...
24/06/2021

Zikir Yang Membawa Ke Syurga
==========
1. Rasulullah ﷺ pernah mengajarkan kepada kita satu zikir yang boleh membawa kita ke syurga. Sabda Rasulullah ﷺ:

مَنْ قَالَ : رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا ، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا ، وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولًا ، وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ

“Barangsiapa yang mengucapkan: Aku redha dengan Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku dan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulku, maka wajib ke atasnya syurga. (HR Abu Daud)

2. Hadis ini pada hakikatnya menggambarkan kepada kita tentang kesempurnaan iman seorang Muslim. Bilamana seorang muslim itu meletakkan Allah sebagai kemuncak segala tujuan hidupnya maka sempurnalah keimanan buat dirinya.

3. Begitu juga apabila dia redha agar Islam itu menjadi panduan hidupnya dan Rasulullah itu petunjuk jalan bagi dirinya, maka dia telah meletakkan agama ini sebagai pengaruh utama yang membentuk halatuju dan kerangka hidupnya, maka dia telah mencapai kemanisan iman.

4. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah yang menyebutkan:

ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ ، وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ ؛ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ ، أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ،

(Terdapat) Tiga perkara yang andai sekiranya seseorang itu memiliki tiga perkara ini, dia akan merasa kemanisan iman. Iaitu yang pertamanya dia mencintai Allah (redha kepadaNya) dan mencintai RasulNya lebih dari segala-galanya (maka dia akan merasai kemanisan iman) . (HR al-Bukhari)

5. Redha di sini bukan sekadar menerima sahaja, tetapi mencintai dan menjiwai setiap perintah Allah dan RasulNya, lalu dia menjadikan Allah dan Rasul sebagai panduan hidupnya, maka pastilah dia akan dikurniakan syurga Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Kredit: Dr Ahmad Sanusi

Selamat datang June🥰Datangnya bulan baru pastinya dengan azam dan semangat yang baru💪Walau tidak mencapai apa yang diimp...
01/06/2021

Selamat datang June🥰
Datangnya bulan baru pastinya dengan azam dan semangat yang baru💪
Walau tidak mencapai apa yang diimpikan bulan lepas, masih ada masa untuk kita perbaiki dan bangkit dari segala apa halangan yang menjauhkan kita daripada menggapai impian kita. Kita mesti boleh! 🥰

Ada yang sering alami masalah macam ni ke? Jom kenali cara rawatan yang boleh digunakan untuk mengurangkan sakit sendi 😍
20/05/2021

Ada yang sering alami masalah macam ni ke? Jom kenali cara rawatan yang boleh digunakan untuk mengurangkan sakit sendi 😍

Ya Allah, terimalah puasaku di bulan ini dengan rasa syukur. Jadikanlah puasaku ini mendatangkan keredhaan-Mu dan keredh...
12/05/2021

Ya Allah, terimalah puasaku di bulan ini dengan rasa syukur. Jadikanlah puasaku ini mendatangkan keredhaan-Mu dan keredhaan para Rasul-Mu.

Engkau kuatkanlah furu (cabang-cabang)-nya dan ushul (pokok-pokok)-nya. Demi kebenaran junjungan kami Muhammad SAW beserta keluarganya yang suci. Segala puji bagi-Mu Ya Allah, Tuhan semesta alam.

Aminn Ya Rabb.. 🤲

Assalamualaikum, selamat pagi semua. 🌹Salam Rabu. 🥰
12/05/2021

Assalamualaikum, selamat pagi semua. 🌹

Salam Rabu. 🥰

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2021 kepada semua pekerja di luar sana sama ada bertugas di Jabatan/Agensi Kerajaan dan t...
01/05/2021

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2021 kepada semua pekerja di luar sana sama ada bertugas di Jabatan/Agensi Kerajaan dan tidak lupa yang bekerja di sektor swasta. Anda semua adalah tulang belakang kemajuan negara Malaysia.
Kepada pekerja-pekerja yang masih berkerja sejak Perintah Kawalan Pergerakan ( ), terima kasih kerana terus berkhidmat untuk negara.
Semoga kita semua tabah menghadapi segala rintangan yang sedang melanda kita semua. Ayuh kita berganding bahu dan bersatu hati dalam menghadapi rintangan yang melanda.
Selepas PKP ini tamat, norma kehidupan kita juga akan berubah bagi memastikan kelangsungan kehidupan dan pengekangan dari wabak ini terus berkembang.

Ayuh Semua

Address

Seri Kembangan
43300

Telephone

+60172229445

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Minyak Herba Asmak Equine Park posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Minyak Herba Asmak Equine Park:

Shortcuts

Share