Malyan Expo - Pengedar Bungkusan Industri F&B Cetak Logo Cawan Plastik

Malyan Expo - Pengedar Bungkusan Industri F&B Cetak Logo Cawan Plastik Malyan Universal 002835802-D, segala tawaran perkhidmatan adalah mengikut perundangan di Malaysia. Perniagaan Malyan ditubuhkan pada April 2008. Regards
Malyan.

Teras perniagaan adalah membekal produk & perkhidmatan berkelas tinggi bagi bungkusan makanan dan minuman bercetak. Mempunyai 5 premis perniagaan yang beroperasi di Bukit Serdang Seri Kembangan Selangor dan mendapat sokongan perniagaan dari dalam negara Malaysia dan 3 negara luar. Mendapat pengiktirafan anugerah 2 tahun berturut-turut di Bumiputera Business Excellence Award (BBEA) 2022 2023 dan te

rsenarai di buku 6th Edition Successful People In Malaysia & Singapore oleh The British Publishing House. Memenuhi keperluan semua pemilik perniagaan di industri F&B dalam negara adalah keutamaan kami.

GILMS PRIME ELITE AWARD NITE 2026Last night at The Grand Ballroom Amara Sanctuary Resort Sentosa Singapore, a awards pre...
26/07/2026

GILMS PRIME ELITE AWARD NITE 2026

Last night at The Grand Ballroom Amara Sanctuary Resort Sentosa Singapore, a awards presentation session was held for over 53 award recipients from multiple countries. Among the guests of honor present were :

Prof. Dr. Relawati HMS
Prof. Dr. Md Biput Nasir
Prof. Dr. Fahmi Rais
Dr. Tahir Hussain
G.O.H Ibu Anggi Bambang
G.O.H Ibu Angkie Yudistia
Dato' Dr. Ala Hussein
Datin Safiyah
Dato' Dr. Hajah Zairita Azlin
Dato' Sri Fan Li Chen
Datin Dai Xin Ai

At the event from table no.4, Dr. Mohd Malek MS representing Malyan Universal was awarded the GILMS Prime Elite Brand Award 2026 which was presented by GILMS President, Prof. Dr. Relawati HMS.

Congratulations and thank you to Malyan customers who have give continuous support for this success.

Regards,
Malyan.

Persiapan Sambutan Ulangtahun Ke-8 Malyan pada bulan Ogos kini sedang di peringkat akhir. Nantikan promosi dari kami dan...
14/07/2026

Persiapan Sambutan Ulangtahun Ke-8 Malyan pada bulan Ogos kini sedang di peringkat akhir.

Nantikan promosi dari kami dan buat pertama kalinya sedikit hiburan dari industri seni yang akan mewarnai semangat untuk pelanggan kami di seluruh negara.

Regards,
Malyan.

BERKIBLATKAN WANG ATAU KEJAYAAN?PENGHAYATAN HIJRAH DALAM PERNIAGAAN.Secara amnya, sambutan Maal Hijrah disambut sebagai ...
17/06/2026

BERKIBLATKAN WANG ATAU KEJAYAAN?PENGHAYATAN HIJRAH DALAM PERNIAGAAN.

Secara amnya, sambutan Maal Hijrah disambut sebagai tanda memperingati peristiwa Nabi Muhammad SAW dan sahabat yang berhijrah dari Makkah ke Madinah, yang membuahkan hikmah cukup besar apabila kaum Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan, dan berkembangnya umat Islam dan tersebar ke seluruh pelosok dunia.

Dunia hari ini dipalukan dengan rintangan dalam perniagaan yang bukan sahaja datang dari dalam negara tetapi dari luar negara juga. Pemilik syarikat majoritinya tidak terlepas mengikuti perkembangan semasa setiap minit untuk mengetahui ancaman kitaran supply and demand bagi mengetahui kedudukan dan potensi syarikat masing-masing.

Perlukah kita mengikut rentak pemimpin negara yang tidak keruan fikirannya? Kejap perang kemudian tak perang, rampas harta negara berdaulat kemudian kata laut antarabangsa dia yang punya, apakah kita setuju dengan cara dangkal begini?

Jika tidak setuju, mengapa kita terikut rentak dengan harga barangan dinaikkan tergesa-gesa? apakah kita perlu bertindak dangkal sama seperti pemimpin ini? Di manakah nilai pengorbanan dan kesetiaan kepada yang memerlukan?

Perniagaan bukan berkiblatkan wang semata-mata. Kajian tahap keperihatinan masyarakat di Malaysia masih meletakkan jiwa kemanusiaan di tahap tertinggi menjangkaui kaum dan agama. Viral tentang seorang berbangsa cina motosikal rosak dibantu oleh bangsa lain tanpa meminta wang, viral tentang seorang wanita berbangsa melayu keretanya rosak di lorong kanan lebuhraya kemudian dibantu oleh bangsa lain dengan menolak kereta tersebut ke pinggir. Inilah yang dimaksudkan jiwa kemanusiaan.

Perniagaan juga sepatutnya diletakkan nilai murni tersebut dalam segala urusan. Letakkan kejayaan dihadapan, bukan wang dihadapan. Kerana bila tiba kejayaan dirai, wang akan ikut dibelakang tanpa sedikit pun berkurang.

Jangan kita hanya kerana wang,
Habis guni berlubang tidak boleh dijahit.
Kelak nanti tiada lagi guni boleh dijahit,
Terluka badan guna baju sendiri.

Semoga penghayatan hijrah dapat membentuk jati diri yang lebih berjasa kepada orang lain dan memberi contoh terbaik dalam konteks tokoh perniagaan perdana yang terbaik dalam negara.

Salam Maal Hijrah, sayang industri F&B kita.

Regards,
Dr. Mohd Malek MS.

26/05/2026
26/05/2026

DOA HARI ARAFAH 2026.

Ya Allah Ya Rahman,
Kami memohon kepada-Mu Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami yang telah kami lakukan, dosa-dosa kedua ibu bapa kami, seluruh ahli keluarga kami, muslimin dan muslimat yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia. Kau lindungilah kami dari membuat kesalahan yang Engkau murkai dan peliharalah kami dengan perkara yang Engkau redhai.

Ya Allah Al-Ghaffar,
Tempatkanlah kami di Syurga Firdaus Mu Ya Allah, Permudahkanlah urusan kami di titian sirat, haramkanlah tubuh kami dari api neraka.

Ya Allah Al Waliy,
Kami memohon bantuanMu melindungi umatMu di Palestin, umatMu di semua negara Islam Ya Allah, Kau lindungilah mereka yang dalam kesusahan akibat kerosakan yang dibuat oleh musuh umatMu. Kami meminta keamanan yang berpanjangan supaya kami sempat beribadah kepadaMu.

Ya Allah Al-Wakil
Kau lindungilah kami dari musuh yang merosakkan, lindungilah perniagaan kami kerana perniagaan kami untuk memberi manfaat kepada umat Mu yang lain. Kami bersyukur nikmat yang Engkau berikan kepada kami selama 8 tahun ini, kejayaan ini hanyalah dari Engkau sahaja Ya Allah, Maha Pemberi Rezeki.

Ya Allah Al Mughni,
Kau limpah ruahkanlah rezeki Malyan, limpah ruahkan rezeki Nasi Lemak Teacher By NLT, limpah ruahkan rezeki yang tak terhitung kepada semua pelanggan Malyan. Tugas kami memberi manfaat kepada umatMu, memberi makan dan minum atas izinMu kepada orang lain, dan memberi sedekah kepada yang memerlukan. Kerana itulah ajaranMu supaya menjadi hamba yang memberi manfaat kepada orang lain.

Ya Allah Al A'zim,
Kami meminta atas kekuasaanMu, mohon segera makbulkanlah doa kami. Amin.

Regards,
Malyan.

Malyan Menyokong Kempen Hari Guru 2026 Yang Dijalankan Oleh Nasi Lemak Teacher By NLT.Regards,Malyan.
09/05/2026

Malyan Menyokong Kempen Hari Guru 2026 Yang Dijalankan Oleh Nasi Lemak Teacher By NLT.

Regards,
Malyan.

NASI LEMAK TEACHER
DARI BUKIT MERTAJAM UNTUK SEMUA

KEMPEN HARI GURU 2026

Jenama Nasi Lemak Teacher By NLT diberi nafas dan diinspirasikan bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru dalam negara. Kempen Hari Guru 2026 adalah satu penghargaan kami kepada semua pelanggan Nasi Lemak Teacher By NLT berstatus guru.

Kami mengalu-alukan kehadiran semua guru di alamat No. 1249, Jalan Padang Lalang, Taman Desa Damai, 14000 Bukit Mertajam.

Kenangan kita bersama mampu menyimpul satu simbolik erti cabang pendidikan tiada had melalui industri penyediaan makanan.

Terma dan syarat kempen, klik pautan berikut : https://cetakcawanplastik.com/website-campaign-terms-2/

Waze: Nasi Lemak Teacher By NLT (Bukit Mertajam) di pautan https://waze.com/ul/hw0zqt8sng




Regards,
NLT.

19/04/2026

SIKAP RAKUS MENGUASAI DUNIA, INDUSTRI SENTIASA BERSIAP SIAGA SELEPAS BERAKHIRNYA SYAWAL

Minggu ini beberapa berita yang positif telah berlegar dalam negara berkaitan Krisis Tenaga yang sedikit terkawal terutama mengenai Selat Hormuz telah dibuka untuk laluan kapal minyak. Jadi langkah kerajaan menurunkan harga minyak selepas itu dianggap langkah awal mengawal insflasi yang berisiko memburuk seperti kenaikan harga barang yang tidak terkawal.

Baru sahaja 10 minit semasa post ini dikarang, Selat Hormuz ditutup kembali. Kerisauan geopolitik Asia Barat amat membingungkan dan sukar diramal. Apapun, kami di Malyan telah mengambil langkah proaktif bagi memastikan kepuasan pelanggan sentiasa berada di tahap memuaskan.

Post di FB Malyan pada awal Syawal yang lalu berkaitan tentangan kenaikan harga bungkusan makanan dan minuman yang dibuat secara tidak rasional telah memberikan kesan positif di kalangan pembekal dan pengilang. Rata-rata menyedari sikap melulu dan ghairah menaikkan harga bungkusan makanan dan minuman akan memberi impak menurun kuasa membeli di kalangan pengguna. Ada beberapa syarikat bersetuju dengan perkara ini dan melakukan "penyerapan harga" sama seperti dilakukan oleh Malyan supaya harga dapat dikawal rendah-sederhana bagi melindungi kepentingan industri.

Ini adalah petanda industri kita akan terus segar dan bercambah tatkala ketidaktentuan politik yang masih berlaku di Asia Barat yang belum selesai sepenuhnya.

Malyan mengibarkan bendera kuning sebagai langkah kesiap-siagaan untuk hari ke hadapan supaya isu semasa kini tidak dapat menghakis industri pembekalan bungkusan makanan dan minuman ke aras yang membimbangkan.

Terima kasih kepada pembekal dan pengilang, tempatan dan luar negara. Kita jaga kita.

Regards,
Dr. Mohd Malek MS,
Malyan Founder.

SYAWAL DIRAI DENGAN KENAIKAN HARGA BUNGKUSAN MAKANAN DAN MINUMAN.Sebentar tadi saya ada hubungi wakil jualan di China, k...
20/03/2026

SYAWAL DIRAI DENGAN KENAIKAN HARGA BUNGKUSAN MAKANAN DAN MINUMAN.

Sebentar tadi saya ada hubungi wakil jualan di China, kenaikan harga adalah meningkat mengikut hari tetapi masih terkawal berikutan kekukuhan RM di pasaran. Di Thailand kos pengangkutan meningkat 8% dan harga masih juga terkawal sebagai langkah berhati-hati impak daya eksport luar.

Beberapa pengilang di Malaysia, ironinya ada harga bungkusan minuman telah pun meningkat sejak 1 minggu yang lalu sehingga melebihi 20% dari harga asal. Soalan saya, YOU KIRA KOS IKUT KAEDAH MANA? YOU PUNYA STAFF TIDUR.

Saya dan Malyan mengkritik kenaikan harga barang yang melampau oleh pengilang yang tidak bertanggungjawab. Ya, boleh ada kenaikan disebabkan hal-hal lain seperti isu subsidi petrol dan diesel disebabkan perang timur tengah. Harus diingat, kesannya BELUM SEPENUHNYA sampai di negara kita, pihak kerajaan juga menyatakan negara masih boleh bertahan sehingga Jun. Tetapi mengapa kenaikan harga sehingga 20% itu berlaku sekarang? Janganlah harga itu dinaikkan umpama hanya bawa 1 kotak cup guna 1 kontena. Bukankah 1 kontena boleh bawa lebih 400 kotak? Itu yang saya kata tadi, YOU PUNYA STAFF TIDUR.

Di Malyan, Syawal dirai dengan kemenangan minda yang terbuka dan sihat bagi memastikan IKS Bumiputera khususnya terus subur berkarya membina jenama yang mengukuh. Saya sedaya upaya untuk MENYERAP kenaikan harga dan tidak menaikkan harga barangan secara semberono walaupun akan berhadapan dengan keadaan yang pahit untuk ditelan tatkala 5 tahun Malyan tidak pernah menaikkan harga dan sentiasa mencari solusi terbaik untuk kestabilan pasaran tempatan. Saya menyeru lebih mengukuh dan bersatu kerana jumlah Rakan Dagang yang tinggi dapat MENYERAP kenaikan harga barang dengan lebih utuh.

Di kesempatan ini saya dan Malyan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin. Hati-hati memandu pulang ke kampung bersama keluarga tersayang. Teguran dan kritikan akan membawa kita ke arah industri yang lebih dipercayai.

Terima kasih.

Regards,
Founder Malyan,
Dr. Mohd Malek MS

12/03/2026

MEJA BESAR MALYAN 5.0
x
NASI LEMAK TEACHER BY NLT @ BUKIT MERTAJAM
EDARAN 200 CUP PERCUMA HARI INI

Mengamalkan bacaan dan memahami kandungan Al-Quran di dalam kehidupan seharian boleh membawa kita kepada kebenaran di se...
06/03/2026

Mengamalkan bacaan dan memahami kandungan Al-Quran di dalam kehidupan seharian boleh membawa kita kepada kebenaran di setiap perkara yang kita lakukan termasuk perniagaan.

Regards,
Malyan.

Address

No. 18 Jalan BS 7/12 Kawasan Perindustrian Bukit Serdang Seri Kembangan
Seri Kembangan
43300

Opening Hours

Monday 14:00 - 17:00
Tuesday 14:00 - 17:00
Wednesday 14:00 - 17:00
Thursday 14:00 - 17:00
Friday 14:00 - 17:00
Saturday 14:00 - 17:00

Telephone

+60129741242

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malyan Expo - Pengedar Bungkusan Industri F&B Cetak Logo Cawan Plastik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Malyan Expo - Pengedar Bungkusan Industri F&B Cetak Logo Cawan Plastik:

Shortcuts

Share