17/11/2018
[ISIKAN JIWA DENGAN AYAT-AYAT AL-QURAN]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Percayalah bahawa jiwa yang kosong itu disebabkan kealpaan seseorang itu untuk mengisinya dengan ayat-ayat indah al-Quran al-Karim. Bagi orang yang begini, jiwanya mudah 'dirasuk' syaitan yang sememangnya ternanti-nanti untuk menyelusup ke dalam hati dan membalikkan hati kepada mencintai kerosakan akidah.
Tanamkan dalam jiwa bahawa sebaik-baik ubat atau penghalang kepada penyakit jiwa adalah dengan ayat-ayat al-Quran. Tidak boleh mengatakan tidak, sesungguhnya panduan yang tertulis dalam al-Quran adalah panduan yang agung.
Al-Quran adalah wahyu Allah dan peninggalan Rasulullah s.a.w yang akan kekal memandu manusia ke jalan yang diredhai Allah sehingga kiamat. Kitab agung yang mengandungi 6236 ayat dan 114 surah ini mencakupi intipati garis panduan hidup di dunia dan balasan di akhirat, kisah para nabi dan solehin untuk diteladani, hukum-hukum, suruhan, tegahan dan pelbagai persoalan yang wajib diselami oleh setiap insan Muslim.
Sesungguhnya bahawa al-Quran dapat mengajar manusia ke arah kebaikan dan menyimpang daripada kejahatan dan dapat menikmati lima cabang hakikat benar:
1. benar dalam perkataan
2. benar dalam niat dan kehendak
3. benar dalam keazaman
4. benar dalam menepati janji
5. benar dalam amalan.
Semoga al-Quran dijadikan subjek utama dalam memiliki sijil pengisian jiwa kita.
Wallahua'lam
Rujukan: Majalah Gen-Q
Semoga bermanfaat 😊
Sekian, Terima Kasih.
"Lend our ears to listen, lend our hands to help"
Yang Menjalankan Tugas,
Exco Kerohanian,
Amila Solihah binti Ayub
Nik Anita binti Nik Ma
Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 3,
Universiti Malaysia Pahang.