Cotton Metaphore

Cotton Metaphore Penggemar cotton WAJIB follow Cotton Metaphore sebab kami pakar dalam membekalkan baju yang cantik dan berkualiti tinggi.

“Tajam keris menembus kulitTajam cakap menembus hati.”Tenas Effendy: Ungkapan Melayu RiauBait 1664
23/06/2026

“Tajam keris menembus kulit
Tajam cakap menembus hati.”

Tenas Effendy: Ungkapan Melayu Riau
Bait 1664

Songket tenun beragi yang kakak bikin sangatlah molek bila dijahit menjadi baju. Yang ini kakak bikin kebaya. Jikalau di...
23/06/2026

Songket tenun beragi yang kakak bikin sangatlah molek bila dijahit menjadi baju. Yang ini kakak bikin kebaya. Jikalau dibuat baju telok belanga untuk cik abang pun tidak kalah cantiknya.

Beragi ialah istilah dalam seni tenunan Melayu yang merujuk kepada susunan corak berpetak atau berkotak yang terbentuk daripada persilangan jalur-jalur melintang dan menegak antara benang loseng dan pakan.

Songket Tenun Beragi mengangkat falsafah kehidupan yang tersusun dan seimbang. Corak petak yang terhasil daripada persilangan jalur-jalur tenunan melambangkan tertib adat, keteguhan prinsip serta keharmonian dalam masyarakat Melayu. Setiap petak adalah simbol perjalanan hidup yang dibina dengan sabar, usaha dan kebijaksanaan, sehingga terhasil sebuah karya yang indah serta penuh makna.

“Adapun beragi itu tanda segala perkara yang beratur dan beradat. Petak-petaknya ibarat halaman kehidupan, tiap-tiap satu berdiri pada tempatnya, tiada mendahului dan tiada mengurangi. Maka daripada susunan yang terpelihara itulah lahir kesejahteraan, dan daripada kesejahteraan itulah terpancar keelokan budi serta kemuliaan insan. “

23/06/2026

Sedang ada potongan harga untuk yang ini. Lekas ya?

Terima kasih tuan budimanSudah menempah samping SONGKET LAYAR LINGGA TENUNAN TANGAN.Kali ini warna kuning diraja ditenun...
23/06/2026

Terima kasih tuan budiman
Sudah menempah samping SONGKET LAYAR LINGGA TENUNAN TANGAN.

Kali ini warna kuning diraja ditenun p**a dengan benang emas. Memang naik serinya.

Kakak ada tenun extra sepasang. Jika s**a terus lah masuk meminang. Tak perlu tunggu kerana sudah tersedia.

SONGKET BUNGA BAKUNG“Memakai bunga bakung setangkaiRupa elok wajah berseriPandai menjaga laku perangaiDi mana duduk tuah...
22/06/2026

SONGKET BUNGA BAKUNG

“Memakai bunga bakung setangkai
Rupa elok wajah berseri
Pandai menjaga laku perangai
Di mana duduk tuah berdiri”

-Tenas Effendy

Adapun Bunga Bakung itu suatu perlambangan akan keelokan budi serta kemurnian hati. Maka kelopaknya yang berkembang dengan tertib lagi indah itu diibaratkan seperti insan yang tinggi adabnya, halus tutur katanya dan santun gerak lakunya.

Pada pengertian orang-orang tua Melayu, putihnya bakung bukanlah sekadar warna semata-mata, melainkan tanda akan jiwa yang bersih daripada dengki dan khianat, serta hati yang ikhlas dalam segala perbuatan. Maka barang siapa menyarungkan busana bermotifkan bunga bakung, seolah-olah membawa bersama lambang kesucian pekerti dan kemuliaan peribadi.

Dan lagi, mekarnya bunga bakung menghadap cahaya itu ditafsirkan sebagai harapan yang sentiasa berkembang, cita-cita yang luhur serta kehidupan yang diberkati Tuhan Yang Maha Esa. Akarnya yang teguh di bumi, sedang bunganya menjulang ke angkasa, melambangkan keseimbangan antara adat yang dipelihara dengan impian yang dijunjung tinggi.

Maka sebab itulah Motif Bunga Bakung dijadikan lambang keanggunan, kemurnian dan kesejahteraan; ibarat sekuntum bunga yang berkembang di taman istana, harum namanya, elok rupanya dan tinggi martabat budinya.

Bunga bakung bunga pilihan,
Tumbuh mekar di laman seri;
Jika elok rupa sekalian,
Elokkan p**a laku diri.

Bakung sekuntum putih warnanya,
Harum semerbak di pagi hari;
Jika santun tutur katanya,
Mulia dikenang sepanjang hari.

Bakung mekar di tepi taman,
Tempat kumbang datang berseri;
Jika berbudi menjadi amalan,
Di mana duduk tuah berdiri

KAIN SONGKET TENUN BERAGIIni buah tangan terbaru dari kakak dan Cotton Metaphore. Siap dipotong empat meter. Bidangnya 4...
22/06/2026

KAIN SONGKET TENUN BERAGI

Ini buah tangan terbaru dari kakak dan Cotton Metaphore. Siap dipotong empat meter. Bidangnya 45 inci ya.

Buat yang berhajat; jemput masuk meminang kain songket bunga bakung. panjang empat meter bidang 45 inci.Dua rona kakak p...
22/06/2026

Buat yang berhajat; jemput masuk meminang kain songket bunga bakung. panjang empat meter bidang 45 inci.

Dua rona kakak persembahkan
Hitam kumbang tenun tembaga
Merah hati tenun perak

Songket Tenun Beragidengan motif bunga tanjong dalam ragikakak bikin kurung pesak gaya lamaAdakah s**a yang begini ya?
22/06/2026

Songket Tenun Beragi
dengan motif bunga tanjong dalam ragi

kakak bikin kurung pesak gaya lama
Adakah s**a yang begini ya?

22/06/2026

Rona merah jambu muda yang ditenun sama benang perak.
Lehernya kerah sejari sama kain kipas belakang.

“Syahdan, maka terbitlah cahaya pagi menyimbah wajah tuan puteri, maka tampaklah busana songketnya berwarna merah muda seperti kuntum mawar yang baharu berkembang.”

Address

B-3(2) Jalan Lengkuas B/16B Ken Rimba Seksyen 16
Shah Alam
40200

Opening Hours

Tuesday 10:00 - 19:00
Wednesday 10:00 - 19:00
Thursday 10:00 - 19:00
Friday 10:00 - 19:00
Saturday 10:00 - 19:00
Sunday 10:00 - 19:00

Telephone

+601123546308

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cotton Metaphore posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Cotton Metaphore:

Shortcuts

Share