04/08/2026
TERKINI: UEFA MAHU WUJUDKAN PIALA DUNIA SENDIRI
Krisis hubungan antara UEFA dan FIFA semakin panas apabila badan bola sepak Eropah dilaporkan sedang meneroka kemungkinan menganjurkan kejohanan antarabangsa alternatif yang boleh menjadi pengganti Piala Dunia.
Menurut laporan, projek itu dikenali sebagai Global Nations League, yang menggunakan konsep berbeza berbanding Piala Dunia FIFA.
Negara-negara tidak akan terus bertanding dalam satu kejohanan besar, sebaliknya perlu melalui pertandingan Nations League di setiap konfederasi seperti UEFA, CONMEBOL, CONCACAF, AFC, CAF dan OFC sebagai fasa kelayakan.
Mirip Piala Dunia kan? Ya!
Pasukan terbaik dari setiap benua kemudiannya akan mara ke peringkat akhir Global Nations League, yang akan dibahagikan mengikut ranking dunia.
Format cadangan itu dikatakan mampu mempertemukan pasukan elit dengan lebih kerap berbanding Piala Dunia tradisional.
Langkah ini muncul selepas konflik besar antara UEFA dan presiden FIFA, Gianni Infantino, terutama selepas cadangan FIFA menjual sebahagian kepentingan komersial Piala Dunia kepada pelabur swasta mendapat tentangan hebat.
FIFA akhirnya menarik balik rancangan tersebut selepas menerima tekanan daripada pelbagai pihak.
Namun UEFA masih belum menarik sepenuhnya ugutan nak memboikot Piala Dunia. Kerana UEFA mahu Infantino letak jawatan.
Jika benar berlaku, dunia bola sepak mungkin menyaksikan salah satu perpecahan terbesar dalam sejarah β dengan UEFA berpotensi mencabar dominasi FIFA terhadap kejohanan antarabangsa.