Bundle House - Cawangan Simpang

Bundle House - Cawangan Simpang Menjual pakaian terpakai yg diimport dari J*pan & USA di semua cawangan-cawangan besar kedai kami. Berjenama, berkualiti & original.

25/04/2017
25/04/2017

CANCEL SEMUA PLAN KORANG UNTUK HUJUNG MINGGU NI

Lepas makan kenduri terus singgah MR MUSASHI. Sebabnya dah restock semua barang dalam kedai. Rack memang penuh dengan semua pakaian gred 1.

Tak lupa jugak setiap minggu kita ada

PENURUNAN HARGA 10%
PENURUNAN HARGA 10%
PENURUNAN HARGA 10%
PENURUNAN HARGA 10%

Jadi jangan ketinggalan dah singgah ke kedai MR MUSASHI. Siapa lambat, baju dia orang lain sambar.

14/04/2017

- "SAYA TERINGIN NAK PAKAI TAPI TAK PASTI SESUAI KE TIDAK"

Ini la perkara yang bermain-main diminda semua orang bila ternampak seluar cotton dekat MR MUSASHI. Pilihan seluar cotton memang banyak di MR MUSASHI tapi perasaan was-was dalam hati korang tu yang menyebabkan korang teragak-agak nak sambar sehelai ke tak.

Sebab tu meh sini kami nak cerita sikit kenapa korang kena tepis perasaan korang tu dan mula gunakan seluar cotton.

Seluar cotton memang senang dipakai macam seuar jeans dan ada lebih banyak kelebihan berbanding dengan jeans. Contohnya, seluar Jeans keras, ketat, berat dan panas terutama sekali dalam cuaca Malaysia, seluar Cottons p**a lembut, ringan, selesa dan sejuk.

Tambahan, seluar Cottons lebih versatile daripada seluar Jeans; walaupun kedua-duanya sesuai untuk semua jenis pakaian dari t-shirt ke baju s**an, tapi disebabkan warnanya yang neutral, fabrik yang lembut dan mudah digayakan, seluar Cotton akan buat buat korang nampak lebih formal dengan pakaian korang. Korang boleh pakai seluar Cotton kalau nak buat kerja rumah sikit-sikit tu, nak berjalan dekat taman ke dan nak pergi office ataupun date.

Yang penting, korang penat bila balik rumah boleh terus tidur pakai seluar Cotton. Tak ada orang nak pakai seluar Jeans waktu tidur.

Seluar Cotton ni harga dia pun memang mampu milik. Tak beza jauh sangat harga dia antara seluar cotton yang kualiti tengah dengan kualiti tinggi. Seluar ni juga tahan lama dan tidak mudah rosak.

Banyak fungsi, selesa, tahan lasak dan cantik, memang susah nak silap kalau pakai seluar Cotton, tambah-tambah kalau korang pandai gayakan dia.

Dah timbul keinginan nak beli seluar Cotton? Jom la singgah MR MUSASHI sebab kami dah mula restock barang dari hari Khamis lagi. Harga pun dah turun 10%.

Barang berkualiti, harga murah, kalau lambat memang habis la

13/04/2017

- 20 TAN SEHARI

Berbekalkan sebuah kilang dan 2 buah gudang, korang tak perlu risau pasal kekurangan stock apabila datang ke MR MUSASHI.

Sebab proses 20 Tan pakaian SETIAP HARI di kilang.

Bukan 20 helai
Bukan 20 kg

Tapi 20 Tan baq hang

Hanya pakaian yang telah dipastikan kualitinya gred 1 oleh Quality Control kami sahaja yang dibenarkan masuk ke kedai.

Barang banyak, kualiti terbaik dan harga teramat murah. Mana lagi nak dapat semua ni kalau bukan di MR MUSASHI?

07/04/2017

HUJUNG MINGGU NI NAK KE MANA?

Sepanjang minggu membanting tulang bekerja, hujung minggu ni sepatutnya waktu bercuti dan menenangkan minda. Tapi bila pergi berjalan, lesap macam tu je duit.
Sebab tu kami cadangkan korang ke MR MUSASHI, sebab kami menyediakan pakaian berkualiti tinggi pada harga yang rendah. Lagi best kami murahkan lagi untuk korang setiap minggu.

PENURUNAN HARGA 10% SETIAP MINGGU!!

Jadi macam ni la harga dekat kedai

New arrival -> 10%
10% -> 20%
20% -> Last Price
Last Price -> 50%

Tuudiaa!!!! Sampai 50% diskaun bagi dekat korang.

Takkan tak nak ke MR MUSASHI lagi hujung minggu ni? Barang dah guarantee GRED 1, harga memang murah, kami murahkan lagi.

Jom ke MR MUSASHI, kalau lambat nanti orang lain p**ak sambar baju yang korang nak.

07/04/2017

- 10 PAKAIAN WAJIB ADA DALAM ALMARI

Setiap pagi masalah yang buat kita semua sangat stress mesti tak tahu nak pakai baju apa? Kadang-kadang tau tak nak padankan baju. Jadi selalu kalau baju tu sesuai dengan seluar korang yang satu ni, memang tu je la combination pakaian korang sampai baju tu lusuh.
Sebab tu dah kumpulkan 10 pakaian yang wajib ada dalam almari korang. 10 pakaian ni semestinya sesuai untuk dipakai di mana-mana dan sesuai untuk banyak komibinasi pakaian. Tak perlu lagi korang risau orang ingat korang tak tukar baju.
---------------------------------------------------------------------------------

1. Baju T-shirt Putih
tapi bukan baju budak sekolah yang baju s**an tu. Baju T-shirt putih yang kain dia super lembut dan potongan relaxed, live in fit. Tak ada apa yang lebih classic dari pada baju t-shirt putih. Macam kanvas putih, korang boleh pakai dengan apa jenis tudung, aksesori atau warna.

2. Skinny Jeans
Fit atau wash, selagi itu seluar skinny jeans, korang baik beli dan simpan dalam almari korang. Cari yang cawat yang tinggi untuk bagi ilusi yang korang lebih kecil dan kaki panjang, dan kalau warna true blue jeans ada lagi best sebab boleh pakai dengan apa pun. Touchdown!

3. Kemeja Putih
Jangan tanya apa yang kemeja putih tak boleh buat, tapi tanya apa yang kemeja putih boleh buat untuk korang? Jawapannya, kemeja putih akan buat korang nampak fresh kemas, semasa kerja ataupun lepas office hour.

4. Pencil Skirt
Pengumuman untuk semua, Pencil skirt bukan hanya untuk dipejabat sahaja. Korang boleh pakai bersama silk blouse korang ataupun T-shirt, you'll still killing it.

5. Leather Jacket
Perlu ke kami terangkan lagi pasal ni? Korang semua memang wajib WAJIB ada. Satu! Jaket ni boleh dipakai sepanjang tahun untuk macam-macam. Dua! jaket kulit ni makin lama, makin cantik.

6. Blazer
Perlukan satu piece pakaian yang boleh bagi feeling office looks? Cuma ambil blazer dalam almari tu dan tadaa!! Dan satu lagi kami bukan maksudnkan blazer yang besar dan mengelebeh tu. Tapi yang fit dan anggun.

7. Baju T-shirt Stripe
Berapa banyak baju yang nampak sophisticated bila pakai dengan pencil skirt, sexy dengan leather pants dan kasual dengan seluar jeans? Kami hanya boleh fikir satu je, baju t-shirt striper. Gabungkan dengan corak solid, floral atau plaids, kami tak pernah jumpa pakaian yang tak sesuai dengan baju ni

8. Seluar Hitam
Setiap perempuan perlukan seluar hitam yang buat diorang rasa selesa dan cantik. Ikut s**a hati korang la nak cut dia macam mana, skinny, cawat pendek, cawat panjang. Pakai bersama blouse silk, korang ready untuk ke kerja atau bersama t-shirt untuk hari ahad.

9. Cardigan
Pilih shade yang neutral supaya mudah untuk dipadankan dengan apa jenis warna dan corak. Style yang panjang dan berhenti dekat pinggul adalah potongan yang paling cun sekali.

10. Jaket Jeans
Jaket jeans yang basic, tak ada lubang atau asid washed, sepatutnya dah cukup untuk dipakai siang hari. Jeans, skirt, short semuanya akan nampak lebih kasual dan bergaya dengan Jaket Jeans,

23/03/2017



Hari Khamis tiba lagi. Macam biasa hari khamis MR MUSASHI memang akan tambah barang.

Tambah-tambah sepanjang JUALAN GILA-GILA 3.0. Kosong rack korang kerjakan. Mana tak kosong, setiap helai pakaian ada potongan 30%.

Kali ni kita restock kasi penuh. Sebab kami tahu anda semua memang tertunggu hari khamis.

Jadi jangan ketinggalan untuk singgah ke MR MUSASHI. Kalau lambat melepas nak dapatkan baju yang korang minat

20/03/2017

EXCITED ADIK CUBA BAJU
Siapa kata hanya orang dewasa je nak bergaya dengan pakaian kualiti tinggi dan cantik? Tengok adik ni, excited dia nak cuba baju jersey tu.

Zaman sekarang ni baju budak memang mahal, kualiti tak ada la bagus mana. Tak cukup dengan tu, anak-anak p**ak membesar punya cepat. Baru semalam diorang merangkak-rangkak, hari ini dah boleh buat gimnastik berirama.

Memahami masalah yang dihadapi oleh anda semua, MR MUSASHI tampil sebagai jalan penyelesaian. Jangan ingat MR MUSASHI hanya ada pakaian dewasa dan barangan rumah je. Baju budak pun banyak.

Kualiti kami tak perlu dipersoalkan lagi memang GRED 1. Harga p**ak bermula dari RM3 hingga RM15 je. Mana nak cari tawaran yang macam ni?

Cuti sekolah ini bawa la anak-anak korang singgah kedai kami dan dapatkan pakaian berkualiti tinggi dengan harga rendah.

J*p korang nak tahu benda yang menarik? Sekarang ini kita sedangkan adakan Jualan GILA-GILA 3.0. Setiap helai pakaian akan diberikan potongan 30%. Tuudiaaa kami murahkan lagi.

Korang memang gila kalau tak pergi sebab Jualan GILA-GILA 3.0 hanya dijalankan dari 18 march hingga 26 march.

Cuba kongsikan sikit apa lagi korang jumpa dan dapat di MR MUSASHI di ruang komen.

Address

Lot 5821, Batu 3 Jalan Simpang
Simpang
34700

Telephone

+6058471413

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bundle House - Cawangan Simpang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bundle House - Cawangan Simpang:

Share

Category